4 Doa Untuk Anak Yang Ibu Ayah Boleh Amalkan

Doa untuk anak ini haruslah ibu bapa jadikan amalan dalam kehidupan seharian. Doa merupakan senjata penting orang-orang mukmin. Jadi sebagai ibu bapa, anda haruslah tunjukkan akhlak yang baik dengan anak supaya mereka ini tidak terpesong jauh dari agama. Sambil mendidik anak, ibu bapa haruslah mendoakan kejayaan mereka dunia dan akhirat.

Baca ini juga: 6 Cara Merawat Chicken Pox Pada Anak

Saya yakin setiap ibu bapa menginginkan setiap anak itu menjadi seorang yang soleh dan solehah malah mampu menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Ingat ya, wahai ibu sekalian, doa seorang ibu untuk anaknya dapat memberikan keberkatan dunia dan akhiratnya. Berdoalah sebanyak mana pun untuk anak anda. Di bawah ini saya senaraikan beberapa doa yang selalu saya amalkan. Mana tahu, anda boleh amalkan juga.

doa untuk anak

#1 Doa untuk anak agar dilembutkan hatinya (Surah As-Syura Ayat 19)

Doa ini saya selalu tiupkan di ubun-ubun anak saya. Doa ini amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala. Cuba amalkan “Surah As-Syura Ayat 19”. Semoga doa ini dapat membantu melembutkan hati si manja anda yang degil.

MaksudnyaAllah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

#2 Doa untuk anak supaya kuat dan sabar (Sural Al Imraan Ayat 200)

Doa ini disarankan untuk ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah atau setiap kali selepas solat bersama. Mudah-mudahan si kecil anda ini akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia. Jadi, anda haruslah mengamalkan “Sural Al Imraan Ayat 200”.

MaksudnyaHai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

#3 Doa supaya menjadi penyejuk mata (Surah Al-Furqan Ayat 74)

Doa ini merupakan doa kebahagian rumahtangga dan mendapat anak yang soleh dan solehah. Doa inilah yang patut kita amalkan dalam harian kita. Zaman sekarang ni, anak mudah untuk menjadi durhaka. Sudah tentu, ibu bapa tidak mahu perkara ini berlaku. Doa ini boleh diamalkan untuk memohon agar keluarga dan anak sentiasa menjadi penyejuk mata.

Maksudnya“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

#4 Doa supaya anak rajin solat (Surah Ibrahim Ayat 40)

Ibu bapa sudah wajib memulakan dan tegas dalam mendidik anak untuk sentiasa solat. Apabila cukup baligh, anda sudah mula untuk bersikap displin dalam membentuk mereka menjadi seorang yang rajin solat. Jadi, doa nabi ibrahim ini boleh diamalkan oleh ibu bapa.

MaksudnyaYa Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Kesimpulan

Semua di atas ini merupakan koleksi doa-doa yang boleh diamalkan oleh ibu bapa. Saya akui bukan mudah untuk mendidik anak menjadi seorang yang berjaya di dunia akhirat. Doa untuk anak daripada ibu bapa itu sendiri sangatlah tidak ternilai keberkatannya. Apa-apa pun berdoalah, mintalah apa sahaja yang ingin diminta dengan bersungguh-sungguh dan yakin pasti akan dikabulkan oleh Allah. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa