Sembelit bayi dan anak-anak: Ini simpton anda dapat perhatikan

Sebagai ibu, sudah tentu rengekan dan ketidakselesaan anak kecil anda kerana masalah sembelit, sangat membimbangkan.

Tulisan ini bertujuan memahamkan anda mengenai semua info berkaitan sembelit, terutama simpton yang anda dapat lihat jika bayi atau anak-anak anda sedang mengalami masalah berkenaan.

Teruskan bacaan kerana maklumat berikut sangat penting untuk kesihatan dan keselesaan serta kesejahteraan anak-anak anda.

Simptom sembelit kanak-kanak

Ada banyak tanda atau simpton dapat dilihat apabila anak kecil anda menghidapi masalah sembelit.

Pertama-tamanya, seperti juga individu dewasa, anda perlu tahu dan faham bahawa corak usus setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Sesetengah kanak-kanak mengalami pergerakan usus di antara satu atau dua kali sehari, manakala yang lain dua atau tiga kali sehari sebelum mengeluarkan najis secara normal.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang mengalami sembelit lazimnya menyebabkan najis mereka keras. Ini bukan sahaja menyukarkan pembuangan air besar, malah mungkin menyakitkan. 

sembelit

Jadi sebetulnya bagaimana untuk anda sebagai ibu atau ayah mengenali simpton atau tanda bahawa anak anda sedang mengalami masalah sembelit.

Berikut ialah beberapa simpton yang anda boleh perhatikan.

Kekerapan buang air besar

Pertama-tama, perhatikan jumlah kekerapan anak anda membuang air besar. 

Jika mereka sedang mengalami sembelit, kekerapan membuang air besar mungkin tidak konsisten; kadang-kadang kerap dan kadang-kadang jarang-jarang.

Simpton sembelit bukan bukan sahaja pada jumlah kekerapan membuang air besar, malah keadaan najis juga.

Ketika membuang air besar

Jika anda dapati anak kecil anda tidak membuang air besar selama beberapa hari, manakala najis mereka pula keras, ia mungkin petunjuk bahawa mereka sedang mengalami masalah sembelit.

Jika anak anda tampak mengalami kesukaran atau berlaku perubahan wajah bayi anda seperti muka berkerut atau tegang ketika membuang air besar, ini juga mungkin petanda anak kecil anda sedang mengalami sembelit.

Rupa najis

Anak kecil yang mengalami masalah sembelit juga dapat dikenal pasti menerusi rupa najis mereka. Lazimnya najis anak-anak yang mengalami sembelit kelihatan seperti tanah liat yang keras.

Najis yang keras ini tentu menyukarkan proses anak-anak membuang air besar sehingga menyebabkan mereka menangis atau tampak seperti stres.

Darah pada najis

Jika tampak garis darah merah pada najis bayi atau anak anda, ini juga petanda bayi atau anak-anak mengalami kesukaran ketika proses membuang air besar.

Kesukaran ini menyebabkan berlaku luka di sekeliling dinding dubur. Luka itu menyebabkan pendarahan, walaupun mungkin luka yang tidak serius.

Perut keras

Perut keras juga tanda bayi atau anak anda mengalami masalah sembelit. Perut yang keras itu ada kaitan dengan kembung dan tekanan akibat sembelit.

Lebih serius, keadaan itu mungkin juga akan menyebabkan kesakitan pada abdomen, termasuklah sakit perut, kejang perut atau loya.

Enggan makan

Masalah sembelit juga dapat dilihat pada tanda-tanda lain, termasuklah bayi atau anak-anak tidak mahu makan atau hilang selera makan.

Kehilangan selera makan ini ada kaitan dengan ketidakselesaan yang dirasai pada abdomen mereka.

Perut berangin dan kembung akibat sembelit itu sendiri menyebabkan bayi atau anak-anak tidak mahu makan atau hilang selera makan.

Selain simpton yang disenaraikan di atas, anda dapat perhatikan beberapa tanda lain jika bayi atau anak anda mengalami masalah sembelit.

Antaranya seperti anak tampak sangat tidak selesa, gelisah, merengek atau menunjukkan reaksi tidak lazim, termasuklah pada wajah dan emosi mereka.

Dalam artikel lain, kita mungkin akan paparkan apa punca sembelit serta bagaimana mengatasi masalah ini di kalangan bayi atau anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa