Anak saya sangat suka bermain video games. Dia menghabiskan banyak masa, berjam-jam dalam sehari untuk bermain permainan tersebut.
Perkara ini membuatkan saya risau mengenai perkembangan minda, kesihatan dan emosi anak saya yang mungkin terjejas kerana tabiat bermain video games tersebut. Saya risau anak saya tidak dapat belajar dengan baik dan terpengaruh dengan unsur-unsur tidak baik dari permainan itu.
Persoalannya disini adalah, adakah dengan bermain video games memberi kebaikan atau keburukan kepada anak-anak kita?
– Boleh jadi kedua-duanya.
Adakah bermain Video Games akan membuatkan Anak menjadi lebih Pintar?
Persoalan ini sudah lama menjadi perdebatan antara ibu bapa.
Ada segelintir ibu bapa cenderung untuk mengganggap permainan video sebagai punca utama kepada ketidakcemerlangan akademik dan masalah sosial serta kesihatan.
Ada juga yang berfikiran bahawa permainan video adalah budaya masa kini yang sukar dibendung kepada anak-anak, memandangkan ibu bapa sendiri kaki game.
Ada yang melihat permainan sebegini mampu menajamkan akal.
Sebenarnya, sesetengah permainan video games akan meningkatkan kecekapan minda, koordinasi mata dan tangan, serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Contohnya dalam games menembak (shooting games), ia memerlukan karekter dalam permainan tersebut bergerak dan menembak dalam masa yang sama. Ini memerlukan si pemain (real-world player) untuk mengesan kedudukan karekter, kemana arah tujuan, kelajuan gerakan, kemana pistol dihalakan, dimana musuh dan sebagainya.
Semua ini perlu diambil kira, seterusnya mendorong otak untuk bekerja untuk mengkordinasi dan menginterpretasi reaksi seterusnya menerusi pergerakan tangan dan hujung jari. Secara tidak langsung meningkatkan kecekapan anak kita berfikir dan bertindakbalas.
Permainan yang menyelesaikan masalah dan memerlukan logik akal seperti Angry Bird dan Cut the Rope, akan melatih otak anak-anak kita untuk mengeluarkan idea yang kreatif untuk menyelesaikan puzzle atau cabaran yang diberi dalam masa yang singkat. Ia juga melatih anak-anak untuk belajar mengikut arahan.
Seperti pelbagai aspek yang lain dalam proses membesarkan anak, bila berkaitan dengan soal bermain video games, cara terbaik adalah dengan bersederhana.
Ramai dari pakar psikologi kanak-kanak mengesyorkan supaya anak-anak tidak menghabiskan masa lebih daripada 2 jam di hadapan skrin, sama ada menonton tv, menggunakan komputer, smartphone dan tablet, serta bermain video games.
Oleh itu kita harus menetapkan masa kepada anak-anak untuk bermain video games, supaya ia tidak mengganggu masa kerja sekolah, mengemas rumah, dan aktiviti luar rumah yang diperlukan oleh anak-anak kita.
Menyelia permainan video games anak-anak.
Satu lagi perkara yang harus diberi penekanan oleh ibu bapa adalah memastikan anak kita bermain video games yang bersesuaian dengan tahap umur mereka. Biasanya, kesemua permainan video games akan dilabel oleh Entertainment Software Rating Board (ESRB).
- C – Sesuai untuk anak kecil
- E – Sesuai untuk kesemua peringkat umur
- E (10+) – Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan keatas
- T – Sesuai untuk remaja berumur 13 tahun dan keatas
- M – Sesuai untuk mereka yang berumur 17 tahun dan keatas
- A – Ia bermaksud ‘adult’. Hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun dan keatas sahaja.
Maklumat secara lanjut mengenai perlabelan ini boleh dirujuk disini: ESRB Ratings Guide
Pantau masa anak dengan video games
Tidak kira Xbox, Playstation atau PC, simpan konsol video games tersebut di ruang utama rumah, bukan didalam bilik anak-anak.
Dengan cara ini, kita dapat memantau kandungan permainan yang tidak sesuai dengan anak-anak dan pada masa yang sama dia perlu berinteraksi dengan orang lain didalam rumah semasa dia bermain video games.
Juga, berikan perhatian terhadap masa yang anak-anak habiskan untuk bermain games pada telefon dan tablet.
Penutup:
Permainan video games jelas boleh membantu perkembangan minda anak kita dengan cepat, disamping memberi keseronokan kepada mereka.
Namun, perkara ini hendaklah dikawal dengan penuh cermat oleh ibu bapa. Ibarat garam, kehadirannya akan memberi seri dalam masakan, tetapi berlebih garam akan membawa kepada penyakit. Jadi pandai-pandailah kita mengawal anak kita.
Apa yang penting adalah kita harus:
- Menentukan waktu dan masa yang khusus kepada anak untuk bermain video games. Seeloknya tidak lebih 2 jam sehari
- Memeriksa rating games sebelum membenarkan anak bermainnya. Periksa cover depan dan belakang, pastikan tiada unsur seks dan keganasan pada games tersebut.
- Pilih video games yang memerlukan strategi dan membuat keputusan dalam permainan tersebut, berbanding permainan yang lebih kepada membunuh, mencuri dan memukul.
- Sebelum tidur kutip henfon dan tablet anak-anak untuk memastikan mereka tidur. Konsol permainan video games juga harus diletakkan diruang utama rumah, bukannya bilik anak.
Begitulah serba sedikit yang dapat dikongsikan. Semoga bermanfaat daripada team tudung si comel (TSC).
BOLEH TAK KAMU WASSAP KAT AYAH SAYA SUPAYA DIA FAHAM SEBAB SAYA MAIN GAME FROTNITE DIA CAKAP ASYIK HABISKAN MASA MAIN GAME JE PADAHAL DIA PUN SAMA MELAYAN FACEBOOK….TOLONG WASSAP AYAH SAYA 0133053356 NI NO DIA .. SAYA MAIN GAME DALAM 2 JAM BIASA NYA TAPI DIA TAK PERCAYA TOLONG ABANG/KAKAK TOLONG