Your Cart

Wahai Anakku…

Wahai anakku…

Nanti dah sampai masa nak berumahtangga, carilah pasangan yang mampu membawa kita ke syurga.

Jangan hanya mengharap pada cinta dan pesona tipudaya dunia.

Ingatlah, dunia hanya sementara, tak kekal lama.

Carilah pasangan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh sebolehnya. Yang mengikut sunnah dan Al Quran itu sudah semestinya.

Biarlah jodoh lewat daripada tersalah pilih temannya. Kalau tidak, nanti pasti merana.

Doa lah pada Allah swt agar dikurniakan pasangan jodoh yang baik dan mengikut perintahNya.

Jangan dikejar dunia yang fana, jadikanlah dunia sebagai ladang berbekal untuk kita ke alam sana.

Wahai anakku…

Satu hari ayahmu akan pergi dan semoga dapat kita ketemu lagi, di syurga yang kekal abadi.

Wahai anakku

Wallahu a`lam

Ayahmu,
Syahruddin
21 Ogos 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa