4 Tips Efektif Untuk Kekal Sihat Dan Produktif!

Sihat
Sihat dan produktiviti | Photoroman TV5 by BenoitPaille

Sebagai muslimin, terutamanya ibu bapa yang hidup dizaman moden memang menghadapi cabaran yang besar dan memenatkan setiap hari. Waktu dalam sehari-hari perlu diperuntukkan untuk kerjaya dan keluarga.

Bukan selalunya kehidupan kita berjalan lancar.

Pasti ada cabaranya setiap hari yang membuatkan kita “lelah” dalam menguruskan keluarga dan pada masa yang sama membina kerjaya yang sangat penting untuk menyara hidup.

Jangan jatuh sakit!

Siapa yang mahu sakit. Tiada.

Tetapi jika kita ditakdirkan jatuh sakit, pasti kesannya sangat besar. Tergendala sudah urusan keluarga dan pejabat.

Sudahlah sakit, malah kita stress pula memikirkan siapa yang mahu menghantar anak ke sekolah, bagaimana menguruskan makan suami dan anak-anak. Itu belum lagi yang tertangguh di pejabat.

Oleh itu kita perlu kekal sihat dan produktif terutamanya ibu bapa yang bekerja. Bagaimana caranya?

Artikel ini akan mengupas 4 perkara asas tetapi berkesan untuk kekal sihat, dengan izin Allah.

1. Mula Biasakan Diri Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Seimbangkan istirehat yang cukup, aktiviti yang produktif dan bermanfaat serta bersenam dengan teratur. Jangan berlebihan pada satu perkara yang perlu, kerana perkara itulah yang akan membawa kesan buruk bagi tubuh.

Seimbang adalah kuncinya.

.

2. Amalkan Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat

Jauhi makanan ringan. Sebaiknya perbanyakkan mengambil makanan segar seperti buah dan sayur-sayuran. Ingatlah bahawa makanan ringan (junk food) hanya menjanjikan gaya hidup tetapi tanpa gizi yang diperlukan oleh tubuh.

Juga makan malam diawal waktu (sebelum maghrib). Elakkan makan lewat malam kerana boleh menyebabkan kegemukan. Jika terpaksa pada lewat malam, ambillah buah-buahan sebagai menu.

Cubalah kembali kepada makanan yang penuh dengan nutrisi semulajadi yang diperlukan oleh badan kita.

.

3. Minum Air Putih Dua Sehingga Empat Liter Sehari

Keperluan air yang cukup perlu diberikan perhatian untuk memastikan kehidratan diri sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Ini kerana air yang mencukupi dapat memperbaiki metabolisme, juga dapat menghindari penyakit serius seperti ganguan ginjal dan hati.

Otak kita juga akan lebih cerdas dalam menguruskan kehidupan seharian, selain daripada memastikan badan sentiasa segar.

.

4. Menghindari Stress

Belajarlah menguruskan ketegangan fikiran dengan bijak. Buat jadual prioriti dalam urusan seharian, supaya segala pekerjaan menjadi mudah diuruskan dan sekaligus dapat mengelakkan stress.

Bagaimana menetapkan prioriti dan kekal produktif?

Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai dua tugasan yang penting, mulakan dengan tugas yang terbesar, paling susah, dan terpenting dahulu. Disiplinkan diri kita supaya memulakan tugas serta merta dan bersungguh-sungguh melakukannya sehingga tugas itu berjaya diselesaikan. Jangan lakukan tugas yang lain selagi tugas yang paling penting itu belum selesai.

Jangan lupa mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan anti-oksidan untuk memastikan tubuh tetap sihat dan cantik.

Sebagai ibu bapa moden yang mempunyai aktiviti yang padat, ada baiknya kita selalu pintar dalam menguruskan tekanan.

Bersegera untuk membasuh muka dengan air wuduk setiap kali amarah menerpa. Insyaallah, cara ini amat membantu dalam menghilangkan amarah dan stress.

.

Kesimpulan

4 perkara diatas adalah tips yang mudah tapi berkesan, yang dapat saya kongsikan bersama para pembaca untuk kekal sihat dan produktif.

Amalkan dan lihatlah hasilnya, dengan izin Allah pasti membantu!

Semoga kita semua dapat menjadi Muslimin, Muslimat dan Ibu bapa yang sentiasa sihat dan produktif dalam membina Ummah. Semoga Allah redha. InsyaAllah =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa