Anak Ketagih Gadget ? 5 Cara Atasinya !

Anak ketagih gadget merupakan antara rungutan umum ibu bapa di zaman yang dipenuhi dengan pelbagai ciptaan peralatan moden.

Ia boleh terjadi samada melalui komputer, telefon pintar dan sebagainya. Hal ini amat membimbangkan kerana ia boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak mereka mahupun aspek lain seperti psikologi dan sosial.

Kanak-kanak pada zaman ini dilihat lebih pasif berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu yang aktif dengan kegiatan dan permainan di luar rumah.

Kebanyakkan daripada kita yang bergelar ibu bapa akan mengambil langkah mudah dengan memarahi atau menengking anak-anak apabila mereka telah menghadap skrin untuk suatu tempoh yang lama.

Namun, amat menyedihkan sekali ia bukanlah satu langkah yang berkesan, bahkan boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“ Nomophobia : Perasaan tidak senang atau bimbang apabila telefon bimbit tidak berada di sisi. ”

Pada hakikatnya, penyumbang kepada permasalahan ini berpunca pada golongan ibu bapa itu sendiri.

Anda akan dapati kebanyakkannya gemar untuk membeli telefon pintar pada anak-anak supaya urusan penjagaan akan menjadi lebih mudah kerana mereka akan duduk diam setempat semasa melayari video atau permainan yang terdapat dalam dalam gadget tersebut.

anak ketagih gadget
Ketagihan gadget boleh memberikan impak negatif pada perkembangan kanak-kanak

Segala hiruk pikuk suara anak-anak juga dapat dielakkan sekaligus. Ya benar, suasana dalam rumah juga akan menjadi lebih tenang namun adakah kita pasti bahawa ia tidak disertai dengan kesan-kesan negatif secara realitinya ?

Artikel ini akan membincangkan tentang tips-tips untuk menangani masalah ketagihan gadget dalam kalangan kanank-kanak.

1. Memahami Tabiat Anak Menggunakan Gadget

Langkah asas yang perlu dilakukan oleh anda adalah dengan memahami bagaimana anak anda mengecapi keseronokkan di sebalik penggunaan gadget.

Di samping itu, sebolehnya elakkan daripada membuat sebarang andaian atau menghukum terus sebelum anda benar-benar memahami hakikat tersebut terlebih dahulu.

Melalui kaedah ini, anda dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan anak ketagih gadget. Begitu juga dengan fasa yang menyebabkan mereka menjadi bosan dan akan meninggalkan gadget tersebut selepas suatu tempoh dan beralih kepada aktiviti lain.

Dengan itu, anda akan dapat mengenal pasti peluang untuk mengurangkan aktiviti penggunaan gadget mereka dan merancang alternatif yang lebih sesuai untuk menggantikannya.

2. Menetapkan Had Masa

Melatih anak untuk mengawal diri daripada ketagihan skrin boleh dilakukan dengan penetapan had waktu penggunaannya.

Anda boleh berbincang dengan anak tentang tempoh masa yang sesuai untuk penggunaaan gadget. Perbincangan perlu dilakukan secara dua-hala.

Tanya apakah pendapat mereka tentang penggunaan gadget secara berlebihan ? Apa perasaan mereka apabila mereka telah menatap skrin pada suatu tempoh yang terlalu lama ?

Pertanyaan-pertanyaan seperti melatih diri mereka untuk berfikir secara rasional dan bermuhasabah.

Menetapkan had masa membantu membentuk disiplin anak dalam penggunaan gadget.

Anda jangan terkejut, kerana boleh jadi kemungkinan anak-anak itu sendir yang akan mencadangkan tentang had masa penggunaan gadget.

Penetapan had masa boleh dilaksanakan secara beransur-ansur dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa jika tidak berhasil.

3. Memberikan Alternatif Lain

Bagi mengurangkan masa anak-anak menghadap skrin gadget adalah dengan mencipta peluang sebanyak mungkin bagi mereka melakukan aktiviti atau permainan yang memerlukan interaksi secara langsung samada di luar atau dalam rumah. 

Antara contohnya adalah :

  • Bermain di taman permainan
  • Menghantar mereka untuk latihan sukan seperti bola sepak, ping pong, badminton dan sebagainya,
  • Bermain permainan papan bersama-sama ahli keluarga lain yang selalunya boleh mencetuskan gelak ketawa

Apabila mereka telah biasa dan seronok dengan aktiviti-aktiviti alternatif ini, pasti mereka akan cenderung ke arah aktiviti-aktivit tersebut berbanding dengan menghabiskan masa bersama gadget.

4. Ibu Bapa Sebagai Contoh Teladan

Sudah pasti teladan ibu bapa yang baik dalam penggunaan gadget boleh membantu anak untuk mencontohinya secara tidak langsung.

Ia akan mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan gadget dengan bertanggungjawab. Ibu bapa perlu banyak melibatkan anak-anak untuk bersama-sama menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti mencuci pinggan, membasuh baju dan mencuci kereta dan sebagainya.

Elakkan sebarang penggunaan gadget semasa aktiviti-aktiviti bersama seperti waktu makan bersama, semasa berbual, tidur dan lain-lain.

Selain mengurangkan masa mereka dengan skrin gadget, ia juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Dengan ini, anak-anak akan merasakan luangan masa bersama kedua orang tuanya lebih bermakna berbanding perkara yang lain.  

Penutup

Secara kesimpulan, ketagihan penggunaan gadget di kalangan kanak-kanak adalah suatu kebiasaan di zaman kini. Pada masa yang sama, tindakan marah dan hukuman semata-mata bukanlah satu langkah penyelesaian yang berkesan.

Ia memerlukan pelbagai kaedah yang bersifat proaktif berbanding respon reaktif untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh jangka masa panjang.

Anda mempunyai masalah anak ketagih gadget ? Sila kongsikannya pada bahagian komen di bawah.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

fourteen + 12 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa