Selalu kan dengar sebelum ini tentang daging kambing tinggi kolesterol? Selain itu, daging kambing sering dianggap punca kepada penyakit tekanan darah tinggi. Kasihan pada kambing yang langsung tak bersalah tu. Selepas ini, ibu-ibu boleh menjamu hidangan kambing kepada keluarga tanpa rasa bersalah.
Hakikatnya bukan seperti itu. Merujuk kepada laman web Harakah Daily, hasil kajian yang dijalankan menyatakan bahawa lemak tepu pada daging kambing lebih rendah dibandingkan dengan lemak tepu pada daging ayam atau lembu. Menurut kajian, peratus lemak antara kambing, ayam dan lembu iaitu macam ini :
25% pada ayam
14% pada lembu
dan hanya 9.2% sahaja terdapat pada kambing. Daging kambing langsung tidak membahayakan kesihatan sekiranya cara memasaknya dilakukan dengan kaedah yang lebih sihat.
Apabila hendak memasak daging kambing, lemak yang terdapat pada daging kambing seharusnya dibuang. Selain itu, penambahan perencah sos perap juga sangat elok kerana mengandungi rempah untuk memanaskan badan.
Rempah berfungsi sebagai antioksidan yang boleh mencegah penyakit darah tinggi dan penyingkiran kolesterol. Di samping itu, rempah juga boleh mengurangkan bau hamis pada kambing. Menjamu selera daging kambing tidak akan menimbulkan masalah sekiranya diimbangkan dengan pengambilan makanan berserat seperti buah dan sayuran.
Justeru, anda tidak perlu khuatir. Imbangkan sahaja dengan makanan berkhasiat yang lain seperti salad dan jus buah segar.
Para doktor menyarankan kita supaya mengelakkan daripada memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.AW. Setiap sunnah Nabi mesti ada kelebihannya. Hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging Kambing, Daging Yang Paling Baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protiennya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolesterol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolesterol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolesterol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolesterol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolesterol kasar). Oleh itu, kolesterol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolesterol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolesterol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolesterol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolesterol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolesterol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolesterol kambing boleh menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolesterol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolesterol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu, ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan cinta kasih sayang.
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkan pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
Mungkin tuan puan ingin tahu lebih lanjut mengenai makanan sunnah untuk anak. Klik link ini.