Your Cart


Anak Mengadu Kulit Kepala Gatal? Ibu Patut Lakukan Ini

Anak selalu mengadu kulit kepala gatal? Anak saya juga pernah. Yang paling terkesan apabila balik dari sekolah. Sampai sahaja di rumah terus dicabutnya tudung dan menggaru sepuas hati. Mula-mula saya fikir mungkin disebabkan cuaca yang panas tapi akhirnya ini yang terjadi.

Apabila saya check kulit kepala anak sahaja hah, sah! Kutu! Dah membiak-biak rupanya di bahagian bawah rambut anak. Masa ni ketika anak masih di tadika. Biasalah anak-anak kalau dah berjumpa kawan-kawan di sekolah.

Mereka bermain dan makan bersama-sama dalam keadaan yang agak rapat. Jadi kemungkinan jangkitan kutu berlaku mereka lakukan aktiviti sekolah bersama-sama. Walaupun dah beberapa tahun perkara ini berlaku tetapi adakalanya anak ada juga mengadu kulit kepalanya gatal.

punca dan petua hilangkan kulit kepala anak gatal
Photo by Ketut Subiyanto: https://www.pexels.com

Antara Punca Kulit Kepala Anak Gatal-Gatal

Selain daripada masalah jangkitan kutu rambut ada beberapa sebab lain yang buatkan kulit kepala anak gatal. Antaranya ialah;

1- Masalah kelemumur

Jangan disangka masalah kelemumur hanya berlaku di kalangan orang dewasa sahaja tau. Kanak-kanak pun boleh alaminya. Lagi-lagi kalau kulit kepala tidak dicuci dengan betul. Kelemumur bukan lah sejenis kulat tetapi proses kulit kepala mati yang mengelupas.

2- Jangkitan Kulat Di Kulit Kepala (Kurap)

Kulit kepala anak juga mungkin telah dijangkiti kulat yang akibatkan kegatalan. Antara kulat yang biasa terdapat pada kulit kepala adalah kulat yis yang dipanggil Malassezia. Kulit kepala yang telah dijangkiti kulat kebiasaannya akan timbulkan keadaan kemerahan setempat, rambut gugur dan gatal-gatal.

3- Faktor Cuaca

Cuaca yang panas juga boleh sebabkan kulit kepala anak menjadi gatal-gatal. Jika anak bertudung semasa ke sekolah, pastikan material tudung adalah dari jenis ‘sejuk’ dan memberi keselesaan pada anak.

4- Anak Alami Alahan

Alahan terhadap beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kegatalan. Selain itu syampu yang digunakan juga mungkin ada bahan-bahan yang tidak serasi dengan kulit kepala. Bahan kimia tersebut akan mengakibatkan kulit kepala merengsa serta kering seterusnya menjadi gatal-gatal.

Petua Kurangkan Gatal-Gatal Kulit Kepala Anak

Pilih Syampu Yang Betul

Terdapat kanak-kanak yang alah dengan bahan kimia yang terdapat dalam syampu kepala mereka. Sama seperti anak saya yang alah dengan beberapa jenis rambut yang ada dalam pasaran.

Jadi ibu boleh cuba pastikan syampu anak adalah bersesuaian dengan jenis kulit kepala mereka. Baca label bahan-bahan yang digunakan ataupun dapatkan nasihat daripada pakar kulit kepala.

Gunakan Tudung Sekolah Jenis ‘sejuk’

Terdapat pelbagai pilihan tudung sekolah masa kini. Jenis materialnya juga berbeza-beza. Oleh itu gunakan tudung yang sesuai dengan cuaca topika di Malaysia. Antaranya yang diperbuat dari material yang boleh beri efek sejuk, lembut dipakai dan yang penting selesa dipakai.

fb img 1643245667670

Sapu Ekstrak Aloevera (Lidah Buaya)

Antara petua hilangkan kegatalan rambut ialah dengan menyapukan ekstrak aloe vera ke kulit kepala. Kesan sejuk dan antioksida dalam aloe vera dapat membantu mengurangkan masalah kulit kepala anak gatal.

Kurangkan Penyebab Alahan (Alergi)

Kenalpasti jenis makanan yang boleh menyebabkan anak mengalami alahan. Cuba kurangkan ataupun elakkan terus daripada dimakan oleh anak. Jika ibu masih sangsi tentang apakah jenis makanan yang sebabkan alergi.

Caranya ibu boleh buat pemeriksaaan kesihatan jenis alahan anak. Dengan ini, anak akan kurang mengalami kegatalan di bahagian kulit kepala terutamanya.

Gunakan Ubat Kutu

Anak yang terkena jangkitan kutu rambut akan sentiasa menggaru. Ikut pengalaman saya yang lepas saya gunakan ubat kutu untuk hilangkan jangkitan. Setelah ubat kutu diletakkan di seluruh kepala anak, saya balut dengan kain nipis dan tutup dengan plastik untuk beberapa jam.

Proses ini diulang dalam beberapa hari sehingga masalah kutu selesai dan hilang dari kepala anak. Selain itu saya juga gunakan sikat kutu untuk menanggalkan telur kutu pada rambut anak.

Hilangkan Masalah Kulit Kepala Gatal

Ibu hendaklah sentiasa memeriksa keadaan kulit kepala dan rambut anak. Lagi-lagi bagi anak perempuan yang sedang meningkat remaja.

Perubahan hormon badan juga adakala boleh membuatkan kulit kepala semakin berminyak. Ini seterusnya peningkatkan pembentukan kelemumur yang sebabkan kulit kepala menjadi gatal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa