Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah memberikan panduan lengkap bagaimana cara nak mendidik anak. Panduan ini sudah lengkap untuk kita semua yang mengaku sebagai umat terbaik baginda hingga hari kiamat kelak. Antara wasiat baginda adalah :
1.Mengenalkan anak dengan kalimah iman لا اله إلا الله محمد رسول الله .
Hikmahnya adalah supaya yang pertama sekali mengetuk pintu hati dan gegendang telinga anak itu adalah kalimah tauhid. Di sinilah rahsia azan dan iqamat kepada bayi yang baru lahir.
2.Ketika anak sudah mula berakal, kenalkan hukum halal dan haram kepadanya.
Hikmahnya supaya anak ini terbiasa dengan cara hidup Islam dan semakin rasa cinta pada gaya hidup Islam Is the Way of Life.
3.Mengajak solat pada umur tujuh tahun dan amalan lain seperti berpuasa dan pergi haji jika ayahnya mampu.
Hikmahnya supaya anak ini menyerahkan dirinya kepada Allah سبحان الله تعالى pada masa senang dan susah.
4.Mendidik supaya mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم, mencintai keluarga baginda dan membiasakan membaca Al-Quran.
Hikmahnya supaya anak ini mempunyai suri tauladan untuk dijadikan panduan hidup dan sentiasa mencintai ilmu agama serta mempelajarinya seumur hidupnya kelak.
Seterusnya para ulama juga ada memberikan langkah demi langkah mendidik anak sebenarnya harus bermula semasa :
1.Pemilihan Jodoh Sebelum Berkahwin
Proses memilih pasangan yang baik berlandaskan sunnah Nabi dianjurkan oleh agama dalam membina keluarga bahagia. Lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik. Wanita biasanya dipilih sebagai isteri mengikut kecantikannya, kekayaannya, keluarganya dan agamanya. Tetapi, lelaki yang mengutamakan wanita yang cenderung kepada agama akan lebih bahagia.
2.Majlis Perkahwinan
Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendidik umatnya bagaimana mahu mengadakan majlis yang sederhana dan membawa berkah kepada pasangan pengantin melalui majlis perkahwinan Sayyidatina Fatimah رضي الله عنها dan Sayyidina Ali رضي الله عنه. Majlis kahwin yang tidak mengikut adat mana-mana pihak, tidak berhutang semata-mata mahu mengadakan jamuan yang mewah dan pengantin tidak rasa terpaksa atau dipaksa oleh sesiapa akan menjadikan rumahtangga yang murah rezeki berpanjangan.
3.Hubungan Suami Isteri
Lelaki yang sedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bersedia membimbing isterinya menjadi wanita solehah. Niat yang baik untuk menambah zuriat dan memulakan hubungan dengan adab dan doa yang dianjurkan sunnah. Isteri yang sangat mencintai suaminya bersedia berkhidmat kepada suaminya untuk mendapat tempat di dalam hati suaminya. Hubungan kedua-dua suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain pasti mendapat pandangan rahmat Allah سبحان الله تعالى dan terbinanya sebuah keluarga yang selamat, tenang dan bahagia di dunia dan di akhirat.
4.Semasa Mengandung
Isteri yang redha mengandungkan dan melahirkan anak-anak suaminya pasti bersedia memikul segala ujian hidupnya. Segala penat lelahnya semasa mengandung dan melahirkan dirasainya dengan tabah dan sabar. Semuanya dipandang dengan hikmah dan betapa banyak limpahan rahmat-Nya yang dikurniakan buat isteri begini.
5. Bayi, Kanak-Kanak, Remaja Hingga Dewasa
Lahirnya seorang anak diberikan kasih sayang oleh kedua ibu bapanya dan diberikan pendidikan awal Islam. Diberikan perhatian, rawatan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi hingga anak-anak ini dewasa. Tanggungjawab ibu bapa yang mahu anaknya selamat di dunia dan akhirat memerlukan pengorbanan yang amat tinggi dan berterusan kebaikan hingga keturunan seterusnya.
Mari sama-sama belajar cara didik anak dengan kenalkan tudung seawal usia. Sudah dapatkan Tudung Si Comel? Dapatkan segera di sini :