menegur anak

9 Cara Berkesan Menasihati & Menegur Anak

menegur anak
menegur anak

Pada dasarnya, menasihati anak dengan cara yang berlebihan tidak akan menghasilkan apa-apa kesan. Malah, adakalanya anak-anak tidak mengikut nasihat orang tuanya.

Kemampuan memberi nasihat yang baik sebenarnya dapat dipelajari dan dilatih. Dengan cara itu, anak-anak lebih mudah menerima nasihat yang disampaikan oleh ibu bapa mereka.

Berikut adalah 10 cara bagi memberikan nasihat yang bersesuaian kepada anak:

1. Mulakan dengan pertanyaan dan bukan dengan pernyataan

Apabila anak kita pulang lewat daripada waktu biasa, sebaik-baiknya mulakan dengan pertanyaan seperti , “Anak ibu ini dari mana, waktu begini baru sampai?”

Elakkan berkata, “Kamu pulang lambat, pergi mandi dahulu!”

Anak-anak lebih mudah menerima teguran dengan menggunakan cara yang sopan, berbanding dengan cara mengarah-ngarah mereka.

Cara ini boleh disusuli dengan isyarat gerakan, isyarat visual, dan boleh juga dilakukan terus dihadapan anak.

2. Teguran dan nasihat pada anak itu perlu disampaikan secara rahsia

Pn Rasyiqah Izzahra 6Apabila kita mahu menegur kesilapan anak, tegur dihadapan anak itu sahaja tanpa melibatkan orang lain disekeliling kita.

Tujuannya adalah demi menjaga air muka si anak.

Pada ketika kita ingin menegur anak, kita perlu mengambil kisah pada sebab atau alasan melakukan kesilapan itu.

Sekiranya kesilapan itu berpunca daripada perilaku buruk yang sudah menjadi kebiasaan, adalah wajar kita bersikap berikut:

  • berlapang dada dan bersikap terbuka dalam menghadapi kesilapan anak
  • Menegur dan menasihati anak supaya mereka dapat mengubah perilaku buruk itu.
  • membezakan sama ada anak yang sering melakukan kesilapan itu dan pertama kali berbuat silap.
  • Membezakan tindakan anak yang berbuat silap secara terbuka  atau terang-terangan, dengan tindakan anak yang berusaha menutupi kesilapannya.
  • Bijak dan berhemah kepada anak yang belum dapat membezakan antara baik ataupun buruk kesalahan yang dilakukan. Sekirannya kita bersikap keras dan tegas kepada anak itu, mereka semakin menjauhi kita.
  • Mempertimbangkan kedudukan atau situasi yang dihadapi oleh anak apabila kita menyampaikan teguran dengan pendekatan yang efektif.

3. Elakkan memaksa sekiranya anak belum mahu berbicara

menegur anak
menegur anak

Setiap anak memiliki sikap dan kemahuan yang berbeza. Ada anak yang ingin terus ditanya dan menjelaskan pada saat itu juga.

Ada anak yang inginkan suasana tenteram, santai, relaks, dan selepas berasa tenang baru boleh ditanya.

Ada juga anak yang ingin kita duduk disamping mereka, kemudian mereka akan memulakan bicara sebelum ditanya.

Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu sikap setiap anak-anak kita.

4. Tanya dan dengar dahulu

Pada saat anak meningkat dewasa, ubah cara mendidik. Jangan samakan dengan cara mendidik semasa anak masih dibangku sekolah rendah ataupun tadika.

Masalah yang sering terjadi antara ibu bapa dengan anak adalah ibu ataupun bapa tidak menyedari bahawa anak mereka sudah meningkat dewasa.

Anak yang sudah dewasa cenderung menetapkan keputusan sendiri, bukan mematuhi apa yang ditetapkan oleh ibu bapa.

Sikap ini  adalah baik kerana anak mampu membuat keputusan sendiri apabila mereka berada jauh daripada ibu bapa.

Oleh itu, tugas kita selepas bertanya adalah mendengar dan memberikan respons secara positif.

Ini bagi menunjukkan kepada anak bahawa kita bukan setakat mendengar masalah, malah turut ‘mengkaji’ dan memberikan maklumbalas kepada apa juga masalah yang dihadapi.

5. Bersabar bagi mendengar luahan anak. Nasihati anak apabila tiba masanya nanti..

18c0eda50819b7f24234f01c471c54b0Biarkan anak berdiri ataupun duduk dengan kedudukan yang sejajar, sehingga kita dapat melihat mata anak dan mendapatkan perhatian mereka.

