Mengatasi Masalah Anak Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru

adik baruCemburu adalah semulajadi.

Melihatkan pada perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku. Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibubapa mereka.

Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun  ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah. (Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012)

Tetapi, cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda. Anak anda akan mula menyayangi adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian.

Tetapi sebelum mereka mula untuk menyayangi adik baru mereka, anak-anak ini mungkin akan menunjukkan perangai yang kadangkala memeningkan kepala kita. Yang penting adalah kita perlu bersedia.

Ada ketikanya anak-anak cemburu dengan kehadiran orang baru, lalu mereka melakukan salah satu daripada tindakan berikut:

1. Anak yang lain mula menarik perhatian kita  dan ada ketikanya kita merasakan beban kerja semakin bertambah. Anak yang besar  minta disuapkan makanan, dipakaikan baju, dia bertanya dengan pelbagai pertanyaan, meragam dan sebagainya.

Anak yang berusia enam tahun pun ada yang berkelakuan seperti anak berusia dua tahun semata-mata bagi mendapatkan perhatian ibunya.

Apa yang penting disini ialah, kita sentiasa perlu tenang dan bersabar.

2. Anak yang lebih besar bermain terlalu kasar dengan adik kecilnya.

Dia hanya mahu melakukan eksperimen, sejauh mana tindakannya dapat membuatkan adiknya menangis.

Ibu bapa perlulah bercakap secara baik-baik dengan anak, itu bukan caranya dan ia menyakitkan adik kecil.

3. Fahami rasa cemburunya dan jangan cepat melenting. Ini membuatkan anak-anak lebih meragam lagi.

4. Sebelum kelahiran anak yang baru, bawalah anak-anak bermain dengan anak kecil ataupun bayi orang lain dan katakan padanya, satu hari mereka akan dapat adik kecil juga.

Dengan cara ini, anak menjadi lebih bersedia bagi menyambut orang baru.

5. Libatkan anak dalam persediaan menyambut bayi seperti membeli baju, lampin, buai, botol susu dan sebagainya.

6. Berikan anak-anak memegang perut apabila bayi bergerak-gerak. Ini menyeronokkan hatinya dan membuatkan dia tidak sabar menantikan kelahiran adiknya.

7. Ajak anak-anak bersama-sama berbincang mengenai nama adiknya itu nanti. Minta juga pandangannya dalam memilih fesyen dan warna baju bagi bayi itu nanti.

8. Adakan masa secara personel dengan anak-anak yang lain tanpa gangguan dari bayi. Terutamanya apabila adik kecilnya ini sudah tidur maka gunakan peluang itu bagi memberikan perhatian pada anak yang besar pula.

Manjakan dia, belai dan ciumnya, bermain dengannya dan sebagainya. Dia pasti menghargainya.

9. Minta anak-anak menolong kita seperti meminta ambilkan air semasa kita sedang menguruskan adiknya yang masih kecil.

Dia pasti merasa diperlukan dan dihargai. Sebenarnya anak-anak kita akan berasa bangga jika dapat menolong kita.

Penutup:

Sebenarnya ini adalah masalah normal kepada anak-anak yang baru sahaja menjadi abanga atau adik baru. Yang penting adalah jangan sesekali memarahi mereka kerana tindakan ini akan lebih memburukkan keadaan.

Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda tidak pernah hilang kepadanya.

Kecemburuan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sentiasa dekat dia dengan adik barunya. InsyaaAllah, anak kita akan cepat menerima kehadiran adik baru dan mula menyanginya.

Semoga bermanfaat 🙂

Jemput share. Terima kasih

2 comments

  1. Wah ini tips bermanfaat. Terima kash udah sharing

    1. Sama-sama puan =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + 7 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa