Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

4 Cara Bantu Atasi Anak Fobia Air.

Kali ini, saya kongsikan pula cara atasi anak fobia air. Saya sendiri pun fobia bila snorkeling di tengah laut. Macam-macam di dalam benak saya, kadang tu saya kuatkan juga. Aktiviti sukan air ni bukannya murah, jadi rugi je pergi tanpa melakukan aktiviti. Tapi bila dah rasa seronok sampai terlupa yang diri sebenarnya fobia dengan air.

Baca ini juga: Kenali Sifat Anak Kedua Yang Ramai Tak Tahu

Sebenarnya, bukan orang dewasa je yang fobia air ni, kanak-kanak pun boleh fobia air juga tau. Si manja ni pula cerdik, kat rumah elok je main-main air tapi bila sampai je pantai dan baru je mencelup kaki, dah menangis tersedu-sedu kan? Saya percaya mesti ibu bapa di luar sana, mengalami masalah yang sama. Mesti rasa kecewa dan rungsing bila anak fobia air.

Sebaik-baiknya, cuba dedahkan si manja dengan aktiviti air sejak dari bayi. Saya sendiri kerap bawa anak ke pantai dari umur 5 bulan. Saya masih ingat lagi, anak saya yang berumur 13 bulan, saya bawa dia ke tengah laut untuk sama-sama snorkeling. Seharian kami habiskan aktiviti air dan alhamdullilah sedikit pun tidak menangis.

Jadi, hari ini saya akan kongsikan beberapa cara atasi anak fobia air. Sudah pastinya dapat membantu ibu bapa yang turut mengalami masalah ini.

#1 Jangan paksa anak

Bila anda paksa anak untuk mandi laut atau kolam, lagi buatkan mereka ini fobia. Sesetengah kanak-kanak ni memerlukan masa yang lama untuk sesuaikan diri. Sebab itu, saya suka bawa anak saya tiap minggu ke pantai atau kolam. Awal-awal memang dia menangis tapi lama-lama nanti kita pula yang menyesal bawa anak ke pantai. Asyik nak mandi je kan.

#2 Berikan peralatan yang lengkap

Nak atasi anak fobia air ni sebenarnya amat mudah. Caranya, ibu bapa boleh kenalkan mereka dengan peralatan berenang yang lengkap. Beli dan pakaikan mereka baju renang setiap kali nak mandi laut. Anda juga boleh bagi kepada mereka pelampung yang comel. Sesetengah kanak-kanak ni, mereka akan rasa selesa dan selamat dengan menggunakan peralatan yang lengkap.

#3 Mandi bersama mereka

Bila mandi laut atau kolam, anda kena turut sertai mereka. Mana tahu si manja lagi rasa selamat bila adanya anda. Satu lagi, anda kena juga memastikan mereka ini selamat apabila mandi laut atau kolam malah dimana-mana sekali pun. Sekarang ni banyak juga kes kanak-kanak lemas, sebab ibu bapa tidak pantau. Asyik nak main handphone je.

#4 Tempoh mandi yang lama

Apa kata, anda biarkan si manja bermandi manda dengan masa yang lama. Biarkan sehingga mereka berpuas hati. Perhatikan sahaja gerak geri si manja dengan memberikan pujian kepada mereka apabila si manja melakukan aktiviti air. Mungkin ini akan membuatkan mereka lagi mudah untuk menyesuaikan diri dengan air.

Kesimpulan

Sebagai ibu bapa, anda mestilah menghormati ketakutan si manja anda. Jangan sesekali mengusik dengan menakut-nakutkan mereka. Risau fobia air ini akan bertambah teruk. Jadi, ambil dan atasi anak fobia air dengan membantu mereka. Percayalah, usaha anda pasti akan berhasil suatu hari nanti. Jadi bersabar dan layanlah kerenah si manja anda.

Saya harap perkongsian atasi anak fobia air ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Semoga artikel ini bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa