Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Fear Loop Anak ! Kenali Tanda Dan Cara Cegahnya

Pernahkah anda alami situasi di mana anak kerap berbohong apabila ditanya ?

Anak-anak memilih melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sendiri berbanding meminta pertolongan anda atau gologan dewasa ?

Susah untuk meluahkan hajat atau keinginan atau mudah takut dan sentap. Jika terdapat tanda-tanda seperti ini kemungkinan anak anda mengalami kondisi Fear Loop.

Anda perlu bertindak segera kerana jika dibiarkannya jadi kebiasaan boleh melarat dan bertambah buruk.

Artikel ini akan membincangkan tentang tips-tips untuk mengenal pasti tanda-tanda Fear Loop dalam kalangan anak-anak dan cara untuk mencegahnya.

Kenali 5 Tanda Utama Fear Loop Dalam Kalangan Kanak-Kanak

1. Selalu Menipu Dan Bercakap Bohong

Anda akan dapati anak mula menipu walaupun telah nyata dia telah melakukan kesalahan. Dia akan tetap menafikan kesalahannya walau setegas mana sekalipun anda soalnya.

2. Sukar Untuk Meluahkan Hajat

Anak yang mengalami Fear Loop sangat sukar untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam isi hatinya kepada kedua-dua ibu bapa dan golongan dewasa lain.

Ibu bapa sering kali akan tersilap dengan menyangkakan bahawa dia merupakan seorang anak yang berdikari sedangkan pada hakikatnya hal yang sebaliknya terjadi.

3. Penakut

Jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang bebas daripada masalah Fear Loop yang lebih berani dan vokal, anak-anak ini akan bersifat lebih pasif dan sifat penakut itu menebal di dalam dirinya.

Fear Loop
Anak-anak yang mengalami Fear Loop akan mempunyai perasaan takut yang tinggi.

Takut kepada pelbagai jenis perkara samada gelap, binatang mahupun berhadapan dengan orang dewasa itu sendiri.

4. Sensitif

Mereka akan lebih sensitif. Cepat terasa. Apabila ditegur sebentar, mula menangis begitu juga dengan gurauan yang  sedikit kasar.

Tangisan adalah salah satu cara baginya untuk meredakan perasaan Fear Loop tersebut.

5. Lemah Skil Pergaulan Sosial

Di kala kanak-kanak yang lain sibuk bermain dan bergelak ketawa, anak ini akan terpinggir. Disebabkan sering bergaduh kerana senang sentap menyebabkannya tidak disukai kanak-kanak lain lalu hanya mampu duduk bersendirian.

Segala tanda-tanda ini muncul akibat sering ditengking, dimarah dan diherdik sejak usia kecil. Situasi ini menghasilkan emosi yang rapuh dalam diri anak tersebut dan tidak mustahil berkekalan sepanjang usia perkembangannya.

Anda seorang yang suka marah dan melepaskan geram terhadap anak ? Jangan risau, kerana selanjutnya kita akan membincangkan cara untuk atasinya.

1. Mendiamkan Diri Apabila Marah

Setiap orang akan mempunyai titik permulaan tanda-tanda untuk melepaskan amarahnya. Dan titik permulaan ini adalah saat yang paling penting untuk bertindak.

Ia boleh dirasai dengan kadar pernafasan menjadi laju serta pendek, degupan jantung yang kencang dan pantas begitu juga dengan rasa ketegangan otot seluruh badan.

Jika dibiarkan berlarutan, boleh menghasilkan perbuatan-perbuatan yang melampaui batas seperti mengherdik, memaki hamun, memukul dan sebagainya.

Ingatlah nasihat Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah.

[HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].

Pada saat inilah, penting bagi anda untuk berusaha sehabis mungkin untuk mendiamkan diri agar kata-kata tidak baik keluar lalu memberikan kesan negatif yang besar kepada emosi anak.

Latih diri anda untuk berhenti sejenak dan melakukan terapi pernafasan dalam selama beberapa tempoh untuk meredakan rasa amarah tersebut.

Lalu apabila tenang, tanganilah kesalahan anak tersebut dengan berhikmah. Selain manfaat yang diperolehi ibu bapa dalam mengawal emosi diri, anak-anak juga dapat belajar secara tidak langsung akan nilai ini.

Pada masa yang sama emosinya juga turut terpelihara dengan baik.

2. Mendidik Anak Dengan Tegas Bukan Dengan Kekasaran

Ya benar, didikan yang baik memerlukan ketegasan. Tetapi ramai dari kalangan ibu bapa yang tersilap tafsir akan kenyataan ini dengan mendidik anak dengan kasar.

Mendidik anak tidak semestinya memerlukan kekerasan.

Maka terhasilah amalan seperti merotan, menengking, mengherdik anak. Difikirkan bahawa anak-anak akan lebih mendengar kata dan bersikap baik apabila sering ditakut-takutkan dengan kaedah ini.

Sedangkan hakikatnya ia tidak semudah yang disangkakan kerana boleh menyebabkan kejadian-kejadian buruk berlaku. Sifat takut akan meningkat dalam diri anak dan lama kelamaan terjadilah Fear Loop.

Malah, ada juga ibu bapa yang telah terbiasa dengan corak gaya didikan ini telah terlebih batas hingga boleh dikategorikan sebagai jenayah mendera anak.

Menakutkan bukan ?

Mendidik dengan tegas bukan bererti ia memerlukan elemen kasar. Tegas yang dimaksudkan adalah ibu bapa sentiasa teguh dengan pendirian semasa menasihati atau mendidik anak tanpa kekasaran yang melampau atau terlalu lemah dengan pujuk rayu anak.

Menegurnya dengan kata-kata yang baik tanpa disertai dengan caci makian. Memberi hukuman larangan atau memukul tanpa menyakiti.

Sebenarnya, kaedah didikan yang tegas ini terbukti lebih berhasil dalam membentuk peribadi yang baik dalam diri mereka.

3. Membiasakan Diri Menuturkan Kata-Kata Lembut

Apabila kita sentiasa bercakap kasar dan keras dengan anak-anak, maka ia akan membuatkan kita lebih mudah untuk memarahi atau menengking apabila mereka melakukan kesalahan.

Jika anda sering membiasakan diri untuk menuturkan kata-kata lembut dan memuji anak dengan perkataan yang baik, anda juga akan terbiasa dengannya.

Justeru semasa anak-anak melakukan kesalahan, secara tidak langsung anda akan terus menegurnya dengan kata-kata yang sesuai dan tidak melampaui batas.

Sheikh A’id al-Qarni berpendapat, konsep pendidikan anak juga mestilah berasaskan kepada ayat itu. Jika kaedah pendidikan dimulakan dengan kekasaran, ia akan menyebabkan nasihat berkenaan ditolak.

Penutup

Akhir kata, dengan penjelasan ini diharap ia dapat membantu anda dalam mengenal pasti tanda-tanda Fear Loop anak serta cara didikan yang berkesan tanpa menyebabkan tejadinya Fear Loop.

Anda sedang tercari-cari tudung sarung yang sesuai untuk anak ? Dapatkannya dengan KLIK DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa