Tiktok Affiliate WorkShop X TudungSiComel

Pada 6 Julai 2024, team TudungSiComel menghadiri Tiktok Affiliate Workshop di Hotel IBIS Styles, Sri Damansara yang dianjurkan oleh Arwa Advisory.

TudungSiComel juga diberi peluang untuk buka Booth semasa Workshop sedang berlangsung. Booth ini bertujuan memberi kesedaran (awareness) terhadap brand TudungSiComel.

Sepanjang seminar ini berlangsung, team TudungSiComel mempelajari beberapa langkah mudah untuk mendaftar sebagai Affiliate. Seminar inbi telah diterangkan oleh Coach Kak Belle . Antaranya ialah:

  1. Cara Daftar Akaun Affiliate
  2. Pilih & Masukkan Produk Affiliate
  3. Cara kira komisen Affiliate
  4. Cara Buat Beg Kuning
  5. Tips Buat Income Affiliate

Program ini diteruskan dengan Affiliate Sharing daripada beberapa Usahawan seperti Dapogo Shop, Hatin Hassan dan juga TudungSiComel. Alhamdulillah TudungSiComel diberi peluang untuk memberi penerangan berkenaan Affiliate TudungSiComel. Penerangan ini telah diberikan oleh Cik Intan.

Sharing Session daripada Puan Fatin merupakan Affiliate yang berjaya
Sharing Session oleh Cik Intan

Alhamdulillah kami sangat bersyukur diberikan peluang untuk berada dalam program ini. Terima Kasih tak terhingga diucapkan kepada pihak Arwa Advisory kerana menjemput dan memberi peluang kepada team TudungSiComel.

Semoga dengan ilmu tentang Affiliate Tiktok ini dapat membantu ibu-ibu dan suri rumah menjana pendapatan dari rumah dengan lebih mudah. Aminn….🥰🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa