Anak menjadi wanita Wanita Solehah merupakan impian bagi setiap ibu bapa yang mempunyai anak perempuan
Selain daripada mendidik anak lelaki, anak perempuan juga perlu di titik beratkan oleh para ibu bapa dan mendidik anak perempuan supaya menjadi seorang wanita yang baik dan solehah apabila sudah dewasa nanti. Islam merupakan agama yang serba lengkap dan sangat mementingkan adab sopan dan tatasusila dalam kehidupan. Justeru itu, setiap ibu bapa perlu memainlan peranan dengan mendidik anak mengikut cara yang betul dan mengiku cara islam.
Cara Mendidik Anak Perempuan Supaya Menjadi Wanita Solehah Apabila Dewasa Nanti
Untuk menjadikan anak perempuan sebagai seorang wanita solehah bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula tinggal di bandar besar yang terdedah dengan pelbagai masalah sosial yang semakin teruk dan semakin meruncing pada masa kini.
Gejala masalah sosial bukan sahaja berlaku pada remaja tetapi juga turut berlaku pada remaja perempuan. Justeru itu, sejak dari kecil lagi kita perlulah mendidik anak perempuan kita dengan cara yang betul dan mengikut cara islam. Jom kami kongsikan cara terbaik yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menjadikan anak perempuan anda menjadi seorang wanita solehah. Antaranya ialah
1-Terapkan Ilmu Agama
Untuk menjadikan anak perempuan kita seorang wanita solehah apabila mereka sudah dewasa, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan menerapkan ilmu agama sejak mereka masih kecil lagi. Ajar mereka hidup mengikut cara islam seperti percakapan, pergaulan, menutup aurat dan sebagainya. Dalam masa yang sama ajarkan anak prempuan kita mengaji serta bersolat dengan cara yang betul.
Ini kerana, kedua perkara ini merupakan perkara yang yang sangat penting dan merupakan asas dalam melahirkan umat islam yang mnetaati perintah Allah
2- Ajar Memakai Pakaian Yang Sopan Dan Menutup Aurat
“Alaa anak saya masih kecik lagi tak payah lah ajar mereka pakai pakaian menutup aurat”. Walaupun anak anda masih kecil tetapi bermula dari mereka masih kecil inilah kita perlu mendidik anak kita dan mengajar mereka menutup aurat seperti memakai tudung dan sebagainya.
Bila mereka usdah terbiasa menutup aurat dari kecil ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka tidak merasa kekok untuk menutup aurat dengan sempurna apabila sudah menginjak dewasa nanti.
Baca Juga: Anak Ketagih Gadjet? Atasinya Dengan 5 Cara ini
3- Ajar Anak Perempuan Mengenai Adab
Muslimah sejati, perlulah mempunyai adab yang tinggi terutama sekali adab bersama ahli keluarga. Adab yang tinggi menunjukkan mereka merupakan seorang wanita yang penuh dengan adab sopan dan menggambarkan bahawa keluarganya sangat menekankan beradab dalam kehidupan seharian. Selain itu, ajar juga anak mengenai sopan seperti sopan. Jika kita yerapkan perkara ini dari mereka kecil, lama kelamaan mereka akan mula terikut dan mula biasakan diri denganya.
4- Ajar Anak Cara Pergaulan Yang Betul
Anak kecil sangat suka berkawan terutama sekali berkawan dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Dengan berkawanlah mereka dapat bermain dan melakukan aktiviti yang mereka suka. Justeru itu, pada waktu sebeginilah bermulanya anda mendidik dan mengajar anak anda cara pergaulan yang betul terutama sekali bersama rakan-rakan mereka.
Pada waktu inilah anda perlu mengajar anak kecil anda perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh sewaktu bergaul bersama rakan sebaya, pergaulan bersama keluarga, dan juga pergaulan dengan orang dewasa. Bermula dari kecil lah lama kelamaan anak anda akan terbiasa dan mula memahami kenapa mereka perlu menjaga pergaulan mereka