Berapakah harga borong semasa untuk produk TudungSiComel?
Untuk harga borong semasa, boleh rujuk di web borong kita atau group Telegram Private kita:
Berapa minimum kuantiti untuk order borong?
MOQ
1. Minimum Order Quantity (MOQ) adalah 20 helai dalam satu resit bagi setiap kategori.
2. Tudung, Inner dan Aksesori adalah kategori berbeza (hanya satu produk dalam 20 helai)
Contohnya : Dalam satu tempahan jika puan nak beli Tudung dan Inner, haruslah membuat belian minima 20 helai tudung(boleh campur jenis tudung, warna dan size) dan 20 helai Inner(boleh campur warna).
3. Minimum Tempahan hanya 5 helai bagi setiap size/warna sahaja.
Contohnya tudung sekolah awning scuba size S warna biru minimum hanya 5 helai sahaja. Nak tempah 6, 7, 10 helai atau lebih adalah dibenarkan tanpa syarat.
Bagaimana jika tudung yang saya beli rosak / rejek
Jika tudung yang dibeli rosak atau rejek, ada dua pilihan:
1. Sekiranya tudung yang diterima ada kerosakan:
a. Kita sarankan rakan pemborong untuk menjual dengan harga rejek dan boleh maklumkan pada HQ berapa helai rejek untuk HQ contrakan dengan harga borong rejek.
Contohnya jika sehelai tudung dibeli dengan harga RM8.90, tetapi didapati rejek. Sila maklumkan pada HQ untuk kita refund kepada harga borong rejek iaitu contohnya RM5.40. Jadi HQ akan refund sebanyak RM8.90 – RM5.40 = RM3.50 kepada puan.
Jika ada 10 helai yang rejek, kita akan refund contohnya RM3.50 x 10 helai = RM35.00
Dan kemudian puan boleh jual tudung tersebut sebagai tudung rejek kepada pelanggan dan dapat peroleh keuntungan ke atasnya.
b. Kumpulkan semua yang rejek dan pulangkan pada HQ.
Proses ini kurang digalakkan kerana ianya agak kurang ‘cost effective’. Puan boleh pulangkan kepada HQ atas tanggungan kos postage sendiri dan pihak HQ akan refund berdasarkan kuantiti yang dipulangkan.
Tiada penukaran kecuali pemborong sanggup membayar kos pemulangan dan pengantian semula.
Kenapa ada yang rejek?
Cabaran untuk menjahit tudung sekolah adalah gulungan kain yang kita dapat mungkin kelihatan elok di bahagian luar dan apabila tailor kita potong, mungkin ada bahagian yang sedikit kotor di bahagian dalam yang tidak perasan semasa proses QC di kilang.
Dan mungkin juga semasa proses menjahit, ada berlaku jahitan tidak kemas yang juga pihak QC di kilang tidak perasan.
Bagaimana nak minta refund?
Boleh hubungi Bahagian Akaun kita, Puan Marina dengan klik butang whatsapp di bawah atau 012-2469703
Ada jaminan ke tudung borong?
Ya pastinya ada, jaminan 180 hari. Anda berborong dengan TudungSiComel, anda tidak perlu risau stok simpan bawah katil hehe. Biar HQ yang tanggung risikonya.
Jika tidak terjual, boleh pulangkan dan HQ akan bantu jualkan dan akan refund semula wang puan setelah semuanya terjual. Boleh hubungi HQ untuk proses pemulangan dan refund.
**Namun ianya tidak termasuk kos postage penghantaran awal dan pemulangan.
Saya merupakan Dropship, apabila ada pelanggan yang nak memborong tudung / inner, berapakah harga saya patut jual pada mereka?
Sekiranya ada yang nak memborong, namun mereka bukan seorang Dropship / Mini Stokis, anda boleh jual pada mereka dengan markup keuntungan sekitar RM0.50 / RM1 sehelai (ikut pertimbangan anda).
Contoh pertama jika pelanggan nak beli borong 20 helai tudung dan sebagai contoh sehelai tudung borong berharga RM8, jadi anda boleh jual pada harga RM9(RM8 +RM1) sehelai kepada mereka dengan keuntungan RM1 bagi setiap helai tudung yang terjual. Keuntungan anda RM1 x 20 helai = RM20.00
Contoh kedua, jika pelanggan nak beli borong 100 helai tudung, dan contohnya sehelai tudung borong berharga RM8, anda boleh jual dengan harga RM8.50 (dengan keuntungan RM0.50 sehelai) kepada mereka. Jadi keuntungan anda untuk transaksi tersebut RM0.50 x 100 helai = RM50.00
Untuk jualan borong, margin keuntungan tidak besar, namun keuntungan dalam bentuk jualan volume.
Untuk urusan borong nak hubungi siapa?
Semoga perniagaan Rakan Pemborong dan Mini Stokis lancar hendaknya. Aamiin