Membina Keintiman Dengan Anak Dengan ‘Waktu Istimewa’

waktu istimewa
Cuba sediakan waktu istimewa bersama anak setiap hari

Apakah itu waktu istimewa anak-anak?

Waktu istimewa adalah waktu berkualiti yang diluangkan untuk bermain dengan anak-anak anda setiap hari.

Ia bukanlah masa yang diluangkan semata-mata untuk duduk menemani anak bermain tetapi anda pula melakukan perkara lain (bermain smartphone contohnya).

Ia juga bukan masa yang diluangkan anda untuk mengawasi anak anda bermain dan ia bukan juga masa yang diluangkan untuk membawa anak bersiar-siar.

Jadi apakah yang saya maksudkan?

Ia adalah masa yang diluangkan untuk turut buat apa yang anak anda buat semasa bermain..

.. dan memberikan anak anda sepenuh perhatian.

Ini barulah sebenar-benar waktu istimewa.

Sediakan waktu istimewa kepada anak setiap hari..

Tidak dinafikan, kita sebagai ibu bapa kadangkala boleh menjadi tersangat sibuk sehingga tidak sempat untuk menjengah dalam kehidupan anak-anak.

Kita mungkin bersama anak kita secara fizikal, namun tidak secara mentalnya.

Inilah sebabnya waktu istimewa itu begitu istimewa.

Ia membenarkan kita berhubung dengan anak kita, melakukan apa yang dia suka dan memilih apa yang ingin dilakukan.

Tidak kira apa peringkat usia anak anda, bayi atau remaja, waktu istimewa berkesan untuk setiap aras usia.

Jangan silap faham.

Semua waktu lain yang anda luangkan untuk anak, menghantarnya ke sekolah, menjaganya dan berada berhampirannya, juga adalah cukup penting kepada anak-anak.

Anak kita memang memerlukan kita untuk berada disampingnya sekerap yang boleh.

Tetapi kita harus sedar, dia juga memerlukan waktu istimewa dengan anda setiap hari.

Ia memerlukan kehadiran fizikal serta minda untuk mewujudkan ‘perhubungan’ diantara anda dan anak anda, supaya semakin semakin kuat.

Jadi apakah syarat-syarat untuk mewujudkan waktu istimewa?

Untuk menjadikan sesuatu perhubungan itu berkesan, anda perlu memastikan perkara-perkara berikut:

1. Beri perhatian satu-persatu terhadap setiap orang anak anda.

Pastikan semua orang tahu bila masa istimewa dengan setiap anak tidak boleh diganggu.

Setiap anak harus tahu bahawa mereka akan memperolehi masa istimewa dengan anda.

2. Waktu Istimewa hanya memerlukan 10 minit sahaja, tapi pastikan anda lakukan ia setiap hari.

3. Anak anda memilih aktiviti yang anda berdua akan lakukan bersama.

Jika dia masih kecil dan masih tidak boleh menentukan, maka sedia 3 pilihan (dalam bentuk paparan gambar) dan biarkan dia pilih.

4. Anak anda mengetuai permainan dan anda ikut.

Ini bermakna anda buat apa yang anak anda buat.

Jika dia pilih untuk membina rumah dengan lego, maka anda juga akan buat perkara sama.

Anda juga tidak boleh menguasai dan mengetuai permainan serta memberi tahunya apa yang harus ada pada rumah, atau mencadangkan idea apa yang perlu dibuat.

Itu adalah rumahnya dan dia adalah tuan.

5. Berikan maklumbalas yang positif mengenai apa yang sedang dilakukan.

Dengan kata lain, jelaskan apa yang sedang dilakukannya. “Adik kongsi kek adik dengan teddy bear dan mak”

6. Wujudkan suasana pendengaran secara aktif.

Ini bermakna anda menukar cara percakapan kepada gaya bahasa lain.

Jika dia berkata, “Mak, mak kena makan kek ini” maka anda kata “Adik nak mak makan kek ini”.

Pendengaran aktif akan menunjukkan bahawa anda sedang memberi perhatian.

7. Jangan wujudkan pertikaian, kritikan dan memberi arahan.

Jangan tanya soalan seperti “Kenapa adik buat macam tu?” atau “Bukan ke lagi elok kalau kita buat macam ini”.

Masa Istimewa adalah masa berkualiti yang positif, maka sebarang perkara negatif tidak dibenarkan.

 

Mari membina hubungan keluarga yang kukuh

Rahsia untuk mempunyai keluarga yang bahagia serta berjaya sebenarnya terletak bagaimana kita berhubung.

Ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam hal ini.

Waktu istimewa bukan sahaja dapat membuatkan perasaan lebih erat, malah dalam masa yang sama akan membentuk minda anak-anak supaya lebih cerdas.

Jika anda artikel ini berguna, sila kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa