Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita memilih pemenang untuk Pertandingan Memilih Nama Jubah Kanak-kanak yang kita anjurkan dua minggu lepas.
Sangat sukar kerana semua peserta hebat-hebat belaka hehe… saingan sangat sengit. Semua nama yang dicadangkan menarik dan sukar untuk panelis kita membuat keputusan. Akhirnya kita terpaksa pejamkan mata dan buat pilihan secara rawak sahaja (^_^).
Memandangkan juga kita menerima banyak penyertaan, kita berbesar hati untuk TAMBAH HADIAH dari 3 hadiah kepada 10 hadiah.
Seperti yang dijanjikan, 3 pertama akan menerima Jubah Kanak-kanak Terbaru kita dan 7 yang lain akan menerima hadiah saguhati berupa sehelai Inner Serkup setiap seorang. Ini bermakna 10 peserta akan menerima hadiahnya.
Semoga dengan ini lebih ramai yang akan gembira (^_^).
JUBAH KANAK-KANAK
Jubah ini dihasilkan dari materiel Lycra Lembut 320gm sengan harapan dapat membuatkan Si Comel puan selesa menggayakannya.
Jika tidak selesa boleh dipulangkan, kita ada jaminan keselesaan 180 hari. Yang penting Si Comel puan selesa menggayakannya.
Jadi tanpa membuang masa….PEMENANGNYA adalah…jeng jeng jeng….
3 + 7 PEMENANG UNTUK PERTANDINGAN KALI INI
3 PEMENANG UTAMA (JUBAH KANAK-KANAK)
7 HADIAH BONUS (INNER SERKUP)
TAHNIAH
Tahniah kepada semua yang terpilih…kami tumpang gembira. Kepada yang tidak terpilih kali ini jangan putus asa ya, mungkin rezeki puan pada pertandingan akan datang dengan lebih banyak hadiahnya. In shaa Allah.
Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini. In shaa Allah kita akan usahakan untuk sentiasa anjurkan lebih banyak pertandingan dari masa ke semasa. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap kawan-kawan atas sokongan selama ini terhadap TudungSiComel. Terima kasih
TUNTUT HADIAH
Kepada yang terpilih di atas, mohon Whatsapp kita di 011-28200399 untuk membuat tuntutan hadiah (^_^)
Semoga Si Comel puan gembira dengan hadiah yang diterima…Amin
Jumpa lagi pada pertandingan akan datang, in shaa Allah.
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENYERTAI, SEMUA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA (^_^)