fbpx

admin Archive

Edisi Aidilfitri-Tudung Kanak-kanak Qaseh Amani

Tudung kanak-kanak Qaseh Amani 3209-09

Edisi Aidilfitri-Tudung Kanak-kanak

Qaseh Amani adalah rekaan unik tudung kanak-kanak corak belang-belang yang dihasilkan dengan hanya 11 kombinasi warna sahaja.

Corak belang-belang mampu membuatkan anak anda kelihatan menonjol di khalayak ramai dan semestinya kelihatan Sangat Istimewa.

 

♡♡ SELESA DAN MUDAH ♡♡

Awning Denim Lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan Denim Lembut berkualiti Korea membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu.

 

♡♡ SAIZ ♡♡

Tudung ini dihasilkan dengan size yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 8 tahun. Model kita berusia 6-7 tahun. Lilit muka: 20 inci dan Labuh dari dagu: 14 inci.

 

♡♡ NILAI ♡♡

Nilai Istimewa kita cuma RM22.50 sahaja bagi tudung berkualiti Korea. Mudah, Lembut dan Selesa. Anak anda pasti suka =)

 

♡♡ TEMPAHAN ♡♡

Boleh terus lawati katalog mesra smart phone kita untuk melihat koleksi lengkap kita [Klik] >> www.tudungsicomel.com/katalog

 

tudung kanak-kanak

♡♡ TESTIMONI ♡♡

Untuk melihat maklumbalas rakan-rakan kita tentang produk TudungSiComel.com, boleh rujuk:

Klik >> https://tudungsicomel.com/testimoni/

 

♡♡ JAMINAN ♡♡

Continue Reading

Pemenang Pertandingan Taq Line JubahSiComel.com

Salam rakan-rakan comel semua =)

Alhamdulillah, kita menerima banyak penyertaan untuk pertandingan yang kita anjurkan itu hari. Pertandingan mencari Taq Line yang sesuai untuk rakan niaga kita, FB/JubahSiComel.com =)

 Pertandingan JubahSiComel

Setelah meneliti dengan penuh khusyuknya, akhirnya mereka (Pihak JubahSiComel.com) telah membuat senarai pendek dan akhirnya juga hakim telah memutuskan pemenang kepada pertandingan tersebut (perh ayat hehe).

Pemenangnya adalah….

Em sebelum tue nak maklum dulu hadiahnya adalah sehelai jubah si comel buat si comel pemenang dan juga kepada si comel rakan pemenang (partner) seperti yang dijanjikan.

Jubah yang dihasilkan dengan materiel yang berkualiti mampu membuatkan anak anda selesa memakainya (promote sikit hehe).

Pemenang Pertandingan

Ok, sekarang sampailah masanya untuk umumkan pemenangnya. Pemenangnya adalah….

Continue Reading

Sedekah Pada Burung?

Hampir setiap hari, seorang pemandu bas Rapid KL akan memberi makan kepada burung-burung liar di sekitar Butik TudungSiComel.com. Ya, hampir setiap hari.

Rasa sangat kagum dengan ketekunan beliau. Tertanya pula kepada diri sendiri samaada mampukah saya berbuat demikian?

Ianya nampak mudah, tetapi perkara mudah inilah yang sangat sukar untuk dilaksanakan.

Selalunya kita akan menunda-nunda perkara yang dianggap remeh ini sehinggakan perkara tersebut tak terbuat pun sampai bila-bila, sedar-sedar kita dah berusia emas =)

Sedekah Ubat Kepada Penyakit

Sedekah ini juga merupakan ubat kepada penyakit (asbab);

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Yang seelok-eloknya, kita amalkan amalan bersedekah SEBELUM kita sakit dan janganlah HANYA bersedekah setelah jatuh sakit sahaja.

Takut-takut kita bersedekah dengan TIDAK IKHLAS, dengan niat hanya kerana ingin sembuh dari penyakit sahaja. Lepas sembuh, dah tak bersedekah =)

Mudah-mudahan juga burung-burung ini sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau juga terus dimurahkan rezeki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta orang bersedekah” ~ wallahu a`lam

sedekah-1 sedekah-2

Sedekah tidak semestinya banyak, biarpun sedikit tetapi yang penting adalah keihlasan kita.

Continue Reading