Anak akan mendengar dengan lebih baik sekiranya kita duduk di samping mereka pada waktu sarapan dan membicarakan hal yang ingin disampaikan  kepada anak.

Kita mungkin memerlukan sekitar 15minit, 30 minit ataupun 2 jam bagi mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh anak.

Dengarkan dengan penuh perhatian tanpa menunjukkan reaksi bosan.

Bilakah kita boleh berbicara?

Apabila anak sudah mengeluarkan ayat, “Baiklah ibu, apa pendapat ibu?” ataupun mengeluarkan ayat, “Ibu rasa perlukah Haikal melakukannya?”, ataupun ayat-ayat lain yang memohon pendapat kita.

Apabila anak sudah puas berbicara dan sudah mengeluarkan ayat seperti itu, ini bermakna, telinga dan hatinya sudah bersedia bagi menerima bicara daripada  kita.

6. Sampaikan nasihat dalam bentuk metafora ataupun ceritakan pengalaman masa lalu

menegur anak
menegur anak

Jangan tergesa-gesa dalam memberikan nasihat. Adalah lebih wajar sekiranya  kita menggunakan cerita yang  menggambarkan pengalaman kita, ataupun orang lain yang mirip dengan situasi yang dialami oleh anak.

Ceritakan secara terperinci tanpa mengandungi maksud sindiran.

Kemudian jelaskan hikmah daripada kisah yang kita ceritakan. Masukkan kata-kata nasihat dalam cerita yang disampaikan supaya anak tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang dinasihati.

Ini adalah antara kaedah yang efektif bagi memberi nasihat secara tersembunyi dan dapat mengelakkan orang yang dinasihati itu .

Apabila kita memberi nasihat, kita sebenarnya sedang menjatuhkan maruah orang yang terpaksa menerima nasihat itu. Ini banyak berlaku tidak kira sama ada di sekolah ataupun dalam pergaulan seharian.

7. Akhiri pembicaraan dengan membiarkan anak memilih pilihan yang terbaik untuk dirinya.

ini adalah proses untuk kita melatih anak supaya pandai membuat pilihan. Sekiranya mereka tersilap memilih, mereka tidak akan menyalahkan ibu bapa mereka.

Mereka juga akan lebih berhati-hati sekiranya pilihan yang mereka buat itu kelak mendatangkan kesusahan kepada diri mereka sendiri. Cara ini mengajar mereka supaya berhati-hati dalam membuat pilihan.

8. Anak mampu membuat keputusan sendiri apabila berada jauh daripada ibu bapa

7465098ca3624659b66e9805fe14a0f3Tugas kita sesudah bertanya pada masa yang tepat, adalah mendengar dan bertindak secara positif.

Ini menunjukkan bahawa kita tidak hanya mendengar, malah membuat semakan, dan memberikan maklumbalas secara baik.

9. Jangan risau dengan pilihan atau keputusan anak

kita tidak perlu berasa takut atau risau pada pilihan yang dibuat oleh anak.

Sekiranya anak kita tersilap dalam membuat pilihan, itu sebenarnya adalah sebahagian daripada proses belajar dan pendewasaan mental anak.

Penutup:

Setiap usaha kita mendidik anak yang dimulakan dengan niat yang baik dan kerana Allah, pasti akan mendapat pahala walaupun usaha itu tidak berhasil.

Contohnya , kita menanam pokok cili dengan niat demi memajukan ekonomi orang Muslim. Apabila pokok cili itu membesar dan tidak berbuah, mengikut teori barat, kita sudah pun gagal.

Namun dalam Islam, ganjaran pahala sudah dihantar ke akhirat pada saat kita berniat bagi menanam pokok cili itu.

Published by

Muhamad Naim Abd Manaf

Muhamad Naim merupakan seorang guru dan pengasas kepada blog akuislam.com. Semoga segala apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua ibu bapa pembaca laman ini.

One thought on “9 Cara Berkesan Menasihati & Menegur Anak”

  1. Saya telah mandapati anak saya telah melayari video lucah.. Astagfirullah.. Terkejut..
    Bagaimana kah cara untuk saya mendidik anak saya agar tidak mengulangi.. Dan perlukah saya menyuruh mereka untuk mandi junub?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield