Adakah fungsi serat penting dalam diet anak sehari-hari? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda secara khusus mengenai sebab-sebab mengapa serat penting dalam diet anak anda.
Apa itu serat?
Serat merupakan salah satu sumber makanan penting dalam diet anak. Menurut Eufic, serat atau dietary fiber merupakan makanan tidak dapat dicernakan tetapi mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan kita.
Kebaikan utama serat adalah dapat membantu melancarkan pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit.
5 Sebab serat penting dalam diet anak
Terdapat beberapa faktor yang menjadikan kandungan serat penting dalam diet anak. Antara kepentingannya adalah:
1. Bantu melancarkan pencernaan
Antara masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak ialah sembelit. Sembelit merupakan keadaan di mana seseorang itu sukar buang air besar.
Selain itu, serat juga dapat membantu melembutkan najis sehingga ianya dapat dikeluarkan dari tubuh dengan mudah.
2. Bantu kawal gula dalam darah
Pengambilan serat yang mencukupi bantu melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula dalam darah.
3. Berat badan ideal
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan serat dalam diet anak dapat kurangkan risiko obesiti dan berat badan berlebihan. Serat dalam menu akan membuatkan rasa kenyang yang lebih lama.
4. Kurangkan masalah kolesterol tinggi
Serat dalam diet harian dapat bantu mengekang kolesterol dari diserap oleh tubuh.
Makanan tinggi serat seperti oat dan juga barli mengandungi beta glucan yang dapat membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
5. Bantu kurangkan masalah berkaitan jantung
Antara fungsi serat dalam makanan ialah untuk menyerap sebahagian dari lemak atau kolesterol.
Selain itu makanan tinggi serat kebiasaannya mengandungi kalori rendah dan rendah kolesterol yang boleh menyebabkan penyakit berkaitan jantung.
Contoh jenis makanan yang berserat tinggi
- Sayur-sayuran seperti sawi, dan beberapa jenis mentimun.
- Buah-buahan seperti betik, epal dan juga tembikai.
- Bijirin seperti jenis bijirin penuh.
- Kekacang seperti badam dan kacang hijau.
Petua tingkatkan pengambilan serat dalam menu diet anak
Untuk memastikan anak mendapatkan cukup serat yang sepatutnya dalam pengambilan menu diet, ia tidaklah begitu mudah.
Lebih-lebih lagi jika anak-anak kita seorang yang memilih dan hanya makan apa yang mereka minat atau gemar sahaja.
Justeru itu, berikut ini kami kongsikan langkah penting yang boleh diambil bagaimana untuk meningkatkan pengambilan serat dalam menu diet anak di rumah.
1. Pilih bijiran penuh
Bijirin penuh merujuk kepada makanan yang dibuat dengan bijirin tanpa penyingkiran komponen bijirin seperti endosperma, bran dan juga germa.
Antara cara nak lebihkan serat dalam diet harian anak ialah sediakan menu berupa bijirin penuh semasa waktu sarapan pagi.
2. Tambahkan sayur dalam hidangan
Antara cara nak tingkatkan pengambilan serat ialah dengan cara makan sayur atau buah-buahan dahulu sebelum makan menu utama.
Sayur mempunyai pelbagai jenis vitamin dan juga nutrien penting untuk tumbesaran anak-anak selain dari serat yang tinggi.
3. Galakkan anak makan snek berupa kekacang atau buah
Galakkan anak-anak makan buah-buahan antara waktu makan utama. Sambil menonton rancangan kesukaan mereka, ibu atau bapa boleh bantu sediakan buah-buahan sekali.
Selain itu mereka juga boleh diajar ambil makanan seperti kekacang, oat ataupun bijirin penuh yang tinggi dengan serat.
Kesan terlebih serat dalam diet harian
Walaupun serat sangat baik untuk anak terutamanya sistem percernaan, namun jika terlebih pula akan beri kesan glisemik indeks (GI) tinggi dan menyebabkan keadaan seperti kembung atau gas banyak dalam perut.
Menurut Medical News Today, pengambilan serat yang seimbang perlu untuk elakkan dari masalah kehilangan air dalam badan dan juga dalam kes yang jarang berlaku termasuklah usus tersumbat dari terjadi.
Terlebih serat juga boleh menganggu penyerapan beberapa mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium serta juga anti-oksidan.
Oleh itu pengambilan serat yang seimbang penting dalam diet harian anak. Selain dari pengambilan serat ibu bapa juga harus pastikan jumlah pengambilan air yang mencukupi untuk elakkan anak dari terhidrasi.
Pastikan diet anak seimbang
Selain dari ambil serat dengan mencukupi, senaman juga penting untuk tumbesaran mereka. Jadikan amalan pengambilan diet yang seimbang secara konsisten untuk anak-anak.
Selain dari mencukupkan pengambilan nutrisi yang diperlukan, ianya juga bantu anak-anak lebih cergas dan membesar dengan sihat.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel