6 Tips Berkesan Menghadkan Masa Anak-Anak Menonton TV

menonton tv
Television Lost by thebrokenview

Memang tidak dapat dinafikan lagi, kebanyakan masa anak-anak kita dihabiskan dengan menonton TV daripada bermain diluar rumah, membaca ataupun terlibat dengan aktiviti luar.

Menurut kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak berumur 2 – 5 tahun menghabiskan masa sehingga 32 jam seminggu menonton TV, dan kanak-kanak yang berumur 6 – 11 tahun pula menghabiskan kira 28 jam masa mereka dengan menonton TV.

Masa yang banyak ini sepatutnya diisi dengan aktiviti yang menyihatkan dan belajar, bukannya dengan TV.

Terlalu banyak menonton TV boleh menyebabkan masalah seperti masalah dalam menumpukan perhatian, masalah dalam pergaulan, dan masalah kesihatan yang lain seperti rabun.

Oleh itu, menghadkan masa anak-anak menonton TV adalah perlu untuk perkembangan fizikal dan sosialnya.

Mungkin sesetengah ibu bapa mengatakan perkara ini sukar dilaksanakan memandangkan TV sudah menjadi sebahagian dari kehidupan anak dan keluarga.

Artikel kali ini, Tudung Si Comel ingin berkongsi tips berkenaan cara menghadkan masa menonton TV bagi anak-anak secara berkesan:

1. Tempatkan TV ditempat khas yang utama didalam rumah seperti ruang tamu.

Jika TV berada di ruang yang terbatas dari penglihatan kita, anak-anak mungkin menonton TV tanpa pengetahuan kita.

Pastikan TV dikelilingi dengan barangan lain seperti buku-buku, atau rak-rak yang  menyimpan barangan lain seperti permainan kanak-kanak.

Ini dapat mengalih tumpuan anak-anak dari melihat hanya TV adalah hiburan utama (malah satu-satunya) didalam rumah.

 

2. Tetapkan peraturan khas menonton TV.

Menonton TV adalah dilarang semasa menyiapkan kerja rumah, masa makan bersama keluarga, dan apabila anak-anak melakukan kerja mengemas rumah atau kerja penting yang lain.

Benarkan anak-anak menonton TV pada waktu yang telah ditetapkan beberapa jam sehari, dan kuatkuasakan peraturan dengan menutup TV setelah waktu yang telah ditetapkan tamat.

 

3. Langgan pakej astro yang paling minimum atau tidak melanggan astro langsung.

Anak-anak akan lebih cenderung untuk bergantung kepada TV sebagai hiburan mereka jika mempunyai ratusan saluran yang boleh dipilih.

Disyorkan supaya anak-anak hanya dibenarkan menonton tv tidak lebih dari 3 jam sehari. Biarkan anak-anak banyak menghabiskan masa dengan aktiviti lain.

Jika astro anda ada fungsi PVR, gunakan kelebihan itu untuk merekod supaya anak-anak tidak terlepas rancangan kegemaran mereka, tetapi dalam masa yang sama kita boleh memastikan mereka tidak menonton TV sebelum menyiapkan kerja lain.

 

4. Galakkan anak-anak menyertai aktiviti rekreasi sebagai alternatif.

Daftarkan anak kita untuk menyertai aktiviti yang menyihatkan dan memberi faedah bagi mengisi masa mereka seperti kelas taekwando, silat, kelas seni dan muzik, dan kelas agama – yang membawa mereka keluar daripada rumah.

Jika ini bukan suatu pilihan bagi anda atas sebab tertentu, maka kita perlu berusaha untuk meluangkan sedikit masa dengan anak-anak kita supaya mereka tidak menonton TV.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama adalah bermain catur, joging dan berenang, atau meluang masa di taman rekreasi bersama keluarga beberapa jam dalam seminggu.

5. Beri contoh yang baik daripada diri kita sendiri.

Anak-anak akan mengikut cara apa yang dilihat pada ibu bapa mereka. Oleh itu, kita sendiri harus menghadkan masa menonton TV dan lebihkan masa dengan melakukan aktiviti lain.

Membaca buku beramai-ramai bersama keluarga adalah satu aktiviti yang baik.

Jika ada kelapangan masa yang panjang seperti hujung minggu, anda boleh melakukan aktiviti rekreasi yang melibatkan anak-anak seperti memancing diluar kota. Jika tidak, cukuplah sekadar aktiviti di rumah seperti berkebun dan memasak.

 6. Jadikan Menonton TV sebagai aktiviti bersama 

Tetap masa khusus untuk menonton TV beramai-ramai, seperti hujung minggu dan awal malam, apabila tiada kerja lain yang perlu dibuat.

Ibu bapa boleh mengulas dengan anak-anak mengenai rancangan yang telah mereka tonton, supaya keadaan tidak terlalu pasif dan kita boleh terlibat dengan kehidupan anak-anak.

Ia juga memboleh kita mengawal rancangan yang bersesuaian dan menukar channel jika kita merasakan anak kita tidak harus menonton rancangan itu.

Penutup:

Tidak sukar sebenarnya untuk mengawal anak-anak kita dari terus menerus menjadi hamba TV. Yang penting kita harus konsisten dan tegas dengan peraturan kita.

InsyaaAllah, segala usaha kita untuk mendidik anak-anak ini akan terbalas dengan anak yang baik soleh. Anak-anak mungkin akan protes pada mulanya tetapi lama-kelamaan mereka akan akur dan mengikut kemahuan kita.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila sharekan kepada ibu bapa yang lain. Semoga kita semua sama-sama mendapat kebaikan.

Salam ceria dari Tudung Si Comel =)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − two =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa