9 Fakta Tentang Bersalin Czer Yang Kaum Wanita Wajib Tahu

Proses kelahiran seorang bayi dari rahim seorang ibu mempunyai dua cara iaitu bersalin normal atau bersalin czer.

Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama namun keadaan kesihatan seseoranglah yang akan menentukan jenis proses bersalin yang mereka perlukan.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa fakta penting mengenai kelahiran secara pembedahan C-section.

Apa itu bersalin czer?

Bersalin czer (czerion) boleh ditakrifkan sebagai cara bersalin bagi ibu hamil yang tidak dapat bersalin dengan normal. Prosuder kelahiran ini adalah secara pembedahan di bahagian abdomen.

Umumnya, kaedah bersalin secara czer perlu dirancang terlebih awal jika ibu hamil telah menunjukkan komplikasi ketika kehamilan.

Perbezaan bersalin czer dan bersalin normal

Bersalin Normal Bersalin Czer
Proses kelahiran semula jadiProses kelahiran secara pembedahan
Masa pemulihan lebih cepatMasa pemulihan lebih lambat
Rendah risiko kematianTinggi risiko kematian
Tidak melibatkan apa-apa cecair atau parut Keluar cecair seperti darah dan lendir serta parut luka torehan di perut
Masalah tumpah darah kurang Masalah tumpah darah banyak
Tiada parut yang kelihatanMeninggalkan parut dalam rahim

Perkara yang perlu kita tahu mengenai czer

Wanita yang perlu melalui proses bersalin czer akan berhadapan dengan beberapa perkara sebelum, semasa dan selepas pembedahan tersebut.

Berikut adalah fakta yang perlu kita tahu untuk mendapatkan pencerahan bagi prosuder ini.

1. Jenis pembedahan czer

Terdapat dua jenis pembedahan czer yang ada dalam dunia perubatan. Pertama pembedahan czer elektif dan kedua adalah pembedahan czer disebabkan oleh kecemasan.

Pembedahan czer elektif dilakukan apabila ibu pernah melalui proses pembedahan czer sekurang-kurangnya dua kali sebelum kelahiran yang terkini, saiz bayi yang besar atau kedudukan bayi songsang sewaktu di dalam rahim ibu.

Manakala untuk pembebedahan czer kerana kecemasan pula, ia terjadi dengan mengambil kira kes seperti denyutan nadi bayi lemah, warna air ketuban bertukar warna hijau, bukaan pangkal rahim yang lambat dan beberapa faktor lain yang memerlukan proses pembedahan czer dilakukan dengan kadar yang segera.

2. Pantang larang makan selepas bersalin czer

Bagi ibu yang sudah bersalin secara czer kita tidak akan terlepas untuk berpantang dengan beberapa jenis makanan. Contohnya seperti dilarang untuk:

  • Minum minuman berkarbonat kerana boleh mengakibatkan masalah gas berlebihan dan kembung perut
  • Minum minuman berkafein seperti kopi dan teh yang membawa kepada masalah pertumbuhan bayi
  • Minum minuman beralkohol mampu untuk menjejaskan keupayaan bayi, perkembangan bayi, dan memudaratkan ibu itu sendiri
  • Makan sayur-sayuran yang boleh menyebabkan angin seperti kobis, ubi, dan sebagainya
  • Makan makanan bergoreng kerana ia boleh menyebabkan perut terasa senak
  • Ambil nasi putih pada hari ketiga dan keempat selepas melahirkan terutamanya apabila mengalami GDM. Lebih baik kita tukarkan kepada beras gandum yang memberi lebih banyak tenaga dan kalori tambahan
  • Minum atau makan sesuatu yang berasaskan sejuk boleh menjejaskan kesihatan tubuh ibu

3. Merawat luka czer cepat sembuh

Luka disebabkan bersalin czer jika tidak dijaga dengan teliti boleh menyebabkan berlaku jangkitan pada parut tersebut.

Oleh yang demikian, panjagaan yang rapi perlu dilakukan seperti yang berikut:

  • Tidur atau rehat yang cukup dapat membantu untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
  • Aktiviti naik turun tangga perlu dikurangkan untuk mengelakkan jahitan kita terbuka.
  • Ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat bagi meningkatkan pengeluaran susu ibu dan juga mengelakkan masalah sembelit.
  • Ibu perlu banyakkan berjalan untuk mengurangkan risiko darah beku atau pulmonari embolism.
  • Selain pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, pil pelembut najis juga boleh mengelakkan ibu dari sembelit.

4. Jangan bersalin czer lebih 3 kali

Ibu hamil sangat tidak digalakkan untuk bersalin secara czer lebih daripada 3 kali.

Hal ini kerana, ia memberi risiko tinggi kepada mereka untuk mendapat masalah plasenta previa, pembentukan tisu parut sehingga menyebabkan komplikasi lekatan, dan turut berisiko juga mendapat masalah hernia (angin pasang) pada luka pembedahan.

5. Luka czer sembuh selepas 6 minggu

Selepas dua minggu pembedahan dilakukan, parut pada perut kita akan kelihatan.

Namun begitu, kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 minggu sehingga tiga bulan untuk pulih dan sembuh sepenuhnya.

Parut ini pula akan beransur-ansur pudar dengan sendirinya sedikit demi sedikit dalam tempoh masa tertentu.

Hari ini, dunia perubatan yang kian canggih banyak menyediakan perawatan untuk membantu wanita bersalin secara czer bagi meningkatkan penampilan pada luka parut di bahagian perut itu.

Caranya adalah dengan menampal lapisan silikon di atasnya agar lebih kemas dan cantik.

6. Kaedah pemotongan caesarean

Jenis potongan caesarean terbahagi kepada dua cara iaitu:

  • Menegak (mula dari bawah pusat ke garisan bulu kemaluan)
  • Melintang (merentasi garis bulu kemaluan)

Kedua-dua jenis potongan ini dipilih bergantung pada keputusan yang terbaik oleh doktor semasa membantu proses melahirkan bayi.

Namun biasanya, kaedah potong secara melintang adalah yang paling kerap digunakan dan memerlukan masa yang lebih singkat untuk sembuh dengan pendarahan yang sedikit.

Sebaliknya, kaedah potong secara menegak adalah lebih berisiko tinggi untuk terbuka dan proses penyembuhannya juga lambat.

7. Cara pantang selepas bersalin czer

Ibu yang melalui proses pembedahan czer memerlukan masa yang agak lama untuk memulihkan badan semula dari keletihan mental dan fizikal.

Justeru itu, berpantang adalah sangat penting bagi diri ibu dan bayi yang sedang menyusu.

Berikut adalah langkah berpantang untuk ibu adalah seperti:

  • Tuam seluruh badan dengan menggunakan tungku bantal elektrik ataupun hot water bag. Cara ini bantu untuk memecahkan dan mengeluarkan angin, otot yang tegang jadi relax dan melancarkan pengeluaran darah berketul.
  • Memakai bengkung membantu menetapkan kedudukan perut ibu dari terbuai sehingga mengakibatkan luka akibat bergesel.
  • Pemakaian stoking setiap hari boleh mengelakkan dari bentan kepada ibu dan cedera ketika berjalan.
  • Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi nutrisi ibu dan bayi.
  • Banyakkan minum air putih yang suam setiap hari.
  • Elakkan diri dari melakukan aktiviti lasak dan berat kerana dikhuatiri rahim akan jatuh dan jahitan kembali terbuka.

8. Jarakkan kehamilan selama 2 tahun

Banyak orang beranggapan bagi ibu yang bersalin secara czer mereka perlu merancang dan menjarakkan kehamilan selama lebih kurang 2 tahun atau lebih.

Sebenarnya, tiada masalah sama sekali untuk mengandung kurang dari tempoh tersebut.

Namun begitu, sekiranya kita mahu bersalin secara normal selepas melalui czer, perlu untuk kita menjarakkan kandungan tersebut sekurang-kurangnya 18 bulan bagi mengelakkan risiko rahim pecah.

9. Sukar memberikan susu kalau bersalin secara czer

Mitos susu susah keluar jika ibu bersalin dengan czer sebenarnya tidak benar.

Kelancaran dalam proses penyusuan badan semuanya bergantung kepada ibu dan motivasi dirinya sendiri.

Mungkin yang dimaksudkan dengan kesukaran untuk menyusu itu adalah pada peringkat awal selepas melahirkan kerana tubuh badan ibu sendiri tidak kuat untuk duduk seperti biasa berbeza jika kita bersalin normal.

Banyak kaedah penyusuan yang boleh kita sesuaikan kepada bayi bagi membolehkan mereka menyusu dengan mudah. Contohnya seperti mendukung, mendukung bersilang, mendakap, dan berbaring.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai fakta tentang bersalin czer ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa