Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Assalamualaikum semua….salam ceria : )

Sedar tak sedar kita sudah pun melepasi pertengahan Ramadhan. Macam mana puasa anda? Harapnya tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Bagaimana pula dengan puasa si comel? Pasti ada pelbagai pengalaman menarik ketika si comel berpuasa.

Adakah si comel semakin hilang semangat untuk berpuasa di akhir Ramadhan ini? Jadi, apa nak buat? Mari kita lihat…  Continue reading Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Si Comel Dan Ramadhan

Manisnya, Si Comel bersiap menyambut Ramadhan

Malam pertama Ramadhan.

Si Comel  : Yeay, esok dah start puasa.

Ibu          : Amboi, sukanya anak ibu ni ye. Kalau macam tu, Min kenalah puasa penuh.

Si Comel : Kenapa kita kena puasa penuh ibu?

Ibu          : Kalau kita puasa penuh, kita akan dapat dua kegembiraan yang Allah dah janjikan untuk kita. Ha, Min nak tahu apa kegembiraan tu?

Si Comel : Nak, ibu ceritalah kat Min. Continue reading Si Comel Dan Ramadhan

Harap Maaf =(

[PENGUMUMAN] Salam semua, sebagai makluman, TudungSiComel.com masih Under Construction, jadi kami tak dapat nak membalas email@komen peminat buat sementara waktu. Insyaallah kami usahakan secepat mungkin. Estimate beroperasi semula dalam bulan Mei@Jun. Akan kami maklumkan.

Terima kasih atas sokongan yg diberikan.

Etika Dalam Menutup Aurat

Tudungsicomel.com – Etika Dalam Menutup Aurat | Sebagai ibubapa sewajarnya kita perlu memiliki etika tertentu dalam mendidik anak perempuan dalam berpakaian menurut syariat. Bukan semata-mata menutup kepala, tetapi menutup dalam segala aspek meliputi menutup aurat seperti yang terkandung dalam al-Quran.

Continue reading Etika Dalam Menutup Aurat

Aurat Bermula Dengan Didikan Agama


Tudungsicomel.com – Aurat Bermula Dengan Didikan Agama | Bukan mudah untuk mendidik anak supaya menutup aurat terutama bagi si comel. Sebenarnya agak sukar bagi ibu bapa yang ingin membimbing anak dengan didikan agama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa begitu sibuk dengan kerja. Jadi kita perlu member pendedahan kepada mereka tentang seronoknya Islam ini.

1# Nurseri Yang Islamik

Bagi ibu bapa yang sibuk, boleh mulakan dengan menghanatar ke pusat jagaan yang betul-betul berkonsepkan pendidikan Islam. Elakkan dari menghantar si kecil ke pusat-pusat jagaan yang bermatlamatkan hiburan semata-mata. Dari situ, kita boleh biasakan mereka dengan suasana yang diasuh dengan cara yang diterapkan dalam Islam.

Continue reading Aurat Bermula Dengan Didikan Agama