Anda Tergolong Dalam 5 Golongan Ini…

Krew TudungSiComel
Krew TudungSiComel

Tertubuhnya TudungSiComel bukanlah hanya ingin memperoleh keuntungan berbentuk wang ringgit semata-mata, namun ianya dengan hasrat untuk memberi nilai kepada 5 golongan:

1. Pembekal/Pengilang – Semoga dengan kewujudan kita, sedikit sebanyak dapat membantu pengilang dan juga pembekal materiel menjana pendapatan dan secara tidak langsung bermanfaat kepada pekerja-pekerja mereka.

2. Pemborong Pukal – Pemborong Pukal adalah golongan yang membantu TudungSiComel dari segi dana bagi mendapatkan stok tudung.

Dengan konsep ini, mereka dapat menjana pendapatan daripada komisyen yang ditawarkan atas setiap helai tudung yang terjual berdasarkan jenis tudung yang mereka borong.

Ini dengan harapan dapat membantu terutamanya golongan bekerja yang ingin menambah pendapatan sampingan. Secara ringkasnya, pihak TudungSiComel membantu menjual tudung yang mereka borong bagi pihak mereka.

Berminat nak tahu lebih lanjut berkaitan Pemborong Pukal, boleh KLIK SINI.

3. Krew TudungSiComel – Bermanfaat dari segi pendapatan(gaji) dan juga imbuhan yang diterima sepanjang bersama TudungSiComel.  Kita berusaha agar rezeki yang diterima sebagai sumber pendapatan adalah daripada rezeki yang halal dan berkat. Amin.

4. Rakan Niaga Affiliate/Dropship – Dapat menjana pendapatan dengan menjual produk yang kita hasilkan.

Maklumat lanjut berkaitan Rakan Niaga TudungSiComel KLIK SINI.

5. Pelanggan Terus – Memudahkan rakan-rakan bagi mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti dan kita cuba pastikan agar setiap produk yang kita hasilkan adalah MUDAH, LEMBUT & SELESA.

Ini penting bagi memastikan Si Comel ceria dan selesa.

Ummi

Lihat Testimoni TudungSiComel.com.

Semoga, rakan-rakan mendoakan agar kewujudan TudungSiComel dapat terus memberi nilai dan semoga kita semua memperoleh manfaat daripadanya. Amin

Anda di dalam golongan mana? (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

International Warranty

Offered in the country of usage

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa