Ibu Berhenti Buat 5 Perkara Ini Dapat Elakkan Anak Perempuan Jadi Pemarah

Tanpa sedar, perangai ibu ketika marah-marah boleh menurun kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi kepada anak perempuannya. Ke mana kuah jika tidak tumpah ke nasi, bukan? Jadi, sebagai ibu berhenti lakukan 6 perkara ini agar dapat elakkan anak perempuan anda menjadi seorang yang pemarah.

  1. Melabel Anak

Ibu tolong berhenti melabel anak dengan ucapan dan sangkaan tertentu. Melabel sama seperti menuduh anak tanpa membimbingnya. Contohnya seperti melabel anak pemalas.

Sebenarnya, potensi anak boleh meningkat cemerlang dengan dorongan ibu yang berterusan. Usah berputus asa terlalu awal hingga terus-menerus melabel anak dengan sekian-sekian tanggapan.

Sedangkan pasir di pantai pun berubah, inikan pula seorang anak yang giat membesar. Ibu, lakukan yang terbaik buat anak.

  1. Membebel

Sifatnya ibu juga seorang perempuan. Bila bercakap ketika emosi tenang pun akan selalunya berlarutan. Apatah lagi ketika emosi tidak stabil, akan cenderung membebel berpanjangan.

Dikhuatiri ketika membebel, ibu tidak mampu kawal apa perkataan yang terucap. Mungkin akan mengungkit kesalahan lalu yang sepatutnya sudah memaafkan. Luka pada hati anak akan semakin dalam dan luka lama kembali berdarah.

Lebih-lebih lagi anak perempuan yang agak sensitif perasaannya. Jika ibu mahu membebel panjang, ingat semula wajah polos anak ketika hari pertama dia lahir. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

  1. Salahkan Orang Lain

Bila terjadinya konflik, ibu cuba cari dulu punca masalah sebelum menyalahkan orang lain. Lagi-lagi konflik di rumah. Elakkan tuduh-menuduh di antara satu sama lain dalam keluarga. Anak membesar dengan melihat perangai ibu. Berusaha cegah dari awal.

Sabdaan Rasulullah صلى الله على وسلم: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli (keluarganya) dan aku di kalangan kamu adalah orang yang paling baik dengan ahliku.” (Hadis Riwayat Ibn Majah).

  1. Berdiri Ketika Bercakap

Ketika bercakap dengan anak, pastikan ibu tidak berdiri. Apatah lagi bercakap sambil bercekak pinggang. Rendahkan sikit badan untuk pastikan aras mata ibu sama dengan mata anak. Pandang tepat terus ke mata anak.

Jika berdiri ketika bercakap sambil marah-marah, anak akan merasakan ada jarak yang besar dengan ibunya. Anak merasakan dirinya begitu dibenci oleh ibu sendiri. Seterusnya, hanya kemarahan ibu yang dirasakan anak bukan nasihat dan teguran. Apatah lagi rasa kasih sayang, jauh sekali. Elakkan berbuat begitu sejak anak masih kecil agar dapat elakkan anak perempuan jadi pemarah.

  1. Membandingkan Anak

Amat menyakitkan bagi seorang anak jika dirinya dibandingkan dengan orang lain. Menurut Dr. Azura Alfian daripada Institut Perkembangan Keluarga & Kanak-Kanak Cemerlang, potensi setiap anak berbeza di antara satu sama lain mengikut umur, jantina dan akan berkembang mengikut rangsangan yang diterima.

Oleh itu, anak yang sering dibanding-bandingkan sejak kecil cenderung bersifat dendam dan kurang kasih sayang di antara adik-beradiknya. Anak akan sentiasa cuba membuktikan dirinya lebih hebat dan mewujudkan persaingan yang kurang sihat di dalam keluarga.

Anak- anak ibarat kain putih. Ibu ayah yang mencorakkan kain tersebut samada menjadi, Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ibu, maafkan dan rawat luka lamamu agar kamu mampu mencorakkan yang lebih indah buat anak-anakmu.

Elak anak perempuan jadi pemarah

Ibu okay tak tu? Dah tak payah sedih-sedih, marah-marah lagi. Apa kata, dapatkan tudung putih sekolah anak anda dengan klik link berikut:

https://tudungsicomel.com/shop/tudung-sekolah/tudung-sekolah-awning-scuba/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa