5 Perkara Yang Anak Perempuan Belajar Dari Ibunya

Banyak perkara dan juga asas hidup yang anak perempuan belajar dari ibunya. Sebagai ibu juga semestinya mahukan anak perempuan membesar dengan sihat, cerdas dan juga pintar. Selain itu anak perempuan selalunya di kaitkan dengan kecantikan dan juga berketerampilan diri yang baik.

Ibu juga pasti mahukan anaknya membesar sebagai seorang yang berjaya dalam hidup serta menjadi muslimah dalam jalan-Nya yang lurus.

Hubungan antara ibu dan anak perempuan adalah sesuatu yang sangat istimewa. Seorang ibu juga bertanggungjawab untuk mendidik anaknya membesar sebagai seorang perempuan yang berakhlak baik dan sentiasa menjaga maruah diri.

perkara yang anak perempuan belajar dari Ibunya
Kredit photo : Pexel

Antara Cara Mendidik Anak Perempuan Dengan Baik

  1. Ajarkan mereka asas ilmu tauhid
  2. Bimbing mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan serta maruah diri
  3. Bersikap lemah lembut dan tegur mereka dengan baik
  4. Didik mereka tentang kewajipan solat dan juga pisahkan tempat tidur mereka dengan adik-beradik lelaki yang lain.

Selain itu, tahukah anda apakah perkara yang anak perempuan belajar dari ibunya?

Antara 5 Perkara Yang Anak Perempuan Belajar Dari Ibunya

1- Cara Ibu Menjaga Disiplin Diri

Disiplin diri termasuklah cara ibu menjaga peraturan diri dan keluarga. Selain itu anak perempuan juga melihat secara terus cara ibu menjaga kehormatan diri dan berinteraksi dengan orang lain.

Sebagai contoh, jika ibu terlibat dalam situasi yang tegang dengan orang lain dan anak juga ada disamping, bagaimana cara ibu mengatasi masalah dan handle situasi mungkin akan diikuti oleh anak tersebut.

Jika ibu mula marah-marah dan hamburkan kata-kata kesat, tidak mustahil mereka juga akan lakukan hal yang sama dengan orang lain.

2- Meningkatkan Ilmu serta Kemahiran Diri

Anak perempuan akan selalu terinspirasi dengan kemahiran yang ibunya miliki. Selain itu mereka juga akan mula mengikuti jejak langkah ibunya dalam meningkatkan serta menajamkan ilmu pengetahuan serta kemahiran diri sendiri.

Jika ibu tidak menghadkan kreativiti diri serta sentiasa berusaha belajar tingkatkan ilmu hidup maka anak-anak juga akan melihat sisi positifnya. Mereka juga akan menjadikan ibu sebagai role model dalam proses pembesaran yang baik.

3- Sikap Dan Tingkahlaku

Cara ibu melayan contohnya adik-adik dan juga suaminya menjadi cerminan kepada akhlak ibu. Jika ibu selalu suka menjerit dan marah-marah di rumah, tidak mustahil anak perempuan juga akan membesar menjadi seorang yang berpewatakan kasar dengan orang lain.

Jadi jika ibu sedang dalam keadaan marah, elakkan dari melepaskan geram dan bertindak melulu dalam mendidik anak-anak.

4- Sentiasa Bersyukur

Tidak semua yang kita inginkan akan dimiliki dalam hayat ini. Namun kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang kita dapat. Anak perempuan yang sentiasa didedahkan dengan sifat prihatin oleh ibunya akan sentiasa bersyukur dengan setiap yang mereka miliki.

Tidak semestinya hanya bersyukur dengan perkara-perkara yang baik sahaja, namun bersyukur atas setiap ujian yang menimpa diri dan belajar mengambil hikmah dari setiap kejadian yang berlaku.

5- Berani Dalam Membuat Keputusan

Anak perempuan juga belajar dari ibunya cara mengatasi masalah dalam kehidupan seharian. Selain itu mereka juga belajar untuk berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap pilihan yang dibuat.

Ibu boleh mendidik anak perempuan untuk belajar hadapi kesusahan dan bimbing mereka cara untuk atasi kemelut yang sedang dihadapi.

Tidak Terlepas Ujian Dalam Hidup

Setiap dari kita tidak akan terlepas dari mengalami ujian dalam hidup. Namun yang membezakan adalah bagaimana cara kita atasi masalah dan hadapi setiap cabaran yang ada. Begitu juga dengan cara mendidik anak perempuan.

Ibu sering anak jadikan sebagai contoh dalam hidup mereka dalam mengatasi masalah dan juga aktiviti kehidupan seharian. Oleh itu, penting untuk ibu belajar mendidik diri dan tunjukkan contoh serta sikap yang baik dengan anak perempuan yang sedang membesar.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa