Tips Memilih Taska atau Pengasuh Anak-anak

Berita tentang kes penderaan kanak-kanak oleh taska mengasuh anak-anak di negara ini, sudah acapkali keluar di berita suratkhabar. Saban tahun, saban bulan pasti cerita yang tidak enak akan kedengaran. Isu yang lebih kurang sama semenjak dahulu hingga sekarang. Isu penderaan dan penganiayaan kanak-kanak di taska atau rumah pengasuh.

Tips Memilih Taska

Keluhan dan rungutan para pengasuh taska betapa penatnya mereka menjaga anak-anak kecil yang lasak setiap hari, padahal upah yang diberi tak berbaloi dengan penat yang dialami. Para pengasuh selalu bersungut mengatakan mereka pun manusia biasa, tidak mampu nak bagi layanan yang terbaik bagi setiap anak kerana seorang pengasuh terpaksa menjaga ramai anak kecil. Ibu bapa pula mengharapkan pengasuh menjaga dengan sangat baik seperti dalam jagaan mereka. Artikel ini akan membincangkan tips memilih taska atau pengasuh anak-anak.

Panduan Memilih Pengasuh/ Taska/ Guru

Jangan risau jangan sedih, ada beberapa panduan andai ibu terpaksa memilih untuk keluar bekerja. Terutamanya bagi seorang janda yang terpaksa bekerja untuk mencari rezeki demi anak-anak yatimnya.

1. Guru

Antara yang penulis catatkan adalah, cari dan pilih guru yang memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Hanya insan yang takutkan Allah S.W.T. akan berbuat baik sesama insan. Dalam hal ini, ibu bapa pasti akan berusaha untuk mencari yang terbaik.

2. Bertaut Kepada Tuhan

Seterusnya, penulis banyak mengingatkan para ibu bapa supaya sentiasa bertaubat pada Allah S.W.T., mengadu pada Allah S.W.T. selalu. Jagalah Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. akan jaga semua urusan kita. Jagaan Allah S.W.T. terhadap anak-anak lebih sempurna daripada jagaan seorang ibu.

Tips Memilih Taska

Ada pepatah Arab yang menyebutkan :

Begitu banyak orang yang lega setelah putus asa mendera, begitu banyak pula orang berbahagia setelah dia putus asa. Siapa pun yang berprasangka baik kepada pemilik ‘Arasy, maka ia akan memetik buah manis di tepi sungai yang jernih.

3. Rujukan Buku

Buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditulis oleh penulis buku Sheikh Abdullah Nasih Ulwan ada menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyatakan bahawa ibu itu adalah laksana sekolah bagi anak-anaknya. Maksud penulis adalah ibu itu seperti sekolah yang akan menghasilkan umat yang baik keturunannya. Penulis sentiasa mengingatkan tentang pentingnya peranan seorang ibu dalam hal mendidik anak-anaknya. Semuanya terkandung dalam buku Jilid 1 setebal 611 mukasurat. Penulis menasihati bahawa inilah pekerjaan seorang ibu yang sebenarnya.

Tips Memilih Taska

Bukanlah anak yatim itu siapa yang ibu bapanya telah berhenti menanggung keperitan hidup dan meninggalkannya hida-dina. Bahkan si yatim itu adalah anak yang anda dapati, ada ibu tetapi tidak peduli akan urusan anaknya, ada ayah yang selalu banyak kerjanya tidak bertanggungjawab terhadap anaknya. Syair tersebut selalu menguatkan semangat seorang ibu tentang tugas ibu adalah di rumahnya.

4. Rujukan Ibu Lain

Rajin-rajin merujuk ibu-ibu lain jika ada pengalaman mereka dengan pusat taska atau pengasuh yang baik terhadap anak-anak. Belajar dari pengalaman orang lain dapat juga membantu banyak urusan kita.

Semoga artikel ini membantu ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana di dalam tips memilih taska atau pengasuh anak-anak

Tips Memilih Taska

Ibu-ibu sudah dapatkan tudung sekolah terkini daripada TudungSiComel? Dapatkan segera sekarang melalui link ini atau agen terdekat anda.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

sixteen − eight =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa