Mendidik Anak Archive

Tips Mengatasi Anak Agresif, Suka Memukul dan Menendang.

fighting-kids

Cuba bayangkan keadaan ini. Anda melawat rumah kenalan yang turut mempunyai anak kecil. Anak kecil anda mula menegur anak kecilnya. Mereka bermain mesra, tetapi lama-kelamaan mereka mula bergaduh.

Anak anda bertindak agresif terhadap anak kenalan tersebut. Apa perasaan anda? Apakah anda akan buat?

Pembaca sekalian, suasana bayangan yang dikongsikan adalah perkara biasa yang terjadi untuk sebahgaian pasangan. Anak mereka bukan sahaja agresif, tetapi terlebih aktiviti fizikalnya.

Berikut kami kongsikan perkongsian oleh Prof Dr Rozieta Shaary yang turut dikenali sebagai Ibu Rose dalam bidang psikologi rumah tangga. Semoga perkongsian beliau tentang tips mengatasi anak agresif membantu.

Ibu Rose;

Membesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.

Anak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.

Ibu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima.

Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijab dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.

Oleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.

Kemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.

Ketiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.

Bila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga. Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Nor Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.

Seterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.

Langkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.

Sebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.
Hadith Qudsi;

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku….”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.

Ini membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama, kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.

Kemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.

Seterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.

Inilah O–Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.

Rumusan langkah-langkah yang perlu diambil:

5 Langkah Mendidik & Mengatasi Anak Agresif

1- Minta ampun dengan Allah – Solat Taubat.
2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka.
3- Maafkan diri anda.
4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan.
5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak.

 

Sumber asal :bidadari.my

Mari Ketahui 10 Sebab Mengapa Bayi Anda Menangis.

Sebab bayi menangis

Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan.

Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat.  Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!

Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya.

Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya.

Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!

Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!

Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar diatidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!

Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya.

Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!

Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur.

Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembut bayi anda.  Ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

Continue Reading

Tips Berguna Mencari Kawan Yang Baik Untuk Anak

kawan yang baik

Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa bertanya siapakah kawan anaknya.

Mereka perlu tahu namanya, dimana dia tinggal, siapa ibu bapa dan bagaimana perangainya. Ibu bapa perlu bijak mengorek maklumat.

Mintalah anak-anak bercerita tentang kawannya. Sekali-sekala tanyalah khabar kawannya.

Lebih baik lagi, aturkan masa tertentu agar kawan-kawannya dapat datang ke rumah. Minta anak menjemput kawan-kawan mereka makan.

Dengan cara ini, ibu bapa dapat mengenali kawan-kawan tadi dengan lebih dekat. Nasihatilah anak-anak bersekali dengan kawan-kawannya.

Dengan cara ini, anak-anak akan rasa dihargai dan kawan-kawannya juga akan lebih menghargai anak anda dan anda sendiri sebagai ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang daripada keluarga yang baik dan berhemah atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat.

Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kawan yang baik untuk anak anda:

Continue Reading