Siapa sangka kini, semakin ramai orang sudah mula mengambil serius dalam mencari inspirasi deko rumah. Bukan hanya kaum wanita malah kaum lelaki juga turut sama meluangkan masa mengubah suai dekorasi rumah.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips terbaik untuk memberi anda panduan terkini inspirasi deko rumah anda.
Saiz rumah dan inspirasi deko rumah yang menarik
Ada yang mengubah keseluruhan konsep rumah apabila terpengaruh dengan posting-posting di dalam media sosial. Katanya, hendak mencari suasana dan nafas baru.
Jujur, tiada salahnya untuk mencuba. Asalkan ia tidak memberi keburukan kepada diri dan kehidupan anda baik dari segi kewangan mahupun rutin harian.
Kami percaya bahawa ramai juga yang mempunyai pelbagai jenis idea dan buah fikiran di minda namun, tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
“Saya duduk di rumah flat je, tak boleh nak deko rumah seperti orang lain”,
Haa jangan begitu!
Membuat pengubahsuaian atau dekorasi rumah ini bukan hanya sesuai kepada mereka yang mempunyai saiz rumah yang besar dan luas, tetapi juga sebenarnya buat semua individu dengan kepelbagaian saiz rumah.
Jika diikutkan sebenarnya, saiz rumah yang lebih kecil, hanya memerlukan bajet perbelanjaan yang kecil berbanding rumah yang besar.
Jadi, tidak mungkin anda ingin melepaskan peluang merasai suasana rumah yang selesa dan harmoni setanding rumah banglo tetapi dengan perbelanjaan yang lebih rendah, kan?
Jangan risau, kami di sini akan berkongsi beberapa panduan tentang 8 cara terbaik mencari inspirasi deko rumah.
1. Kenali bajet perbelanjaan
Ada banyak cara untuk kita deko rumah kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Namun sebelumnya, kita perlu jelas berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk dibelanja bagi aktiviti menghias dan mendekorasi rumah.
Sebenarnya, tidak perlu beli barang perhiasan yang mahal-mahal pun. Banyak lagi kedai yang menawarkan jenis dan kualiti barang yang sama namun dengan harga yang lebih rendah.
Ingat! Pastikan anda berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan supaya tiada masalah kewangan lain yang timbul pada masa akan datang.
Yang penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Bila rumah tersusun cantik, hati kita pun akan tenang dan senang!
harga whitening gigi paling berbaloi dekat sini
2. Tetapkan tema
Tema adalah sangat penting kerana ia menentukan hasil bagi dekorasi rumah anda. Jika diikutkan, terlalu banyak tema yang boleh dipilih mengikut minat dan kesesuaian dalam salah satu inspirasi deko rumah terkini.
Antaranya adalah seperti moden kontemporari, klasik, minimalis, scandinavian dan sebagainya. Pokok pangkalnya, semuanya berbalik kepada anda kerana perabot yang perlu digunakan juga sebaiknya mengikuti jenis tema yang telah dipilih.
Matching dan sejuk sahaja pemandangan bila tengok suasana dalam rumah!
3. Meminimalkan penggunaan warna
Haa, perkara inilah yang sering diabaikan!
Warna dinding memainkan peranan paling penting jadi, pastikan anda memilih warna yang sesuai mengikut tema yang telah dipilih. Sebagai contoh, tema scandinavian adalah gabungan antara kayu dan barangan pastel.
Justeru itu, kita mungkin boleh menggabungkan antara warna putih, pink cair dan juga coklat beige. Kalau boleh elak menggunakan terlalu banyak warna yang berlainan untuk mengekalkan “rasa” minimalis dan teratur.
Warna gelap memang menjadikan sesebuah ruangan tu nampak lebih classy dan elegen. Namun, ia akan menyebabkan ruang tamu terlihat lebih sempit dan sesak.
Jadi jika anda memilih tema ini, cuba gabungkan juga beberapa warna pastel sebagai warna dinding pada sesetengah bahagian.
4. Dapatkan rujukan
Jangan lupa untuk sentiasa mencari rujukan secara offline dan juga online untuk mendapatkan inspirasi deko yang lebih kreatif dan menarik. Antara platform yang boleh anda lawati adalah seperti pinterest dan juga showroom Ikea.
Mengambil inisiatif dengan menginap di beberapa jenis homestay atau resort yang cantik di luar untuk mendapatkan ilham dan inspirasi deko rumah secara nyata dan jelas adalah tips berkesan untuk memberi panduan yang jelas.
5. Menggunakan perabot pelbagai guna
Menggunakan perabot pelbagai guna ini adalah suatu tindakan yang tepat dan bijak. Selain menambah seri pada ruang kediaman anda, perabot jenis ini juga dapat menyimpan pelbagai jenis barangan lain.
Antara contoh perabot seperti ini adalah meja kopi dengan ruang laci tersembunyi atau mungkin wardrobe di sebalik pintu?
Dengan menggunakan idea inspirasi deko rumah yang satu ini, kita boleh menyimpan pelbagai jenis barangan seperti tudung si comel, barang permainan serta barang kelengkapan si comel tanpa perlu memaparkannya kepada umum?
6. Kenali sistem pencahayaan yang baik
Di samping itu, kita juga perlu mengenal pasti sistem pencahayaan yang baik buat kediaman. Percayalah, ruangan yang kelihatan simple dan ‘biasa-biasa’ akan menjadi sesuatu yang luar biasa saat anda padankannya dengan lampu pelbagai design.
7. Saiz perabot yang bersesuaian
Rumah yang kecil bukan lagi menjadi suatu masalah buat kita untuk mendekorasi rumah agar tampak mewah atau eksklusif. Yang penting, kita perlu tahu apakah saiz perabot yang bersesuaian dengan keadaan isi rumah.
8. Susun perabot dengan baik
Susunan yang tepat juga penting agar ruangan kediaman anda tidak tampak sesak dan sempit. Susunlah perabot anda dengan cara yang betul dan baik agar keadaan deko rumah tidak terlihat melampau dan tidak sesuai.
Kesimpulannya, setiap individu boleh cuba untuk mendekorasi rumah agar tampak lebih minimalis, eksklusif dan juga terurus. Anda juga boleh melibatkan si kecil dalam aktiviti mengemas barang kegunaan rumah dan juga mendekorasi rumah.
Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar menguruskan dan mengemas barangan keperluan diri seperti tudung si comel di tempat dan ruangan yang betul. Siapa tahu, ia dapat menjadi inspirasi deko rumah mereka suatu saat kelak?
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel