Mendidik Anak Archive

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak!

37 TABIAT PARENTS37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak!

Kadang-kadang kita merungut tentang sikap anak-anak. Pelbagai cara kita lakukan untuk yang terbaik untuk anak-anak.

Dan pelbagai cara kita cuba untuk ‘menyempurnakan’ untuk anak-anak tapi tanpa kita sedari, banyak kesilapan yang telah kita lakukan tanpa sengaja.

  • Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
  • Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
  • Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
  • Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
  • Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?

Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah;

1. Tidak Pernah Bersalah

Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan, mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,

“Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja … sudah cup …. cup … diam ye ..

Akhirnya si anak pun terdiam.

Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.

Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul.

Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita.

Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.

Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?

Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit):

“Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. “

2. Berbohong Kecil

Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa?

Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya. Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?

Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?

Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya.

Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan?

Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan;

“Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang.”

Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita;

“Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan”

Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.

Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil, kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak.

Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita. Apa yang sebaiknya kita lakukan?

Berkatalah dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:

“Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut.”

Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini. Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari.

Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus. Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut.

Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.

3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran

“Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! ”

“Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!”

Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman.

Apa lagi jika ada ayat tambahan “…. nanti Mama / Papa marah!”

Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya.

Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.

Apa yang sebaiknya kita lakukan?

Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,

“Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu. Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. ”

Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya;

“Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. ”

Tepati kenyataan kita dengan tindakan.

Continue Reading

10 Teknik Mengajar Anak-Anak Sejak Bayi

10 Teknik Mengajar Anak

10 teknik mengajar anak-anak semenjak bayi. Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru.

Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar.

Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi.

Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu.

Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap.

Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul.

Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

Pn Soffi nazrln 2

3. Ganjaran

Continue Reading

Tips Untuk Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Agar Menjadi Anak Yang Soleh Dan Solehah.

Tips Untuk Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Agar Menjadi Anak Yang Soleh Dan Solehah

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.

Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan,

Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan
syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.Setiap masalah berpunca daripada:

1. Hati yang kotor.
2. Fikiran yang negatif.
3. Amalan yang tidak betul.
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.
5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau
6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.

Pesan Nabi SAW:

Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.

Sabda Nabi SAW:

Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 – 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!

Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, WASSALAM.

 

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.