Mendidik Anak Archive

Terapkan Adab-Adab Sosial Kepada Anak Sejak Dari Kecil

adabIbu bapa perlu mengajar dan melatih anak-anak dengan adab-adab sosial sejak dari kecil lagi.

Menurut Abdullah Nasih ulwan, antara dasar-dasar pendidikan sosial yang digariskan oleh Islam adalah mendidik dan melatih anak supaya terbiasa dengan adab-adab sosial sejak dari kecil.

Berikut adalah beberapa adab sosial yang harus dilatih sejak anak-anak kecil lagi:

Adab Makan dan Minum

  1. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan
  2. Membaca Basmallah sebelum dan *Hamdalah selepas makan
  3. Makan menggunakan tangan kanan
  4. Duduk ketika minum dan makan
  5. Makruh bernafas dalam minuman
  6. Tidak gelojoh semasa makan

Adab Dalam Majlis

  1. Memberi salam ketika masuk majlis
  2. Bersalaman dengan orang yang ditemui dalam majlis
  3. Tidak menggangu majlis

Adab Bersin dan Menguap

  1. Mengucap hamdalah, rahmah dan hidayah
  2. Menutup mulut dengan tangan ketika menguap
  3. Makruh mengeraskan suara ketika menguap

 

Nota:

*Hamdalah: “YAR HAMUKALLAH” – Ertinya : Semoga Allah memberi rahmat kepadamu.

Bagaimana Cara Membiasakan Anak Memberi Salam?

memberi salam

pupuk anak memberi salam sejak dari kecil..

Anas bin Malik meriwayatkan, “Rasulullah berkata: Wahai anakku, apabila kamu masuk ke dalam rumah orang tuamu, ucapkanlah salam, kerana perkara itu menjadi berkat untuk kamu dan juga untuk keluargamu.”

Hadis direkodkan oleh at-Tirmizi

Hadis tadi menunjukkan Rasulullah mengalakkan ucapan salam termasuk kepada anak-anak kecil. Anak-anak kita sejak kecil perlu diberi diberi pendedahan supaya menghidupkan amalan salam apabila bertemu dengan orang lain.

Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.

Continue Reading

5 Kaedah Berkesan Untuk Mendidik Anak kecil Mula Solat

Mendidik anak kecil

Mendidik anak kecil mula solat | Little Muslim Girl by mawi–bule

Benarlah kata orang-orang tua kita, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya..”. Anak-anak, perlulah kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam kandungan lagi.

Tanggungjawab ini memang sesuatu yang sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak, terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti solat.

Bagaimana kita boleh mendidik anak kecil solat?

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:

Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka

Memang menjadi cabaran buat kita untuk mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.

Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.

Namun kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?

Continue Reading