Tanda autisme pada anak haruslah diambil berat oleh ibu bapa. Autisme merupakan satu penyakit dalam nuero develop mental disorder. Pesakit yang ada autism ini, mereka akan mengalami kecelaruan perkembangan dari segi sosial dan komunikasi. Jadi, mereka ini tidak boleh berkomunikasi. Cabang autisme ini sangat luas.
Kebiasaannya, ciri-ciri autisme yang ada pada anak anda tidak sama dengan anak autism yang lain. Tetapi, hari ini saya senaraikan beberapa ciri-ciri autisme yang mungkin ada pada anak anda. Ianya harus dikesan dan bertemu pakar selepas usia 2 tahun. Banyak ibu bapa yang lalai untuk memerhatikan perkembangan anak. Sebaiknya, anda sentiasa mengambil berat akan pertumbuhan si manja anda.
Jom semak 5 tanda-tanda autisme yang mungkin ada pada anak anda.
2 Tanda Autisme Pada Anak, Tolong Perhatikan!
Di bawah ini, saya senaraikan 2 tanda autisme pada si kecil. Tolong perhatikan ya!
#1 Tidak respond bila dipanggil
Biasanya, ciri ini akan nampak di saat si manja berusia 1 tahun ke atas. Bila kita panggil dia, dia tidak pandang atau tengok anda. Seolah-oleh anak ini tidak mendengar panggilan anda walaupun sudah tinggikan suara. Bila kita cuit bahu, barulah anak ini akan pandang kita.
#2 Tiada komunikasi dua hala
Anak autisme ini tidak pandai untuk berkomunikasi dua hala dengan anda. Mereka tidak boleh jawab apa yang kita tanya pada mereka. Anak ini langsung tidak boleh berkomunikasi dengan anda. Kita langsung tidak boleh bercakap normal seperti kanak-kanak lain apabila dengan anak autisme.
3 Tanda Autisme Pada Anak, Segerakan Jumpa Pakar
#3 Echolalia
Echolalia ini mengulangi soalan dan tidak menjawab soalan. Apabila kita tanya pada mereka, mereka akan ulangkan semula soalan yang kita tanyakan tadi. Biasanya echolalia ini adalah normal pada anak kecil yang berusia bawah 2 tahun. Apabila mereka sudah berusia 2 tahun ke atas, echolalia itu tidak normal pada mereka. Anda harus berwaspada ya.
#4 Stimming
Stimming ialah satu tingkah laku yang berulang seperti mereka akan menghempaskan diri ke atas sofa. Ada juga stimming yang teruk iaitu menghentakkan kepala mereka ke dinding, lantai dan sebagainya. Stimming ini dapat membantu mereka ‘calm down’ daripada persekitaran yang tidak boleh dikontrol. Stimming juga adalah salah satu cara untuk mengeluarkan perasaan mereka seperti perasaan gembira, takut dan sebagainya.
#5 Tidak bermain mainan dengan cara yang betul
Kebiasannya, anak autisme ini akan bermain mainan dengan cara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, bila kita beli mainan ‘kitchen set’ mereka tidak akan main dengan cara memasak. Anak ini lebih suka menyusun mainan itu seperti keretapi.
Kesimpulan
Anak yang sudah berusia 3 tahun ke atas, anda harus perhatikan sikap dan tingkah laku mereka jikalau mereka masih lambat bercakap. Jika ibu bapa dapati anak anda sudah memiliki ciri-ciri autisme seperti di atas, segeralah membawa mereka berjumpa pakar. Sila dapatkan pandangan dan rawatan yang sepatutnya. Jangan suka ambil sikap menunggu.
Anda juga boleh menjalani program khas atau ia dipanggil Early Intervention Program bagi membantu anak-anak autisme ini. Jadi, anda haruslah pergunakan segala manfaat yang ada untuk membantu anak anda. Sayangi anak syurga ini kerana anak ini merupakan amanah daripada Allah swt. Semoga artikel dan perkongsian ini bermanfaat untuk anda.