Memiliki anak-anak kecil yang sedang membesar, sudah pasti pelbagai cabaran yang dilalui oleh seorang ibu. Adakalanya, anak-anak sihat dan ceria dan mudah diuruskan.
Namun, ada juga ibu yang berhadapan dengan anak yang cranky, tantrum , selalu tidak sihat dan pelbagai lagi. Ujian membesarkan dan mendidik pasti tidak sama antara anak-anak, apatah lagi dengan ibu-ibu yang lain. Artikel ini mengajak tuan puan memilih minyak untuk bayi anda.
Secara umumnya, ada lima masalah utama yang biasa terjadi pada anak-anak kecil kita iaitu :
- Anak sukar tidur, tidur kurang lena atau asyik terjaga-jaga.
- Anak tantrum, suka mengamuk, merengek tanpa tahu sebab.
- Anak demam, selesema dan batuk berpanjangan.
- Anak sakit perut, perut berangin, kembung, sebu atau mengalami sembelit.
- Anak mengalami ruam susu, ruam lampin, gatal-gatal, kulit kering, digigit nyamuk, serangga sampai tinggal kesan bintat yang menyebabkan anak tak selesa bahkan ada juga yang mengalami eczema.
Sejak akhir-akhir ini, banyak produk yang berasaskan bahan semulajadi termasuk essential oils (minyak pati tumbuhan ) yang dikatakan boleh membantu para ibu menyelesaikan atau mengurangkan kelima-lima masalah di atas jika digunakan secara konsisten. Ya ! Ada pelbagai jenama minyak untuk bayi yang ada diluar sana.
Sapuan balm yang konsisten pada anak boleh membantu menyelesaikan masalah di atas. Paling seronok tentang balm ini, ianya dalam bentuk balm bukan minyak atau krim. Selain mudah diguna, disimpan dan mudah meresap ke dalam kulit, ianya sangat jimat dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapu secara terus pada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balm yang menggunakan minyak pati tumbuhan (essential oils) sesuai untuk anak-anak kecil (dengan dos untuk kegunaan anak kecil).
Pastikan balm juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, SLS, paraben, pengawet, pewarna atau pewangi tiruan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi.
Essential Oils
Essential oils (minyak pati tumbuhan) mengikut jenis balm.
Setiap essential oils (minyak pati tumbuhan) yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) di mana sijil ini diperlukan untuk mendapat kelulusan KKM.
Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja. Senang cerita, beeswax ini dipanggil lilin lebah yang menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Ia secara semulajadinya membantu merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark.
Shea butter
Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.
Shea butter boleh membantu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak juga diguna dalam produk menghilangkan parut.
Carrier oil
Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil.
Puan sudah dapatkan tudung sekolah daripada TudungSiComel?. Klik link ini atau hubungi pengedar terdekat.