Anak-anak kecil pasti teruja jika mahu menaiki kapal terbang. Namun, perancangan rapi perlu dilakukan agar perjalanan berjalan lancar mengikut peraturan semasa yang ditetapkan. Kali ini, seorang ibu ada berkongsi tentang tips naik kapal terbang bersama-sama anak-anak kecil.
- Bagasi
Tempah bagasi yang ingin dibawa di dalam laman web terlebih dahulu kerana lebih murah berbanding tempah di lapangan terbang. Lagi pun, tempah di website penerbangan lebih mudah, nanti anda tak perlu beratur panjang dan anak-anak tak bosan menunggu.
Semasa mengemas beg bagasi, anda tak perlu menimbang setiap beg berapa kilo. Cukup dengan mengira total berat beg bagasi sama seperti yang anda tempah. Jika terlebih berat beg bagasi, bersedia untuk membayar denda dan sediakan duit mencukupi sebagai langkah awal.
- Dokumen Perjalanan
Sediakan semua dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan, kad pengenalan, sijil surat beranak anak, passport di dalam satu fail atau beg agar tidak tercicir. Sejak pandemik, ada tambahan dokumen perlu disediakan awal iaitu keputusan ujian PCR mesti negatif dan masih dalam tempoh 72 jam untuk penerbangan antarabangsa. Manakala untuk penerbangan domestik, cukup disediakan keputusan ujian SWAB yang negatif.
Selain itu, sijil vaksinasi juga sudah menjadi keperluan untuk menaiki kapal terbang. Sediakan lebih awal agar perjalanan menjadi cepat ketika pegawai imigresen menyemak dan anak-anak tidak letih menunggu.
- Makanan
Air masak dan makanan ringan perlu disediakan selepas anak lelah berjalan di lapangan terbang yang luas itu. Paling mudah, bawa roti, susu kotak sementara menunggu semuanya selesai. Botol mineral kosong boleh dibawa dan minta bantuan pramugari di atas kapal terbang untuk mengisi air masak. Pastikan anak tidak dalam keadaan terhidrasi dan minum cukup air putih.
Biasanya pegawai imigresen mengizinkan kita membawa makanan basah seperti buah, yogurt, nasi atau susu jika membawa anak-anak kecil. Sejurus naik di atas kapal terbang, terus beri anak-anak makan sedikit kerana makanan hanya disediakan 30 minit selepas kapal terbang berlepas. Ini dapat juga membantu anak-anak menelan air liur untuk mengurangkan ketidakselesaan berdengung di telinga ketika perubahan ketinggian aras kapal terbang.
- Baju Sejuk
Bawa baju sejuk dan lipat kemas di dalam satu beg untuk dibawa naik di atas kapal terbang. Pakaikan anak agar selesa jika suhu sejuk di dalam kapal terbang.
- Mainan dan Buku
Perjalanan panjang di dalam kapal terbang bagi anak agak membosankan. Bawa mainan kecil kegemarannya seperti kereta atau robot mainan untuk melekakan anak supaya tidak banyak menangis hingga mengganggu penumpang lain. Bagi anak yang sudah besar, bawa buku mewarna atau buku cerita untuk mengisi masa lapang anak dengan perkara bermanfaat di dalam kapal terbang.
Semoga 5 tips naik kapal terbang ini membantu anda merancang perjalanan dengan sekecil anda.
Jom kita tengok koleksi tudung sarung keluaran TSC