Your Cart

Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pemborong Pukal

Sekiranya anda berminat untuk jana pendapatan sampingan dari perniagaan tudung sekolah dan kanak-kanak, kami ada kaedah baru yang telah kami gunakan sehingga sekarang semenjak April 2014 dan alhamdulillah ianya boleh dikatakan berjaya.

CARA MUDAH JANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Caranya mudah sahaja, anda beli stok tudung sekolah atau kasual secara pukal dari TudungSiComel, kami bantu jualkan dan kemudian kami akan kongsikan keuntungan dengan anda.

Secara mudahnya, anda beli tudung melalui kami dan kami menjadi wakil jualan kepada anda dengan harga jualan berserta keuntungan.

jana pendapatan tambahan

SESUAI UNTUK SIAPA?

Kaedah ini sesuai kepada mereka yang sibuk bekerja atau tidak berminat untuk menjual dan ada sedikit modal untuk gandakan pendapatan dengan mudah.

Keuntungan yang akan diperolehi oleh anda sekitar 20%-30% (indikatif) dalam tempoh 4 hingga 6 bulan berpandukan sejarah perniagaan kami.

KONSEP MUDAH

Konsepnya mudah sahaja;

1. Anda beli tudung daripada kami.

2. Kami akan hasilkan (jahit) tudung dengan kualiti TudungSiComel.

3. Kami akan bantu jualkan dan tanggung segala kos pengiklanan serta pengurusan.

5. Keuntungan bagi setiap tudung terjual akan diagihkan setelah 6 bulan(mengikut terma perjanjian semasa) kepada anda.

6. Sekiranya setelah 6 bulan(mengikut terma perjanjian semasa), tudung anda tidak habis terjual, syarikat akan terus menjual dan membuat pembayaran pulangan(modal+keuntungan) pada setiap bulan sehingga tudung anda habis terjual.

Contoh:

Sebagai contoh, anda membeli 1000 helai tudung dan setelah 6 bulan berlalu, tudung yang terjual adalah sebanyak 970 helai.

Syarikat akan membayar pulangan pertama anda sebanyak modal termasuk keuntungan bagi 970 helai dan bakinya(30 helai) akan terus dijual pada bulan-bulan berikutnya sehingga habis.

Baki pembayaran pulangan selepas 6 bulan akan dibuat pada setiap bulan sehingga tudung anda habis terjual.

MODAL & KEUNTUNGAN

Modal dan keuntungan tudung adalah mengikut jenis dan corak. Akan kita umumkan dari masa ke semasa di group wasap tertutup Pemborong Pukal kita.

Harga keuntungan akan diperincikan pada maklumat tudung yang akan kita maklumkan kepada yang berminat (telah mendaftar sebagai Pemborong Pukal) melalui email / SMS / Whatsapp.

CONTOH KIRAAN KEUNTUNGAN

*Sebagai simulasi kiraan, kita gunakan contoh modal sehelai RM8 dan pulangan keuntungan RM1.60

Kita ambil contoh keuntungan yang akan dikongsikan untuk sehelai tudung adalah RM1.60

Sekiranya modal sehelai tudung adalah RM8.00 dan jika terjual kami akan berikan RM1.60 sebagai pulangan keuntungan anda.

Ini bermakna anda akan mendapat pulangan sebanyak RM8 (modal) + RM1.60 (keuntungan) = RM9.60 untuk setiap tudung terjual.

BERAPAKAH MARGIN KEUNTUNGAN?

Untuk contoh di atas, setiap RM8 yang anda laburkan, anda akan terima RM1.60 dan ini bermakna margin keuntungan adalah RM1.60/RM8 x 100 = 20% keuntungan.

*Harga modal dan keuntungan di atas hanya panduan contoh untuk pengiraan sahaja.

JUMLAH TEMPAHAN MINIMA

Jumlah tempahan minima cuma 100 helai (1 Lot) sahaja. Sebagai contoh, sehelai tudung yang ingin dibeli adalah RM8, dan anda ingin membeli 1 lot(100 helai), jadi jumlah modal minima adalah RM8 x 100 helai = RM800 sahaja.

BERAPA LAMA SAYA AKAN MENDAPAT PULANGAN?

