Resepi makanan si manja ini yang sangat mudah untuk dibuat. Pastinya seronok ketika anak anda berusia 6 bulan. Ibu bapa mula fokus untuk memperkenalkan makanan lain selain susu ibu. Bila bayi mula sahaja makan, kita sebagai ibu pasti nak bagi yang terbaik untuk anak. World Health Organization (WHO) menyarankan bayi 6 bulan ke atas sahaja yang boleh diberikan makan. Ini kerana bayi bawah 5 bulan, perut mereka masih belum cukup matang untuk memproses makanan solid.
Jika anda memberikan makan terlalu awal, ini akan menyebabkan perut si manja anda bekerja keras. Ia juga akan menyebabkan punca obesiti di kalangan kanak-kanak. Sebaiknya, anda mula perkenalkan bubur nasi kosong dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur untuk anak anda. Mulakan 1 kali sahaja dulu sehari. Terpulang mahu beri pagi, tengahari atau petang/malam.
2 resepi makanan bayi 6 bulan ke atas
Berikut adalah beberapa resepi makanan si manja yang berusia 6 bulan ke atas. Pastinya resepi ini dapat memudahkan ibu-ibu yang bekerja.
#1 Bubur Nasi – 2 hidangan
Bahan-bahan:
1/4 cawan beras
1 3/4 cawan air
Cara memasak:
1. Didihkan air. Masukkan beras dan kacau dari semasa ke semasa.
2. Renehkan selama 10 minit dan teruskan mengacau. Ketepikan.
3. Bubur itu tadi kisarkan sehingga halus barulah beri kepada si manja.
#2 Puri Sayur-sayuran – 2 hidangan
Bahan-bahan:
1/2 cawan brokoli (atau sayur pilihan lain)
Air yang mencukupi untuk mengukus
Cara memasak:
1. Potong kecil brokoli dan cuci bersih.
2. Masukkan brokoli ke dalam pengukus dan letakkan ke atas air mendidih.
3. Kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
4. Bila dah lembut, lenyekkan sehingga menjadi puri.
2 lagi resepi makanan bayi, Ibu bapa boleh cuba!
Di bawah ini terdapat 2 lagi resepi hidangan si manja yang ibu bapa boleh cuba. Jom semak:
#3 Puri Buah-buahan – 2 hidangan
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
1 cawan air
Cara memasak:
1. Bersih, buangkan kulit dan bijinya lalu dipotong kepada saiz kecil supaya ia lembut.
2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Renehkan selama 10 minit atau sehingga epal menjadi lembut.
3. Bila dah lembut, lenyekkan atau boleh kisarkan sehingga menjadi puri.
#4 Bubur Nasi dengan Bayam – 2 hidangan
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras
1 sudu makan tauhu, dicincang
1 sudu makan kacang pis, dibuang kulit
2 cawan stok ayam rebusan sendiri
Cara memasak:
- Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
- Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu), dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
- Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
- Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.
Kesimpulan
Di harap dengan perkongsian resepi ini dapat membantu ibu ibu diluar sana yang mempunyai si kecil. Pastikan anak anda mendapat gizi yang seimbang dan membentuk perkembangan mental bayi anda. Anda juga dinasihatkan untuk membuat susunan makanan keperluan yang diperlukan dengan kuantiti makanan bayi 6 bulan dan sukatan makanan bayi 6 bulan.
Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat panduan khusus sebagai rujukan kepada ibu bapa. Anda boleh melihatnya di dalam buku rekod kesihatan bayi masing-masing. Semoga perkongsian ini bermanfaat!