Mendidik Anak Archive

13 Aktiviti Yang Bagus Untuk Merangsang dan Memupuk Kreativiti Anak

merangsang kreativiti anak

Bagaimana kita dapat merangsang kreativiti anak dengan berkesan?

Ramai ibu bapa menginginkan anak yang kreatif dan pintar.

Namun ramai dikalangan ibu bapa tidak sedar bahawa kreativiti itu tidak mungkin akan muncul dalam diri anak secara tiba-tiba.

Kreativiti anak harus dirangsang supaya muncul.

Manakala kreativiti anak yang sudah kelihatan potensinya haruslah dipupuk supaya menjadi kebiasaan dan tertanam kukuh dalam diri anak- anak.

Jangan mengharapkan kepada guru semata-mata untuk memupuk kreativiti anak

Suatu perkara penting yang perlu diingat adalah rumah adalah tempat yang paling ideal bagi memupuk perkembangan kreativiti anak-anak dengan ibu bapa.

Ibu bapa adalah rujukan utama kreativiti anak-anak.

Oleh itu, ibu bapa harus meningkatkan kreativiti mereka sendiri dalam mencari jalan mencungkil kreativiti anak.

Continue Reading

Erti Al-Fatihah, Voices of UMMI

Memandangkan Si Comel kami suka sangat-sangat nasyid nie, sampai siap boleh hafal, jadi kami nak kongsikan dengan rakan-rakan TudungSiComel. Disarankan dengar bersama Si Comel anda ya, pasti mereka suka =)

Semoga pihak Voices of UMMI terus menghasilkan nasyid-nasyid yang bermanfaat sebegini. Amin.

Erti Al-Fatihah, Voices of UMMI

Semoga bermanfaat buat rakan-rakan dan semoga ianya dapat sedikit sebanyak membantu kita mendidik Si Comel kita menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin.

Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak-Anak

10 perkaran kanak2 ingat

Semestinya ada banyak kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa, dan ibu bapa pun sudah menjangkau usia atau sudah pun meninggalkan kita, pasti banyak kenangan bersama mereka yang akan kita pegang sampai bila-bila. Kadang kala apabila teringat, pasti senyuman akan terukir dibibir kita. Bagaimana ibu membelai kita sewaktu tidur, bagaimana ayah sentiasa berada dibelakang kita menyokong tidak kira diwaktu jatuh dan bangunnya kita. Kesemuanya.

Ibu bapa perlu ingat, tiada ertinya anak-anak dilimpahkan dengan kemewahan, tanpa beserta limpahan kasih sayang. Mereka mungkin mendapat apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi hakikatnya mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Biar bersederhana dalam harta benda, tetapi mewah dengan kasih sayang 🙂

Disini saya kongsikan perkara untuk mencipta kenangan indah kepada anak-anak yang takkan mereka lupakan sehingga dewasa.

1. MEMBACA

Perkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah apabila emak saya sering meneman saya membaca buku. Sebelum saya pandai membaca, beliau membaca buku kepada saya hampir 2 – 3 kali setiap hari. Apabila saya sudah pandai mengeja perlahan-lahan, beliau akan berada disebelah mendengar, sambil memperbetulkan ejaan saya yang masih pelat diwaktu itu. Disebabkan itu, minat saya untuk membaca bercambah setiap hari.

Kita juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anak-anak. Sebagaimana kita menyimpannya sebagai kenangan yang manis, anak-anak juga pasti akan mengingatinya sehingga dewasa.

Jangan berkata “saya tiada masa!”. Andai anda mempunyai masa untuk menonton televisyen atau scroll updates di facebook, masakan anda tidak mempunyai masa untuk membaca bersama anak-anak.

Dengan membaca, anda boleh mengasah minda creativiti anak-anak. Cuba menyuruh anak-anak mereka jalan cerita baru, atau mengaitkan jalan cerita tersebut dengan keadaan realiti sekarang. Anda pasti akan terkesima dengan betapa kreatifnya minda anak-anak ini. Pasti menarik!

Tidak semestinya kita membacakan mereka cerita berbentuk fantasi semata-mata. Cerita Melayu kita juga kaya dengan ilmu dan pengajaran. Kisah-kisah Nabi juga tidak ketinggalan. Mengandungi banyak unsur dan manfaat. Selain dari memberi pengajaran pada anak-anak, kita juga banyak boleh muhasabah diri sendiri dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah tersebut.

2. MENDENGAR

Dalam keadaan zaman sekarang, tidak hairan sekiranya kedua ibu bapa sibuk bekerja. Jadi apabila pulang dari pejabat, kita mesti mahu berehat dan memberi masa untuk diri sendiri.

Tetapi jangan sekali-kali kita lupa. Anak-anak memerlukan perhatian kita dan merindui kita tatkala kita sibuk di pejabat. Mereka mahu kita mendengar mereka bercerita kisah di sekolah, menunjukkan hasil karya mereka atau sekadar melayan soalan-soalan mereka.

Jangan sekali-kali berkata “nanti lah. nak tengok tv ni”.

Jadikanlah mereka berasa bahawa mereka adalah priority kita.

Kunci utama untuk mendengar adalah BERHENTI SEKETIKA.

Berhenti seketika membelek facebook di telefon bimbit. Berhenti seketika menonton bola. Berhenti seketika bermain game. Berhenti seketika apa sahaja yang kita sedang lakukan. Bukannya menyuruh anak-anak menunggu kita meluangkan masa untuk mereka.

Tak rugi tertinggal satu babak drama. Tak rugi menangguhkan mengejar high score game. Tak rugi tertinggal satu post facebook.

Paling merugikan adalah apabila anak-anak sudah mula merasakan, mereka tidak penting kepada kita.

Memetik tulisan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya. Anak-anak yang bermasalah, sebenarnya sering mahukan perhatian dari ibu bapa. Apabila mereka sering meragam, ibu bapa akan memberi perhatian yang cukup pada mereka. Jangan terkejut, memarah dan memukul pun dikira sebagai memberikan perhatian pada mereka. Mereka tidak kisah. Dibandingkan sekiranya mereka berkelakuan baik, ibu bapa akan membiarkan mereka bermain sendirian dan sibuk dengan hal masing-masing.

Jadi, luangkan masa untuk mendengar. Tidak kira betapa remehnya pada anda, ia sebenarnya sangat penting pada anak-anak.

3. MEMELUK

Continue Reading