Secara asasnya anda akan menerima keuntungan setelah tudung anda terjual.

Namun memandangkan margin keuntungan yang akan dikongsikan kepada anda agak besar dan selain itu kita juga menggunakan agen-agen untuk bantu menjualkan tudung-tudung anda, jadi margin keuntungan kami di HQ agak kecil berbanding kos keseluruhan yang akan kami tanggung.

Perkongsian keuntungan akan diberikan kepada anda sebagai pemilik tudung dan juga agen-agen sebagai wakil penjual. Komisyen dan margin keuntungan kepada agen-agen juga adalah agak besar.

Kami berpendapat, agen-agen juga selayaknya mendapat margin keuntungan yang besar sebagai menghargai usaha yang mereka lakukan sepanjang urusan menjual tudung-tudung anda.

Rolling Modal

Jadi, kami terpaksa dengan persetujuan anda untuk menggunakan semula(rolling) pulangan awal tersebut bagi menjahit stok tambahan baru dan menjualkannya untuk peluang keuntungan kami di HQ pula.

Sekiranya tudung tidak habis dijual dalam tempoh yang dinyatakan dan tidak berlaku rollover kepada modal, syarikat tidak akan mengenakan sebarang bayaran tambahan. Ianya adalah risiko biasa perniagaan yang akan ditanggung oleh syarikat.

Proses ‘pusingan modal’ ini penting bagi membolehkan kami juga menjana keuntungan dan membayar kos-kos pengurusan asas seperti pengiklanan, pengurusan pejabat seperti gaji staff, sewaan premis dan lain-lain overhead.

Contoh:

Secara mudah untuk difahami, sebagai contoh anda membeli sebanyak 1000 helai tudung dengan modal RM8000 (Contoh kos sehelai RM8). Pulangan keuntungan dijangka sekitar 20% iaitu sebanyak RM1600.

Contoh pengiraan keuntungan:
Pulangan – Modal = Keuntungan
RM9600 – RM8000 = RM1600 (Keuntungan)
(RM1600 / RM8000) x 100% = 20% (Margin Keuntungan)

Jika semua tudung anda terjual pada bulan tersebut, anda sepatutnya akan mendapat pulangan modal termasuk keuntungan (RM8000 + RM1600) sebanyak RM9600 dan akan dibuat pembayaran pulangan modal dan keuntungan kepada anda.

Namun pihak syarikat akan menggunakan semula(rolling) wang RM9600 tersebut untuk menjahit stok baru dan kemudian akan jualkan nya untuk kami pula jana keuntungan dan cover kos-kos pengurusan.

Pusingan modal itu mungkin mengambil beberapa kali pusingan dan pihak syarikat menetapkan jangkamasa selama 6 bulan untuk pembayaran pulangan dan keuntungan kepada anda.

Ini juga mengambil kira kos masa menjahit stok dan proses penjualan yang akan dilakukan kelak.

Terma ini akan dimasukan ke dalam perjanjian yang akan dipersetujui kelak.

KENAPA 6 BULAN?

Ini kerana, tudung sekolah yang akan dijahit ini adalah untuk jualan pembukaan sekolah yang dijangka pada Mac 2023 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sebelum ini.

Jika dilihat graph statistik sale bagi musim Back to School sebelumnya, kita dapat lihat bahawa peningkatan sale akan mula meningkat bermula November dan sale yang baik akan berterusan sehingga Julai tahun berikutnya sebelum berlaku sedikit penurunan.

Jadi kita akan membuat persiapan seawal Oktober 2022 untuk proses produksi stok bagi menghadapi musim buka sekolah kelak yang dijangka akan mulai sibuk bermula seawal Januari 2023.

Persiapan awal

Proses untuk mendapatkan stok kain akan juga mungkin mengambil masa sekiranya stok kain(kontena) yang diperlukan masih belum sampai di perlabuhan.

Kita akan cuba segera menjahit namun proses menjahit pukal juga pastinya akan mengambil masa untuk disiapkan, jadi kita perlu bersedia 1 hingga 2 bulan lebih awal.

POTENSI KEUNTUNGAN

Sekiranya anda ingin membeli sebanyak 10 lot iaitu 1000 helai tudung. Seperti contoh di atas, jika sehelai tudung adalah RM8, bermakna kos anda adalah RM8000.

Dengan keuntungan 20% , ini bermakna anda akan berpotensi mendapat pulangan sebanyak RM1600.00 hanya dalam masa 6 bulan sahaja. Ianya pasti lebih berbaloi berbanding keuntungan dari simpanan emas dan sebagainya.

ADAKAH IANYA BERISIKO?

Ya ada. Ini bukanlah skim cepat kaya dan ini hanyalah sebuah model perniagaan biasa. Setiap perniagaan pasti akan ada risiko biasa perniagaan.

Antara risiko biasa perniagaan adalah tudung anda tidak terjual dalam masa yang dijangkakan, kelewatan proses jahitan dan sebagainya.

Kami tidak dapat menjamin sebarang keuntungan namun pihak syarikat akan berusaha sebaik mungkin untuk menjual tudung bagi pihak anda dan seterusnya akan bertawakal kepada Allah swt.

Kita juga telah melantik Penasihat Shariah untuk sentiasa memastikan urusan niaga ini terhindar dari sebarang unsur-unsur riba dan tidak patuh shariah.

Kita berniaga kerana Allah, mudah-mudahan usaha perniagaan ini juga dirahmati Allah.

Namun pastinya kita akan usahakan sedaya mungkin dengan izin Allah, untuk bantu jualkan tudung-tudung anda dengan kadar segera. Lebih cepat terjual, pastinya kami juga akan lebih cepat memperoleh keuntungan.

Antara risiko:

1. Stok kain lambat sampai atau kehabisan dari pembekal.

2. Kekurangan tukang jahit menyebabkan stok lambat disiapkan.

3. Stok kain yang sampai banyak rejek dan rosak, perlu masa untuk proses penukaran.

4. Tudung yang dijahit banyak rejek dan hq perlu menjahit semula stok baru.

ADAKAH ANDA MENJANGKAKAN TUDUNG AKAN TERJUAL?

Kita telah berniaga tudung semenjak tahun 2013 dan in shaa Allah, permintaan tudung saban tahun semakin meningkat.

Selagi mana adanya sekolah di Malaysia, in shaa Allah tudung sekolah pastinya akan menjadi produk keperluan bagi setiap kanak-kanak muslimah di Malaysia.

Permintaan tudung sekolah akan meningkat pada penghujung tahun semasa sessi persekolahan baru dibuka.

ADA SEBARANG PERJANJIAN BERTULIS?

Ya ada. Sekiranya anda berminat, kita akan sediakan penjanjian bertulis dan akan memberikan resit atas pembayaran yang dibuat.

MASIH ADA PERSOALAN?

Sekiranya anda masih ada sebarang persoalan, anda boleh sertai Group Pemborong Pukal kita dan bertanyakan soalan di sana, in shaa Allah kita akan bantu anda.

Atau anda boleh berhubung dengan Pengurus Pemasaran kita en Syahruddin 018-3696451 atau KLIK SINI

BORANG PENDAFTARAN

Sekiranya anda berminat, boleh berikan butiran pada Borang di bawah untuk HQ siapkan Surat Perjanjian dan Akad Persetujuan:

**Pendaftaran baru dijangka akan dibuka dalam bulan Oktober/ November.

Isi kandungan ini telah disemak oleh Penasihat Shariah SBZ Prima Sdn Bhd iaitu Elzar Shariah Consultant pada 14 Oktober 2022 bagi memastikan tiada unsur-unsur yang tidak patuh shariah seperti riba dalam urusan niaga ini.

2 comments

  1. berapa modal yg di perlukan??

    1. Salam puan, salam ceria =)

      Terima kasih kerana sudi bertanya.

      Sekiranya Amy belum pernah terima maklumat berkaitan Pemborong Pukal kita sebelum ini dan berhajat untuk turut menjadi sebahagian dari Rakan Niaga Pemborong Pukalkita, Amy boleh dapatkan maklumat lanjut di blog kita dengan klik pada link di bawah:

      https://tudungsicomel.com/pemborong-pukal/

      Terima kasih dan semoga kita sama-sama menerima rezeki yang halal dan berkat. Amin

      Salam ceria (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa