Anak-anak adalah penyumbang kepada bekalan akhirat kita kelak

Sedih sangat-sangat apabila terbaca berita dari Harian Metro tadi tentang kes anak-anak dara bertudung yang meRELAkan diri dipeluk cium di atas pentas sempena konset KPOP (Korean POP) yang dianjurkan di KL Live Center, Kuala Lumpur semalam (10 Jan 2015).

bekalan-akhirat-kpop-cium-peluk-melayu bertudung

Apabila melihat kejadian sebegini, saya menjadi risau. Risau dan takut anak-anak kita juga terpengaruh dengan budaya sebegini. Nauzubillah…

BEKALAN AKHIRAT

Mari kita sama-sama berdoa agar anak-anak kita tidak terpengaruh dengan budaya sebegini. Semoga mereka membesar menjadi Insan Solehah dan mudah-mudahan mereka dapat menjadi penyumbang kepada bekalan akhirat kita kelak.

Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita” kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.  Sumber Harian Metro

Kenapa ianya terjadi sebegini?

Adakah salah kita sebagai ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan awal kanak-kanak?

Adakah salah budaya sekitar yang menyebabkan anak-anak kita yang berjauhan dari kita (belajar di Universiti/Kolej) terpengaruh tanpa kita mampu pantau?

Adakah sebagai peringatan kepada kita agar lebih menitik beratkan pendidikan awal kanak-kanak dan menanamkan  nilai-nilai Islam dalam diri mereka pada seawal usia?

Ingatlah, Doa anak yang Soleh dan Solehah juga merupakan antara tiga sumber utama bekalan akhirat kita kelak. Wallahu a`lam.

Peringatan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

International Warranty

Offered in the country of usage

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa