Selepas anda berjaya mendaftar di Program Affiliate TudungSiComel, pastinya anda akan share link affiliate peribadi untuk ditampilkan dimana-mana posting social media bagi pelanggan klik link tersebut untuk membuat pembelian.
Namun jika anda rasa link affiliate (slug) anda kurang menarik dan ingin menukarnya, anda boleh rujuk panduan di bawah.
Tapi apa itu SLUG?
Slug adalah bahagian dari URL/permalink website anda yang merujuk pada sebuah konten secara spesifik. Slug berada di bahagian belakang dari permalink, setelah nama domain anda.
Inilah contohnya:
Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk pertukaran slug tersebut ya.
Langkah 1:
-Log in ke akaun Tudungsicomel.com
-Kemudian klik Affiliate Area —–> Settings
Langkah 2:
– Setelah klik settings, scroll dibahagian bawah dan akan keluar paparan Custom Slug Settings
– Isikan nama yang anda ingin tukarkan dan pastikan nama tersebut hanya satu patah perkataan sahaja dan tidak boleh ada jarak (space) kemudian save profile settings.
Contoh:
Humaira ✔️
Humaira Ahmad ❌
Langkah 3:
-Setelah pertukaran nama baru di save, klik Affiliate URLs untuk dapatkan link URL baru affiliate anda yang telah di edit. Link tersebut boleh digunakan untuk setiap posting anda di social media dan pelanggan boleh klik link tersebut.
Mudah sahaja kan & selamat mencuba 🙂
*PERHATIAN – Slug utama semasa anda mendaftar tidak berubah dan langkah ini hanya untuk menghasilkan slug baharu tambahan sahaja. Kedua-duanya slug lama dan baharu masih berfungsi seperti biasa.