Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Buli: 5 Tips Membantu Anak Anda Dari Menjadi Mangsa

Jika kita kembali ke kurun ke 19 dan 20, budaya membuli adalah perkara biasa yang akan dilalui dalam kehidupan seseorang.

Ia telah membarah ke dalam kehidupan masyarakat kita, malah sejak diperingkat pra-sekolah, asrama, universiti dan sehinggalah ke alam pekerjaan tanpa sebab yang pasti.

Budaya itu masih wujud sehingga sekarang.

Masih terwujud budaya bahawa sesorang itu perlu dan dibuli terlebih dahulu sebelum diterima menyertai sesuatu kumpulan atau ditempat baru.

Seiring dengan peredaran waktu, budaya membuli menjadi semakin teruk dan tak berperikemanusiaan. Dan lebih teruk sekarang ini pembulian boleh dirakam dan video mangsa yang dimalukan itu sangat mudah tersebar kepada ribuan kawan-kawan dan orang lain.

Dan kesannya?

Si mangsa buli akan sakit dari segi fizikal dan emosi dan menjadi semakin teruk dan tertekan.

Banyak kajian sekarang ini yang mendedahkan kesan sebenar disebalik masalah buli, yang selalunya akan membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kes bunuh diri dan kelakuan ganas yang lain.

buli

Apa yang ibu bapa boleh buat?

Kepada ibu bapa yang prihatin untuk mendidik anak mereka mengenai buli, bagaimana untuk mengelakkan dari dibuli, menghalang dan bertindak ke atasnya, disini ada 5 tips untuk membantu anak anda mengatasi buli.

 

1# Ajar Anak Anak Supaya Jangan Membuli

Jika anak anda adalah pembuli, jelaskan kepada mereka bahawa buli bukan sahaja menyakitkan orang lain, tetapi ia juga anak menyebabkan dia akan tidak disukai dan dibenci. Tambahan pula, buli adalah perbuatan yang haram dan telah dikelaskan sebagai kesalahan jenayah.

Role Play pembuli dan mangsa buli boleh membantu anak anda memahami dan merasai bagaimana rasa peritnya apabila dibuli.

Bak kata pepatah, “Melentuh buluh biarlah daripada rebungnya”

 

2# Ajar Anak Anda Untuk Tidak Mempedulikan

Jika anak anda adalah mangsa, nasihatkan mereka supaya tidak mempedulikan cubaan membuli seperti diolok dan diprovokasi.

Terangkan mereka mengenai erti sabar.

Serta perbanyakkan kisah-kisah sirah nabi yang banyak memberi tauladan mengenai kesabaran dan kecekalan.

Ya, ia bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia akan memberi isyarat bahawa cubaan membuli tidak akan memberi kesan.

 

3# Ajar Anak Anda untuk Tidak Memberi Tindakbalas

Tindakbalas mungkin akan mengundang si pembuli untuk mencari lebih banyak jalan untuk menyakiti dari segi fizikal dan emosi.

 

4# Galakkan Anda Untuk Memberi Tahu Seseorang

Galakkan anda supaya melaporkan kepada ibu bapa, guru dan orang dewasa yang dipercayai; yang penting jangan memendam rasa seorang diri.

Juga galakkan anak sentiasa bersama dengan kawan-kawan.

Sifat manusia akan berasa selamat dari segi emosi bila berada dalam kalangan yang ramai.

 

5# Ajarkan Anak Anda Supaya Mengelak Daripada Menjadi Target

Ajar anak anda untuk menghentikan tabiat yang buruk.

Ajar mereka supaya berkelakuan sesuai dengan umurnya. Kanak-kanak yang berkelakuan lebih tua atau lebih kebudak-budakan berbanding dengan umurnya lebih cenderung untuk menjadi mangsa buli.

Berhati-hatilah dalam membeli pakaian kepada anak-anak, kerana pakaian juga boleh menarik perhatian kaki buli.

Apa yang paling penting adalah sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Buli adalah perkara yang boleh kita selesaikan dengan kebijaksanaan dan kesabaran.

InsyaaAllah semoga bermanfaat kepada semua pembaca TSC 🙂

stop_bullying_by_mushmeshmosh-d39ondj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa