10 Resipi Lauk Pantang Mudah dan Menyelerakan Wajib Anda Cuba!

Artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda 20 resipi lauk berpantang yang sedap dan mudah disediakan untuk membantu proses pemulihan ibu selepas penat bersalin. Dengan resepi yang dikongsikan ini semoga ibu-ibu dapat menikmati hidangan lauk pantang yang menyelerakan tanpa mengabaikan aspek kesihatan semasa berpantang.

Tempoh berpantang bagi sesetengah orang mungkin sukar untuk kali pertama melahirkan, ada kalanya pasti rungsing memikirkan lauk pantang yang ingin disediakan. Lauk pantang pula mestilah hidangan yang sihat dan berkhasiat. Nak pula ibu yang berpantang sendiri pasti anda mencari resipi lauk pantang yang sesuai dengan badan anda. Jangan rungsing kami bantu anda dengan perkongsian 20 resipi lauk pantang yang berkhasiat ini.

Resipi Lauk Pantang

Siapa cakap lauk pantang ini membosankan dan tidak sedap? Jika anda seorang yang kreatif pasti anda boleh mengolah resipi lauk pantang yang membosankan kepada lauk pantang yang cukup menyelerakan. Perkongsian resipi lengkap lauk pantang ini telah dikongsikan oleh Nor Sofiah Hussin.

1. Siakap Stim

lauk pantang

Resipi pertama ialah siakap stim. Mudah nak buat dan sesuai untuk ibu yang sedang dalam proses pemulihan. Penggunaan lada hitam juga bagus untuk ibu berpantang, antara kebaikannya ialah dapat memanaskan badan dan membuang angin.

Bahan-bahannya:

  • Ikan
  • Bawang putih – hiris
  • Bawang merah – hiris
  • Halia – hiris
  • Serai – hiris
  • Lada hitam
  • Air limau nipis (boleh tukar dengan air asam jawa)
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediannya:

  1. Letak kesemua bahan diatas ikan.
  2. Kukus ikan sehingga masak.

2. Ikan Bakar Berempah

lauk pantang

Ikan bakar berempah ini cukup menyelarakan, jika ibu bosan dengan menu bersup apa kata ibu cuba resepi ikan bakar berempah yang penuh rasa rempah ini.

Bahan-bahannya:

  • Ikan
  • Bawang putih -tumbuk
  • Bawang merah – tumbuk
  • Halia – tumbuk
  • Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • garam
  • Lada hitam

Cara Penyediaannya:

  1. Lumurkan semua bahan pada ikan
  2. Bakar ikan sehingga masak.

3. Sup Ikan

lauk pantang

Resipi sup memang menjadi favorite bagi ibu berpantang, bukan apa menghirup sup dapat menghilangkan sedikit kepenatan. Dalam tempoh pemulihan ini ibu mesti mendapatkan rehat yang secukupnya.

Bahan-bahannya:

  • Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) -lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan
  • Bawang putih – kisar
  • bwang merah – kisar
  • Halia – kisar
  • Sup bunjut ikan
  • Air
  • Sayur (lobak dan bunga kobis)
  • Lada hitam
  • Daun sup

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.
  2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis.
  3. Apabila sayur dah hampir lembut masukkan ikan.
  4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam bila kuah dah mendidih boleh tutup api dan siap.
  5. Taburkan daun sup sebelum hidang.

4. Kari Ikan (Tanpa Santan)

lauk pantang

Sesekali ibu berpantang juga mengingkan menu yang mempunyai sedikit rasa dan berkuah, ibu dan penjaga ibu berpantang boleh mencuba resipi kari ikan tanpa santan ini, pasti membangkitkan rasa. Haa siapa cakap menu berpantang ini membosankan?

Bahan-bahannya:

  • Ikan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Halba campur
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Kari ikan
  • Tomato
  • Air

Cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan tomato dan daun kari masak sehingga layu.
  3. Masukkan serbuk kari ikanmasak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air,ikan dan air asam jawa.
  5. Apabila ikan dah masak masukkan garam tunggu sehingga mendidih dan siap.

4. Serunding Halia

Serunding halia merupakan resipi berpantang yang wajib masuk dalam senarai lauk berpantang. Kebaikan halia ini juga sangat baik untuk ibu berpantang antaranya ialah mengurangkan sakit kepala dan membuang angin dalam badan.

Bahan-bahannya:

  • Halia
  • Lada hitam
  • Garam
  • Ikan bilis – goreng
  • Bawang putih – goreng

Cara Penyediaanya:

  1. Sagat halia dan perah/tapis air tersebut.
  2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing.
  3. Dah siap goreng, toskan minyak.
  4. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
  5. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.

5. Ayam Bakar Berempah

Sesetengah ibu berpantang tidak boleh makan ayam kerana mempunyai alahan, resipi ayam bakar ini sesuai untuk ibu yang boleh mengambil ayam semasa dalam tempoh pemulihan bersalin.

Bahan-bahannya:

  • Ayam
  • Bawang putih – tumbuk
  • Bawang merah -tumbuk
  • Halia – tumbuk
  • Kunyit – tumbuk
  • Serai – tumbuk
  • Lengkuas – tumbuk
  • Serbuk kari
  • Lada hitam
  • Garam
  • Gula / madu

Cara Penyediaannya:

  1. Gaul semua bahan bersama ayam dan perap sekejap.
  2. Bakar sehingga ayam masak.

6. Singgang Ikan

lauk pantang

Resipi singgang ikan juga merupakan menu pantang wajib ada dalam senarai lauk pantang. Mudah dan bahan yang digunakan juga senang untuk didapati. Lauk singgang ikan ini sedap dimakan bersama dengan serunding halia.

Bahan-bahannya:

  • Ikan
  • Bawang putih – kisar
  • bawang merah – kisar
  • Halia – kisar
  • Kunyit – kisar
  • Serai -di titik
  • Air
  • Sedikit air asam jawa
  • Lada hitam
  • Garam

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  2. Masak sehingga ikan masak dan siap.

7. Daging Goreng Kunyit

lauk pantang

Jom cuba pula resipi daging goreng kunyit, dah muak makan ikan jom cuba resipi yang mudah ini. Sedap dimakan dengan nasi panas cukup membangkitkan selera untuk ibu berpantang.

Bahan-bahannya:

  • Daging
  • kunyit
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Lada hitam
  • Air

Cara Penyediannya:

  1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit dan ketepikan.
  2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah gaul sebati.

8. Ayam Masak Lada Hitam

lauk pantang

Resipi ayam masak lada hitam ini juga salah satu menu favorite ibu berpantang, kerap makan lada hitam bagus untuk proses pemulihan selepas bersalin. Resipi ini juga boleh dibuat secara kering atau berkuah.

Bahan-bahannya:

  • Ayam
  • Bawang putih -hiris
  • Bawang merah -hiris
  • Halia -hiris
  • Sos lada hitam
  • Sedikit sos tiram (optional)
  • Lada hitam
  • Air

Cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air (ikut banyak mana nak kuah).
  3. Kemudian masukkan ayam masak sehingga ayam masak.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan lada hitam dan siap.
  5. Kalau tak nak tumis masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga ayam masak.

9. Sup Sawi Bertauhu

Sayur juga memainkan peranan penting dalam tempoh pemulihan bagi ibu berpantang. Kerap makan sayur dapat menyembuhkan luka bersalin tidak kira bersalin secara pembedahan atau normal. Resipi sayur ini juga sesuai diambil oleh ibu berpantang.

Bahan-bahannya:

  • Sawi
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis tumbuk
  • Air
  • Garam
  • Tauhu

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali sawi.
  2. Bila air dah mendidih masukkan sawi dan tutup api siap.

10. Sup Brokoli Bertauhu

lauk pantang

Satu lagi resipi sayur iaitu sup sayur brokoli bersama tauhu. Kalau ibu nak tahu brokoli sangat baik bagi ibu dalam tempoh pemulihan ini. Antara kebaikannya ialah dapat mengelakkan sembelit dan mengawal tekanan darah.

Bahan-bahannya:

  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis tumbuk
  • Air
  • Garam
  • Tauhu

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali brokoli.
  2. Apabila air dah mendidih masukkan brokoli tutup api dan siap.

Semoga dengan perkongsian resipi lauk pantang ini dapat membantu ibu- ibu diluar sana dalam mencari menu yang enak dan berkhasiat pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek kesihatan ibu dalam tempoh pemulihan selepas bersalin.

Semua resipi diatas ibu perlu mencuba dahulu sama ada ibu mempunyai alahan atau tidak, tidak semua ibu mempunyai daya ketahanan badan selepas bersalin yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa