Hentikan Sekejap 6 Makanan Ini Jika Anak Batuk Selesema Terlalu Lama

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia selesema dan batuk merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia. Secara purata, golongan dewasa biasanya mengalami selesema dua ke lima kali jangkitan setahun manakala golongan kanak-kanak dan geriatrik pula mengalami jangkitan pada kadar yang lebih tinggi.

Penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.

Secara amnya, batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus untuk penyembuhan. Tujuan rawatan adalah untuk melegakan simptom, mengelakkan komplikasi serta mengurangkan atau mengelakkan ia berjangkit. Oleh itu, ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan hanya akan memberi kelegaan sementara ketika sistem pertahanan badan cuba melawan dan menghapuskan serangan virus tersebut.

Ibu ayah mesti risau jika anak anda mengalami batuk dan selsema terlalu lama. Jika anak berumur satu tahun ke atas, perhatikan makanan yang dimakan seperti di bawah. Ia mungkin antara sebab anak batuk selsema terlalu lama kerana termasuk dalam kategori makanan yang memerangkap lendir. Lebih bagus, jangan makan dahulu sehingga anak betul-betul sihat.

1.Biskut


Biskut seringkali digunakan sebagai snek kudapan anak tidak kira umurnya samada sebelum atau selepas waktu makan. Tekstur dan perasa biskut amat digemari anak dan antara makanan yang selalu dijadikan stok di rumah atau di asrama oleh ibu bapa. Kebanyakan biskut diadun oleh tepung gandum yang ramai tidak tahu bahawa ia antara produk allergen yang boleh memberikan kesan alergik.

2. Gula

Sekiranya si anak sering mengalami batuk, selesema atau alahan, ibu bapa digalak untuk meneliti kembali kandungan gula yang diambil seharian. Kita perlu melihat kembali corak pemakanan yang disediakan di rumah. Ramai ibu bapa atau penjaga beranggapan anak mengalami semua masalah kesihatan itu disebabkan cuaca atau jangkitan virus saja namun ketahuilah ia juga boleh terjadi disebabkan pengambilan gula berlebihan.

3. Air

Pegawai perubatan, Dr Mohd Hanafi Abdull Habir berkata, gigi rosak dan obesiti antara kesan paling biasa berlaku akibat makanan dan minuman manis tidak terkawal yang tidak perlu diceritakan lagi. Terapkan diri anak-anak supaya mengambil air masak yang banyak dalam sehari.

4. Jajan

Kesilapan utama yang selalu dilakukan ibu bapa dalam memperkenalkan makanan adalah terlalu awal memberi anak makan semua jenis makanan termasuklah makanan diproses penuh dengan bahan pewarna dan perasa tambahan. Selain menyebabkan ketagihan untuk makanan manis, berlemak dan tidak berkhasiat, ia juga boleh memberi kesan yang sebaliknya. Ini kerana, perut kanak-kanak akan berasa tidak selesa dan selera makan turut berkurangan

5. Susu

Tabiat memberi anak susu coklat atau apa saja minuman manis di dalam botol susu juga perlu dihentikan. Kombinasi produk tenusu dan gula memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan ia boleh menjadi punca pedih ulu hati juga rasa tidak selesa pada tekak. Selepas dua tahun, mereka sebenarnya sudah patut dilatih untuk berhenti daripada minum di botol susu kerana dengan cara ini, barulah mereka dapat belajar untuk mempraktikkan diet yang lebih sihat dan mengurangkan simptom yang berkait dengan masalah kesihatan.

6.Roti

Walaupun roti bukanlah menu harian wajib namun tidak dapat disangkal lagi, ramai yang menggemarinya terutama kanak-kanak. Kita perlu melihat kembali corak pemakanan yang disediakan di rumah apakah jenis sajiannya termasuk roti. Kebanyakan gula kini bukan saja terdapat dalam minuman, malah ia sebenarnya turut terdapat dalam makanan yang diproses antaranya seperti roti dan biskut.

Sudah dapatkan koleksi tudung sekolah daripada TudungSiComel. Dapatkan sekarang di website ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa