Kebanyakan ibu sangat runsing apabila bayi telah bercerai susu. Susu apakah yang terbaik untuk diberikan kepada anak setelah mereka berusia dua tahun? Pernahkah anda mendengar bahawa susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing? Para ilmuwan Islam yang bijak pandai telah pun mengkaji tentang hal ini sejak dahulu lagi. Mereka berpendapat susu kambing adalah yang paling berkhasiat benbanding susu haiwan ternakan lain. Artikel kali ini membincangkan khasiat susu kambing untuk anak.
Benar, bahawa setiap apa yang disunnahkan oleh nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W pasti memberi keberkatan dan manfaat untuk kita sendiri nikmati di dunia dan akhirat. Tidak ada lagi yang lain boleh dibandingkan. Hanya sesiapa yang mengamalkan sahaja yang boleh mendapat manfaatnya.
Susu kambing ialah minuman semulajadi yang paling seimbang kerana mempunyai nutrien yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Selain itu, ia juga mempunyai kalori yang tinggi.
Allah telah pun menjelaskan dalam Al-Quran tentang khasiat susu kambing iaitu di dalam surah al-Mukminun, ayat 21 yang bermaksud :
” Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu padanya ada iktibar penting bagi kamu. Kami beri kamu minum daripada susu yang ada di dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah padanya dan sebahagian daripadanya juga kamu makan.”
Penyelidikan terkini oleh pakar pemakanan dan perubatan secara saintifik menunjukkan susu kambing kaya dengan unsur-unsur yang diperlukan oleh badan. Menurut buku yang bertajuk Menerokai Kegemilangan Saintis Islam, 10 khasiat susu kambing antaranya ialah :
1.Molekul Halus
2. Mencegah Penyakit
3. Berkhasiat Tinggi
Kandungan mineral selenium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik dalam membantu melawan virus.
Susu kambing lebih mudah hadam oleh usus kerana kandungan laktosa yang lebih rendah sebanyak 7% daripada susu haiwan ternakan lain. Sesuai diberikan pada kanak-kanak yang alergik pada susu lembu.
4. Merawat Penyakit
Riboflavin dalam susu kambing sangat baik dalam merawat demam kuning, penyakit asma, sakit kulit, sakit perut, dan sukar tidur malam.
5. Meningkatkan Tenaga
Kandungan asid lemak yang baik iaitu asid capric dan asid caprylic dapat meningkatkan tenaga dan sistem pertahanan badan dari jangkitan kulat.
7. Mengurangkan Keradangan
Kandungan bioorganik sodium yang kaya dalam susu kambing dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan masalah keradangan sendi.
8. Potassium dan Kalsium Yang Tinggi
Susu kambing mengandungi potassium dan kalsium yang tinggi. Manakala sodium yang rendah dapat menjadikan tekanan darah menjadi normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
9. Tidak Ada Alahan
Susu kambing tidak menimbulkan alahan.
10. Elakkan Sembelit
Susu kambing boleh mengelakkan sembelit.
Jom kita baca artikel “Kenapa Kambing Tinggi Kolestrol”