Cara Bonding Dengan Anak (2022)

Mengetahui cara bonding dengan anak penting agar anak tidak merasakan dirinya diabaikan oleh kedua-dua ibu bapa.

Dalam dunia yang maju dengan pelbagai ciptaan teknologi moden yang memudahkan urusan hidup kita kini, ia juga tidak lari daripada kesan-kesan sampingan.

Antaranya ialah unsur-unsur negatif dalam hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Aktiviti ahli-ahli keluarga yang lebih gemar menghabiskan masa dengan gadget masing-masing antara kesan utamanya yang anda boleh perhatikan sendiri.

Sang ayah bersama laptopnya manakala si ibu pula menghabiskan masa dengan siri drama yang tidak putus-putus di TV pintar.

Anak-anak pula dibiarkan untuk mengisi hidupnya dengan telefon pintar yang sarat dengan pelbagai aplikasi permainan yang telah tersedia pada telefon pintar masing-masing.

Akibat kurangnya ilmu cara bonding dengan anak, kerenggangan ikatan antara ibu bapa dan anak-anak bertambah dari masa ke semasa.

Artikel ini akan membincangkan tentang beberapa cara bonding dengan anak agar anda dapat mempereratkan hubungan dengan si kecil dan memastikan tuntutan kasih sayang terhadap diri mereka tidak terabai.

1. Mengutamakan Anak

Penggunaan gadget secara berlebihan dalam kalangan ibu bapa telah menyebabkan kurangnya perhatian diberi kepada anak-anak tersayang.

Tiada cara lain yang boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan anda dengan mereka melainkan anda mengutamakan mereka melebihi perkara-perkara lain.

Pastikan anda hanya menggunakan gadget untuk hal-hal yang penting sahaja. Begitu juga dengan menghabiskan waktu bersama rakan-rakan atau teman sekerja.

Sebagai manusia, kita semua diberikan tempoh masa yang sama pada setiap hari iaitu selama 24 jam dan ia bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk memanfaatkannya dengan sebaiknya.

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”.

(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

2. Makan Bersama

Menurut kajian, meluangkan masa untuk makan bersama merupakan antara aktiviti mudah yang mampu mengeratkan hubungan kedua-dua ibu bapa dengan anak begitu juga dengan ahli-ahli keluarga lain.

Ia merupakan saat di mana kesemua ahli keluarga duduk bersama pada suatu tempoh yang lebih lama berbanding aktiviti-aktiviti lain.

Antara waktu yang terbaik adalah semasa makan malam. Cara bonding dengan anak melalui makan bersama membantu dalam memupuk rasa kebersamaan.

Child, Boy, Toddler, Music, Laughing, Laughter, Happy
Aktiviti makan bersama merupakan salah satu cara bonding dengan anak yang mudah untuk dilakukan.

Di sinilah kesemua ahli keluarga mengambil bahagian dalam perbualan yang sama dan diselang dengan gurauan ringan di samping menikmati hidangan yang tersedia.

Pada masa yang sama, nilai tanggungjawab juga dapat disemai dalam diri mereka setelah selesai makan dengan bersama-sama mengemas meja makan, membasuh pinggan dan sebagainya.

3. Meneman Anak Tidur

Selain dari aktiviti makan bersama, menemani anak pada saat-saat sebelum tidur adalah salah satu cara bonding dengan anak terbaik.

Ia berupa perbualan ringkas dan santai antara ibu bapa dan anak. Kadang kala ia boleh jadi sekejap dan terdapat masanya yang ia akan menjadi perbualan yang panjang.

cara bonding dengan anak
Meneman anak tidur mampu mengeratkan lagi hubungan kasih sayang

Anda akan dapati mereka akan lebih bersikap terbuka pada saat ini, meluahkan segala yang tersemat di dalam hati kepada anda.

Ia boleh jadi persoalan-persoalan tentang kehidupan yang memerlukan jawapan yang sesuai daripada golongan dewasa untuk menjawabnya.

Ia juga boleh jadi perkongsian aktiviti harian yang dilalui pada waktu siangnya mahupun rasa sedih yang dialaminya.

Jangan pandang ringan terhadap cara bonding dengan anak seperti ini kerana “ pillow talk “ antara suami isteri ternyata mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Tidak mustahil ia juga boleh menguatkan bonding antara anda dan anak yang disayangi.

4. Sentiasa Menghargai Anak

Setiap ciptaan Allah S.W.T tidak lari daripada sebarang kekurangan. Begitu juga dengan anak yang dikurniakan kepada kita.

Banyakkan menghargainya berbanding menghukum. Jika mereka melakukan kesalahan, maafkanlah mereka setelah sebaik selesai memberikan pengajaran atau teguran yang setimpal.

Elakkan menghukum secara berlebihan kerana ia boleh meninggalkan memori yang pahit dalam hidupnya.

Banyakkan memujinya apabila anak tersebut berkelakuan dengan baik.

5. Melibatkan Anak Dalam Menyelesaikan Kerja-Kerja Rumah

Kanak-kanak pada kebiasaannya sangat aktif. Mereka pantas dalam meniru perbuatan atau pekerjaan ibu bapa.

Amat sayang sekali apabila kebanyakkan ibu bapa tidak melibatkan diri mereka dalam menyelesaikan tugas-tugas harian seperti mencuci pinggan, membasuh atau melipat baju dan sebagainya kerana hendak menyelesaikan pekerjaan tersebut dengan cepat.

Hal sedemikian kerana dengan waktu kita yang terhad pada setiap hari disebabkan pekerjaan di luar menuntut kita sebagai ibu bapa untuk lebih aktif dalam melakukan bonding dengan anak secara tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti seperti yang telah dinyatakan.

Ia tidak memerlukan waktu atau tempat yang khusus dan boleh dilakukan secara spontan.

Penutup

Peringatan kepada kita semua yang bergelar ibu bapa, aktiviti bonding dengan anak pada awal usianya sangat penting dalam mengeratkan hubungannya dengan kedua-dua ibu bapa.

Ia juga penting dalam meningkatkan keyakinan dirinya dan memelihara perkembangan emosinya dengan baik.

Jika anda dapati artikel ini menarik, sila kongsikannya bersama dengan teman-teman anda !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa