Makanan Sunnah Untuk Anak

Usahakan dan sediakan makanan sunnah untuk anak-anak seawal usia. Seawal anak-anak sudah boleh menjamah makanan. Kenalkan kepada anak-anak bahawa ini makanan kesukaan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Makanan orang-orang yang berjaya dunia akhirat iaitu para sahabat Baginda. Makanan yang ada keberkatan untuk jasadnya dari segi luaran dan dalaman.

Seiring dengan anak-anak membesar, ibu bapa boleh menerangkan kepada anak-anak khasiat makanan sunnah ini dari segi bahan kimia dan tindak balasnya terhadap penyakit. Artikel kali ini mahu memudahkan ibu bapa tentang kelebihan makanan sunnah untuk anak-anak menurut kajian pakar.

Khasiat Buah Zaitun dan Minyak Zaitun

Viktoria Hassouna, telah menerangkan tentang kajian khasiat minyak zaitun dalam bukunya yang bertajuk Virgin Olive Oil :

Makanan Sunnah Untuk Anak
  • Buah zaitun yang terbaik ditentukan daripada bentuk, saiz dan kandungan minyak yang diperoleh.
  • Menurunkan faktor pencetus kanser payudara kerana kehadiran phytonutrient dalam minyak zaitun.
  • Minyak zaitun dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah yang mengakibatkan sakit jantung.
  • Minyak zaitun kaya dengan antioksidan, vitamin E dan mengurangkan risiko kanser.
  • Di antara minyak tumbuhan lain, minyak zaitun paling tinggi kandungan lemak mono tak tepu, monounsaturated (tak teroksida dalam badan) dan paling rendah kandungan lemak poli tak tepu, polyinsaturated (tidak teroksida).
  • Minyak zaitun dapat menurunkan kadar tekanan darah tinggi tinggi.
  • Ubat mujarab untuk pesakit kencing manis (diabetis) kerana minyak zaitun mampu mengawal kandungan gula dalam darah dan meningkatkan kandungan insulin.
  • Walaupun minyak zaitun tinggi kolesterol (baik), ia membantu dalam menurunkan risiko obesiti.
  • Pengambilan minyak zaitun yang tinggi dalam diet harian dapat membantu meningkatkan kandungan mineral dan kalsium dalam tulang.
  • Penting peranan minyak zaitun untuk pesakit osteoporosis atau mencegah penyakit ini.
  • Kajian terkini telah membuktikan minyak zaitun dapat mencegah penyakit strok dan rheumatiod arthritis.

Khasiat Buah Delima dan Kurma

Merujuk kepada buku terjemahan oleh As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet tentang khasiat buah delima dan kurma untuk manusia adalah seperti berikut :

Makanan Sunnah Untuk Anak
  • Jus delima yang manis adalah rawatan penyembuhan untuk penyakit batuk dan selsema.
  • Hal ini kerana delima yang Allah S.W.T. ciptakan itu bersifat panas dan basah.
  • Delima yang pahit pula bersifat sejuk dan kering. Ia sangat baik untuk hempedu.
  • Minum jus delima secara teratur pada setiap hari dapat menyembuhkan pelbagai masalah usus dan hati.
  • Meminum jus delima dapat meningkatkan tenaga dan membaiki sistem peredaran darah.
  • Ini kerana, delima dapat membaiki formasi daripada hemoglobin dan baik sebagai agen pembersih darah.
  • Jika meminum jus delima yang dicampurkan dengan pudina, ia dapat menghentikan muntah-muntah dan melindungi perut daripada memulas-mulas akibat cirit-birit.
  • Kurma adalah sejenis tumbuhan palma yang berbuah.
  • Istimewanya buah kurma boleh dimakan dalam keadaan masak atau yang masih mentah.
  • Buahnya yang tak berbau menyebabkan tiada haiwan yang cuba makan atau merosakkannya.
  • Buah kurma kaya dengan kalium dan dapat mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
  • Makan buah kurma boleh menyebabkan denyutan jantung teratur dan darah menjadi stabil.
  • Kurma adalah makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.
  • Gula semulajadi yang terkandung dalam kurma jauh lebih baik daripada gula pasir.
  • Serat dalam kurma sangat halus sehingga tak mencederakan perut.
  • Kurma juga memberikan tenaga tambahan untuk mereka yang mahu melakukan senaman atau kerja keras.
  • Pokok kurma sangat istimewa kerana ia disenyawakan oleh tangan manusia.

Selain itu, kurma juga dapat dijadikan rawatan ubat batuk, penawar sakit bersalin, sebagai set berpantang selepas bersalin dan tahnik untuk bayi.

Puan mahu kenalkan tudung kepada anak perempuan seawal usia? Dapatkan sekarang di website ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa