TudungSiComel di Malaysia Top e-Commerce Merchants Awards 2025

Majlis Malaysia Top e-Commerce Merchants Awards 2025

Pada 25 April 2025, TudungSiComel berbesar hati menerima jemputan eksklusif dari SIDEC ke Malaysia Top e-Commerce Merchants Awards 2025 yang berlangsung meriah di Citrine & Ruby Ballroom, One World Hotel. Dengan tema busana Hari Raya dan batik, suasana majlis benar-benar seakan rumah terbuka, penuh keceriaan dan warna-warni tradisi.

Wakil TudungSiComel di Anugerah eCommerce Malaysia

Wakil TudungSiComel—Intan, Kaka dan En. Syah—hadir bergaya sambil bertemu ramai wakil industri e-commerce Malaysia. Kami rasa sangat bertuah dapat bertukar-tukar cerita dan membina rangkaian baharu dengan pasukan e-commerce lain yang turut hadir.

Tidak ketinggalan, pelbagai juadah enak disediakan. Memang puas hati, masing-masing balik dalam keadaan kekenyangan! Lebih menggamatkan, majlis diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu Naim Danial dan Iman Troye yang betul-betul menghiburkan semua.

Walaupun TudungSiComel belum berpeluang membawa pulang sebarang anugerah tahun ini, kami sangat gembira dapat menyaksikan rakan industri diraikan atas kejayaan mereka. Ia menjadi pembakar semangat untuk kami terus berusaha, mana tahu tahun depan giliran TudungSiComel pula!

Terima kasih yang tidak terhingga buat SIDEC atas jemputan istimewa ini. Kami sangat hargai peluang dan pengalaman manis ini, dan semoga TudungSiComel terus maju dalam dunia e-commerce Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.