Ibu ayah yang ada anak tadika mesti pening nak ajar anak membaca dalam tempoh lockdown tahun lepas, kan? Statistik kajian #untukMalaysia menunjukkan lapan daripada 10 kanak-kanak yang dikenal pasti tercicir kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) adalah golongan berpendapatan rendah. Artikel ini mengorek rahsia dan tips ajar anak cepat membaca.
Mereka antara kumpulan yang tidak dapat pendedahan belajar secara atas talian (PdPR). Tidak perlu bercakap soal teknologi kerana ibu bapa dan keluarga mereka sibuk mencari sesuap nasi setiap hari.
Namun, para neurosaintis menemukan fakta menarik bahawa anak-anak lebih mudah dan cepat menguasai kemahiran literasi iaitu membaca dan menulis sekiranya mereka diajar selari dengan bagaimana otak membaca. Ini menunjukkan ibu ayah pun boleh mengajar anak membaca sendiri dengan cara yang betul. Jom kita tengok tips ajar anak cepat membaca.
Menurut Dr.Zaila Binti Zainudin dari IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan dan Puan Nik Eliani Binti Nik Nawi seorang penulis buku Bacalah Anakku membincangkan tentang inovasi berkaitan teknik membaca dengan cepat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak seperti berikut :
1. ‘Read Aloud’
Ibu ayah boleh membacakan buku kepada anak semenjak mereka masih kecil dengan kaedah ‘Read Aloud’ iaitu dengan sebutan lebih jelas dan kuat. Kaedah ini amat membantu anak-anak membina bahasa mereka sepanjang proses belajar membaca.
Bacakan buku di hadapan anak setiap pagi atau malam sebelum tidur dengan suara kuat dan jelas. Lima minit pun boleh asalkan berterusan setiap hari. Rupa-rupanya ini cara yang terbaik nak bagi anak cepat pandai membaca.
2. Kaedah Fonik
Kaedah terbaik setakat ini mengajar anak membaca dengan fonik termasuk anak disleksia dan mempunyai masalah pembelajaran spesifik.
Belajar membaca bukan hanya melibatkan visual semata-mata tetapi juga kognitif secara keseluruhannya. Anak belajar membaca menggunakan semua deria iaitu mata, telinga, hidung, rasa dan aktiviti fizikal.
Fonik ialah pendedahan belajar membaca secara bunyi. Meniru bunyi bayi dan gabungkan antara huruf-huruf. Gunakan sahaja silibus bahan bacaan fonik setiap hari secara konsisten dan anda akan terkejut dengan hasilnya nanti. Ibu ayah sebut satu-satu dan anak ikut sahaja. Ada permainan dan latihan menulis yang anak boleh buat.
3. Ajar Setiap Hari
Ibu bapa amat berharap guru dapat mengajar anaknya membaca. Tanggungjawab mengajar anak membaca ialah tanggungjawab bersama iaitu ibu bapa dan guru.
Justeru, kita perlu konsisten mengajar anak dengan kaedah yang betul supaya tidak tersalah diagnos. Biasanya anak yang ada masalah tidak boleh membaca terkait dengan masalah tingkah laku seperti disleksia, autistik dan ADHD.
Sebenarnya mungkin, anak tak ada sebarang masalah langsung. Tetapi, kita yang tersalah ajar dengan kaedah yang tak sesuai anak nak belajar. Anak jenis kinestatik tak mungkin boleh belajar dengan dipaksa duduk diam, belajar secara visual di dalam kelas hanya memandang papan hitam. Mengamuk anak dibuatnya.
4. Proses Belajar
Belajar membaca ialah proses sepanjang hayat iaitu semenjak bayi hingga ke liang lahad. Membaca sebenarnya ialah suatu kemahiran yang perlu dikuasai dan perlu belajar.
Tidak ada yang pandai sendiri membaca melainkan ada seseorang yang mengajarnya membaca langkah demi langkah. Teruskan belajar dan mengajar membaca dengan banyak membaca buku bersama-sama anak pada setiap hari.
Selepas mahir membaca dalam Bahasa Melayu, boleh dilanjutkan dengan belajar bahasa-bahasa lain di dunia ini. Moga-moga dengan tips ajar anak cepat membaca ini,anak-anak kita akan jadi insan bijak yang perjuangkan nasib agama, bangsa dan negara suatu hari nanti melalui didikan semangat membaca sejak kecil.
Belum ada tudung yang sesuai untuk anak anda? Klik gambar di bawah ya 😉