Bagaimana Menggunakan Teknik Bercerita Sebagai Cara Belajar dan Bermain Dengan Anak-Anak?

bercerita
Bercerita merangsang imaginasi anak | The power of imagination. by Gingershots

Semua orang suka mendengar cerita.

Bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan sehinggalah kepada orang dewasa.

Tetapi anak kecil lah adalah insan yang paling suka untuk mendengar cerita.

Malangnya, aktiviti ini telah banyak dilupakan oleh ibu bapa pada waktu sekarang, atau tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak oleh sebab keperluan hidup yang mendesak, sehingga mengorbankan masa dengan anak-anak.

Sebenarnya, semua ibubapa boleh meluangkan masa dengan anak-anak (kalau mereka mahu).

Mari kita teliti apakah kebaikan dan kelebihan yang dapat diberikan kepada anak dengan aktiviti bercerita.

Kebaikan Bercerita kepada Anak-Anak

Dengan seiringnya peredaran masa dan perkembangan zaman, anak-anak  kita dilahirkan dalam suasana yang ditenggalami limpahan pelbagai media, pelbagai saluran TV, dan banyak program hiburan lain yang membuatkan anak kita berinteraksi dengan hiburan tersebut.

Ibu bapa membuka saluran kartun dan membiarkan anak menontonnya berjam-jam. Tetapi berapa ramai ibu bapa yang sedar tentang keburukannya?

Rancangan televisyen adalah dicipta untuk orang dewasa, bukan kanak-kanak yang sedang membesar. Kadang-kadang kartun juga boleh menghalang perkembangan otak kanak-kanak. Children may lose thinking capacities and analyzing powers if they are exposed to television, several hours a day.

Anak kecil adalah insan yang lambat untuk memahami dan berfikir dengan perlahan, oleh itu mereka lebih sesuai didedahkan dengan hiburan yang khas untuk mereka. Yang mampu berinteraksi dengan mereka.

Oleh itu bercerita adalah jawapannya.

Bercerita adalah aktiviti yang mampu memindahkan emosi dan perasaan, dan melonjakkan keupayaan berfikir anak-anak.

Banyak kajian membuktikan bahawa aktiviti bercerita mempunyai banyak manfaat kepada anak-anak.

Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendengarannya mula berfungsi kita sudah sedia boleh membacakan buku untuknya.

 

Merangsang sel-sel otak bayi

Tahukah anda bahawa cerita-cerita yang didengar oleh anak sejak bayi akan mengaktifkan sel-sel saraf pada otak dan membuatkan otaknya lebih aktif. Ini secara langsung ada kaitan dengan perkembangan kecerdasan intelektualnya.

Cerita yang disampaikan mampu untuk merangsang pancaindera anak kecil, terutamanya pendengaran dan penglihatan sehingga anak terlatih menerima sebegitu banyak maklumat.

Maklumat yang diterima akan memaksimumkan tumbesaran anak. Jadi usah hairan sekiranya bayi yang selalu mendengar cerita akan lebih cepat meniarap, merangkak, membaca menulis dan sebagainya. Itu adalah kerana perkembangan otaknya lebih optimum.

Perkembangan otak yang optimum juga akan menjadikan anak lebih cepat menerima apa sahaja yang diajarkan kepadanya.

 

Melatih anak untuk lebih peka

Anak yang sering mendengar ibu bapanya bercerita akan membesar menjadi yang lebih peka. Kepekaan ini akan melahirkan sikap-sikap positif yang lain seperti perasaan ingin tahu, yakin diri dan lain-lain.

Dengan kata lain, kecerdasan emosional, spiritual dan ketahanan mental akan berkembang.

Pada umumnya, cerita akan lebih berkesan berbanding dengan nasihat kerana cerita akan terakam dengan lebih kuat dalam ingatan.

Cerita juga akan menjadikan otak kita lebih relaks.

 

Bercerita tidak semestinya membacakan buku cerita.

Bercerita juga boleh dilakukan semasa beraktiviti. Contohnya semasa anak makan, mandi ataupun semasa berdukung.

Gunakan intonasi suara yang berbeza supaya aktiviti bercerita menjadi lebih menarik, sekali gus merangsang pancaindera pendengaran anak kecil.

Suara bernada tinggi untuk orang A, suara rendah untuk orang B, suara nyaring untuk orang C, dan seterusnya.

Intonasi yang berubah-ubah ini membuatkan anak-anak berimaginasi dan menghasilkan rakaman dalam otaknya. Intonasi yang berbeza juga menimbulkan persepsi yang berbeza-beza.

Cuba bandingkan ‘semut kecil’ dengan ‘semul keciiiiil’. Tentu kita bayangkan ‘semut keciiiiil’ lebih kecil daripada ‘semut kecil’

 

Gunakan gerakan pantomin semasa bercerita.

Contohnya ketika bercerita tentang kuda melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat dan ekspressi wajah yang sesuai.

Tunjukkan perasaan ikhlas semasa bercerita kerana aktiviti ini akan membina ikatan jiwa. Anak-anak dapat merasakan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

Anak-anak juga dapat merasakan sekiranya ibu bapa mereka bercerita kerana terpaksa.

 

Apa sahaja boleh dijadikan cerita.

Bukan hanya cerita yang mengandungi pesanan tetapi kisah sehari-hari yang biasa juga boleh diceritakan kepada anak-anak. Contohnya cerita ketika ibu menggantikan lampin, menyuapkan makanan, ataupun kisah tentang berjalan-jalan ke taman bunga.

 

Hadkan waktu bercerita.

Waktu bercerita kepada anak-anak mesti dihadkan kerana tempoh perhatian dan konsentrasi  mereka masih sangat terbatas.

Sebagai permulaan, bercerita selama dua hingga lima minit sahaja. Walaupun masanya agak singkat, kita dapat melihat kesannya sekiranya sering dilakukan.

 

Kesabaran.

Satu perkara yang perlu ada semasa bercerita kepada anak-anak adalah kesabaran. Mengapa?

Respon yang ditunjukkan oleh anak kecil selalunya tidak jelas ataupun tidak kelihatan. Ini berbeza dengan responsnya lebih ketara.

Sama ada mereka gembira, marah, suka dan sebagainya. Ibu bapa juga harus pandai mencari peluang yang baik untuk dirinya dan anak bagi melakukan aktiviti bercerita ini.

 

Tips memilih cerita untuk didengarkan kepada anak

1. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak dapat menyerap maklumat dengan sangat cepat ketika masih kecil.

Sekiranya ada maklumat yang diterima itu mengelirukan, kesannya mungkin tidak kelihatan pada masa itu tetapi pada kemudian hari apabila anak itu menjadi besar.

2. Jauhkan anak-anak daripada cerita yang mempunyai kesan negatif seperti cerita yang memburukan orang lain ataupun cerita tentang keluhan ibu bapa.

3. Cerita haiwan, terutamanya cerita yang mengandungi banyak pelajaran dan nasihat. Penggunaan haiwan sebagai peranan dalam cerita akan menggalakkan anak untuk berimaginatif. Melalui imaginasi inilah munculnya idea-idea kreatif.

 

Penutup

Ibarat makanan, cerita juga adalah sajian yang lazat. Sekiranya tukang masak mampu menghidangkan dengan enak dan menarik, sudah tentu anak akan menikmatinya. Malah anak pasti akan ketagih.

Semoga bermanfaat dari team tudung si comel. 🙂

Nota: informasi diatas diperolehi dari buku Creative Parenting Today (Andi Yudha) dan laman prokerala.com

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×