Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Latih Anak Minat Membaca Sejak Dari Kecil

Latih anak minat membaca sejak kecil adalah suatu cabaran bagi ibu bapa. Tabiat membaca ini perlu disemai pada anak sejak kecil lagi. Bayi suka mendengar suara orang tuanya, maka ibu atau bapa bacakanlah buku untuk si comel anda. Ini kerana dengan membaca, kita akan memperoleh pelbagai macam ilmu. Apabila sudah memiliki ilmu, barulah anak dan anda sendiri ada panduan untuk beramal.

Ibu bapa pasti mempunyai impian agar si kecil kelak menjadi generasi yang minat akan membaca. Oleh itu, usaha memupuk minat membaca harus bermula dari rumah. Pastikan anda sendiri mempunyai sikap membaca dan mendedahkan mereka dengan suasana membaca. Usaha ini akan berjaya jika pemupukan itu dibuat oleh ibu bapa tanpa banyak alasan. Pelbagai cara dapat dilakuka untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

2 cara latih anak minat membaca:

Di bawah ini, ada beberapa cara untuk memastikan anak anda minat membaca. Pastikan anda berusaha untuk menggalakkan anak-anak anda membaca.

#1 Baca buku untuk anak

Cara ini amat penting jika anda mahukan si kecil minat membaca, anda sendiri perlulah membacakan buku untuk anak-anak anda. Gunakan intonasi yang menarik perhatian anak anda. Bacalah sekurang-sekurangnya 15 minit sehari dan tambahkan masa apabila usia anak anda meningkat. Anda juga perlu sasarkan sebanyak 2-3 buku sehari.

#2 Sediakan sudut bacaan di rumah

Ibu bapa harus menyediakan satu sudut bacaan di rumah. Sudut ini mampu menarik perhatian si kecil untuk membaca. Anda juga mestilah menyediakan kerusi dan meja di sudut bacaan ini. Ia mampu memberikan keselesaan pada si kecil. Selain itu, anda perlu menyediakan bahan bacaan mengikut peringkat umur di sudut bacaan ini. Sudah pastinya, si kecil anda menyukainya!

cara latih anak minat membaca
Sumber: highlights.com

3 tips pupuk minat anak membaca:

Ada 3 tips lagi cara latih minat membaca pada si kecil anda. Diharapnya anda mempunyai kesungguhan untuk melatih anak anda.

#3 Bawa anak ke kedai buku

Seterusnya, ibu bapa kena pastikan anda membawa mereka ke kedai buku agar si kecil dapat membeli bahan bacaan yang diminati oleh mereka. Dalam hal ini, anda perlulah menyediakan sedikit kos bagi memenuhi keperluan anak anda. Si kecil tentu teruja apabila mereka melihat pelbagai jenis pilihan buku di kedai buku.

#4 Jadikan buku sebagai hadiah

Ini juga merupakan salah satu cara bagi memupuk minat si kecil membaca. Sesekali, anda perlulah berikan hadiah buku untuk menarik lagi minat si kecil. Hadiah buku ini dapat memberikan banyak ilmu dan pengetahuan am kepada mereka tentang kehidupan. Ia juga bagus untuk masa depan si kecil

#5 Jangan paksa anak anda

Jangan sesekali memaksa anak anda untuk membaca. Anda perlu menjaga emosi mereka dengan tidak memaksa. Ini kerana, fitrah si kecil adalah bermain. Melatih anak membaca ini memerlukan proses yang panjang. Jadi anda kena kreatif untuk menarik perhatian si kecil.

Kesimpulan

Semua di atas merupakan titik permulan yang dapat membantu si kecil. Minat membaca ini bukanlah suatu kerugian. Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan jenis bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan minat mereka. Sikap ini hendaklah dipupuk dalam diri si kecil sedikit demi sedikit, bak kata peribahasa “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Barulah terlahirnya generasi minat membaca yang bijaksana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.