Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama susu formula untuk newborn. Ada yang mahal dan ada juga yang mampu milik sehingga membuatkan kita sebagai ibu bapa jadi rambang mata untuk membuat pilihan.
Apakah jenama susu formula untuk newborn yang terbaik untuk kita cubakan kepada anak-anak? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi tips yang boleh dijadikan panduan semasa membuat pemilihan susu formula di pasaran.
Apa itu susu formula?
Susu formula merupakan pilihan kedua selepas susu ibu. Ini kerana, ada juga ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan menggunakan susu ibu.
Saya sendiri akui hal ini kerana saya hanya dapat menyusukan anak sehingga umur 6 bulan sahaja. Faktor ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan susu di samping faktor sekeliling yang mempengaruhi pemprosesan susu tersebut.
Begitulah dilema apabila ibu-ibu tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Justeru itu, susu formula inilah yang menjadi pilihan ibu-ibu di luar sana.
Hendak membeli susu formula ini juga memerlukan ilmu supaya tiada pembaziran yang berlaku. Bukan semua anak yang sesuai dengan satu jenis susu formula. Sebab itu, sebelum beli perhatikan dengan teliti.
Baca ini juga: 5 Tanda Anak Kena Pneumonia
Setiap anak serasi dengan susu formula yang berbeza
Susu formula mempunyai formula kandungan yang berbeza-beza. Ada anak yang kalah dengan susu lembu, ada anak yang lain pula okay dengan susu lembu.
Ada juga yang bagus untuk masalah sembelit, kembung perut dan sebagainya. Senang kata, lagi banyak jenis susu formula di pasaran, lagi banyaklah ragamnya pada anak-anak.
Saya sendiri yakin ibu bapa diluar sana mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi, susu formula yang mahal tidak menjamin anak anda bijaksana.
Jadi, apakah susu formula untuk newborn yang paling terbaik?
Jenama susu formula untuk newborn yang terbaik
Di bawah ini, saya senaraikan lima jenama susu formula terbaik untuk newborn (bayi baru lahir). Anda kena pastikan susu formula anak anda nanti tidak mengandungi gula tambahan atau kandungan yang tidak diperlukan.
1. Susu Tepung Bayi Similac 1
Harganya agak lumayan mahal tetapi selalu dibeli oleh ibu bapa. Susu ini juga telah disahkan Halal oleh JAKIM.
Ia juga sering digunakan di hospital swasta dan kandungannya mengandungi DHA, Lutien, Vitamin E, Zink, Protein, Vitamin D dan Kalsium.
2. Susu Tepung Bayi S-26 Gold SMA
Susu Tepung Bayi S-26 Gold SMA ini sesuai untuk bayi bermula dari 0 sehingga 12 bulan. Ia turut mengandungi DHA, Lutien dan nutrien Cholien tambahan serta kandungan zat besi sangat tinggi.
3. Susu Tepung Bayi Frisolac Langkah 1
Susu ini didatangkan jauh dari ladang lembuh Holand. Ia amat mementingkan dan memelihara nutrisi semula jadi.
Frisolac dikatakan mengandungi kolinda dan kalsium yang paling tinggi di antara susu formula untuk newborn dalam senarai ini. Ia dijual dalam 3 saiz yang berbeza iaitu 400g, 600g dan 900g
4. Susu FoRmula Soya Untuk Bayi Isomil
Susu Isomil diyakini dihasilkan daripada susu soya, yang mana ia berbeza dengan susu formula dari susu lembu lain.
Bayi yang mempunyai alahan dengan susu lembu, bolehlah menggunakan susu ini. Ia mempunyai kalsium yang tinggi dan berasaskan 100% kacang soya tanpa laktosa.
5. Susu tepung Dutch Baby 0-6 bulan
Jenama ini sudah lama berada di pasaran Malaysia. Malah, ia juga sering di beli kerana harganya yang mampu milik oleh ibu bapa di luar sana.
Susu Tepung Dutch Baby 0-6 bulan mengandungi lima kali lebih DHA dan mempunyai protien, zat besi, magnesium, iodin, vitaman A, B, D dan selenium. Jadi, ia sangat sesuai untuk bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan.
Kesimpulannya
Senarai di atas merupakan susu terbaik untuk bayi yang baru lahir. Pastikan sebelum membeli baca terlebih dahulu labelnya.
Jika ragu-ragu tentang susu yang terbaik untuk anak, boleh dapatkan nasihat daripada doktor. Di samping itu, langkah terbaik untuk mencari susu newborn yang terbaik adalah dengan membeli dalam pek kecil sahaja ataupun boleh cuba dengan sample.
Jadi, anda pilihlah mengikut kesesuaian penerimaan bayi anda. Ini kerana setiap anak mempunyai penerimaan yang berbeza-beza terhadap susu yang mereka minum.
Saya doakan semoga ibu bapa di luar sana, cepat berjaya dalam misi untuk mencari susu formula untuk bayi baru lahir. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel